BAB 13

4.1K 114 0
                                    

Seperti biasa jangan lupa tekan vote. Kali ini nak promote Tate McRae pula. Her song issa bop tau.

RUMAH keluarga Hani menjadi riuh dengan kedatangan saudara-maranya. Oleh kerana kenduri kahwin Hani diadakan secara gotong-royong maka hampir kesemua keluarganya pulang untuk membantu tidak kurang juga jiran-jiran mereka. Oleh kerana arwah abah Hani seorang ketua kampung maka penduduk dikawasan itu amat mengenali mereka.

"Hensem sangat ke tunang kau tu sampai nak kahwin cepat?" Kata Nisha dua pupu Hani. 'Ish yang dia nak sibuk ni kenapa?' Kata Hani dalam hati. "Ha'ah hensem giler sampai boleh kerat tangan" kata Zura.

"Hani kerja apa tunang kamu tu?" Tanya Maklong Hani. "Dia kerja ofis je makcik" Kata Hani. "Ofis je? Ofis mana?" Tanya Nisha. "Coastal Energy Holding Berhad" Kata Hani. Nisha dan emaknya sambil berpandangan. "Dia kerja kuli je kat sana maklong tak de nak kerja duduk bilik ada aircond" Kata Hani. Dia malas nak kasih tahu kerja sebenar Ryan.

"Eh Coastal Energy Holding Berhad Nisha kenal sangat kan dengan bos dia tu" kata Nisha. "Ha'ah si Nisha ni kenal sangat dekat bos kat sana. Siapa nama tu Nis?" Tanya emaknya. "Errr Razak Ma" Kata Nisha. "Nisha ni rapat betul kan dengan bos tu" Kata emaknya. Hani hanya tersenyum.

Entah Razak mana yang di kaitkan. Setahu Hani takda bos nama Razak sebab bos kat sana si Ryan.

Hani dan Zura membantu ibunya di dapur. "Eh darah manis tak bagus duduk dapur lama-lama nanti hilang kemanisan dia" Kata ibunya. "Ish ibu ni. Hani nak tolong pun tak boleh ke?" Kata Hani. Ibunya mencubit sikunya. "Kamu pergi masuk bilik kamu kemas bilik tu sikit. Nanti ada orang nak hias bilik kamu" kata ibunya. "Buat apa nak hias bagai" Kata Hani.

"Ambil aura pengantin baru" Kata ibunya sambil tersenyum. "Tapi kenapa diorang selalu pakai cadar putih Bu?" Tanya Hani. Ibunya hanya tersenyum sementara Zura telah masuk ke dalam ruang tamu.

"Kalau suami nak tahu isteri dia masih dara atau tak malam pertama penentu dia. Kalau orang yang masih ada dara dia Hani malam pertama tu kamu faham nak maksud ibu" Hani mengangguk.

"Masa itu lah diorang tahu. Kalau masih dara akan ada sedikit darah keluar dari bawah tu. Kalau takda maknanya dia dah tak dara". Katanya.

"Oh sebab tu Hani nampak Kak Iti cuci cadar awal subuh" kata Hani. "Ibu yakin anak ibu ni masih ada daranya. Dan Ryanlah yang akan mengambilnya". Hani mencubit lengan ibunya. "Ish ibu ni sampai kesitu pula cerita dia." Pipinya memerah.

"Ibu gurau je lah. Pi tolong dorang kat dalam. Tu bungkus doorgift. Bawak Zura sekali." Kata Hajah Rudiah. Bila anaknya melangkah pergi dia tersenyum kecil.

Tak sangka pula adik yang jodoh sampai dulu. Tapi dia tak kisahlah sebab dia percaya lelaki itu mampu menjaga anaknya.

Ketika di dalam Hani baru teringat akan sesuatu. "Wei Zura pun pi kedai jap." Katanya dan lalu dia berdiri. Zura pun ikut sahaja. "Kenapa?" Zura bertanya. "Aku lupa lah. Sebelum majlis nikah kitorang tu birthday dia. Aku belum belikan hadiah lagi." Hani berkata.

"Buat apa nak bagi hadiah. Kau tu pun kan dah cukup jadi hadiah." Kemudian Zura tersengih gatal. "Woi otak kau. Dah lah tinggal kau. Aku je pi sorang." Zura terus menggelabah. "Aku gurau je lah." Kata Zura.

"KAU nak beli apa?" Zura bertanya. "Aku tengok dia selalu pakai jam tangan. So belikan je dia itu." Kata Hani. "Asal tak beli lingerie? You should spice thing up for that night." Zura sudah tersengih. Hani terus memukul kepala sepupunya itu. "Bongok lah kau." Katanya.

"But seriously kau beli jam je? Alah tu benda basic lah. Beli lah baju ke kasut ke lingerie ke perfume ke?" Kata Zura yang dari tadi asyik dipandang tajam oleh Hani. "Dah lah kau tinggal sini. Aku nak balik lah." Kata Hani. "Wei aku gurau je lah. Jangan lah nak merajuk nanti buruk muka kau. Bakal pengantin kan. Senyum lah." Pujuk Zura.

Hani jeling sahaja. Dibiarkan sahaja Zura yang sedang memegang tangannya. "Jom kita pi kedai kasut tu." Ajak Zura. Hani diam sahaja dan turuti langkah sepupunya itu.

"Apa saiz kaki dia?" Zura bertanya. "8 kot. Hah betul lah 8." Jawab Hani. "Hah ni lawa kan Zura." Kata Hani. "Ha'ah lah. Sesuai lah dia kan kerja pejabat. Baru nampak bergaya sikit." Kata Zura.

"Selama ni dia tak nampak bergaya ke?" Soal Hani. "Wei kau ni cepat betul lah terasa. Tunang kau tu memang bergaya lah. Tapi kalau dia pakai kasut yang kau bagi ni mestilah lagi bergaya." Kata Zura. Hairan betul dia dekat sepupunya itu. Cepat betul terasa hati. Hormon berubah kot. Tapi kahwin pun belum lagi. Jangan-jangan.... ish tak baik fikir negatif. Mana tahu aku ni kuat sangat main-mainkan dia. Tu pasal tak boleh nak gurau lagi.

Sementara itu Ryan baru sahaja habis bermesyuarat. "Lia aku tak masuk lagi pejabat ni. Kalau ada sesiapa datang suruh datang esok je. Aku nak kena cepat ni." Dia segera memaklumkan dekat Lia yang dia tak masuk lepas tengah hari kerana dia nak pergi berjumpa dengan pemilik butik tempat dia menyewa pelaminnya.

"Bos sekarang bukan kemain sibuk. Asal?" Tanya Malik ketika dia berkunjung ke tempat Lia.

"Memanglah. Bos tu dah nak kahwin. Memang lah dia sibuk. Hujung minggu ni majlis dia." Lia memberitahu. "Eh dah nak kahwin? Tak tahu pun. Dengan siapa? Puteri tu ke?" Tanya Malik lagi. Dia memang kenal dengan Puteri sebab dulu gadis itu sering muncul di pejabat mereka. "Bukan. Alah yang perempuan datang dengan bos hari tu lah." Beberapa hari lalu Ryan ada bawa Hani singgah pejabat dia sekejap. Hani siap masuk lagi dalam bilik pejabat lelaki itu.

Malik teringat terus dekat gadis itu. "Oh dia. Dorang memang dah lama kenal ke? Nampak macam dah biasa sangat tu. Siap bawak masuk dalam ofis bos lagi. Puteri dulu pun tak pernah masuk." Ujar Malik. "Oh itu aku tak tahu. Bos tak pernah pula cerita. Tapi ya aku pun perasan juga. Dorang tu memang macam dah biasa. Kawan dari sekolah kot." Teka Lia.

"Berapa umur perempuan tu?" Sekali lagi Malik bertanya. "Tunang bos tu? Kalau tak silap aku 20. Belajar lagi lah." Lia hairan bila Malik asyik bertanya tentang Hani. "Asal tanya?" Malik geleng sahaja dan menuju semula ke tempatnya.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now