Seperti biasa jangan lupa tekan vote. Kali ini author promote untuk lagi ni pula. By the way buat yang pernah tengok anime Black Cover tu mesti pernah dengar kan? Ni mv utk lagu ending anime tu tau.
HANI senyum sahaja sambil berjalan menuju ke arah mini pelamin berkenaan. Hari ini merupakan hari di mana dia dan Ryan bertunang. Seperti yang dirancang habis sahaja final examnya dia akan bertunang dengan Ryan. Bila dia duduk di sana matanya meliar mencari seseorang.
"Cari encik tunang ke tu?" Bisik Zura. Bunyi lebih kepada mengusik. Hani menjeling tajam Zura yang berada di sebelahnya. "Bukan lah. Si Zarif lah. Aku jemput dia." Hani memberitahu. Nak juga menunjuk dengan Zarif. Ingat dia sorang je ke boleh kahwin.
Sejak Zarif kahwin haritu Hani tidak lagi berkawan dengan lelaki itu. Malah sepanjang musim peperiksaan mereka dia langsung tidak melayan Zarif bila lelaki itu membawanya bersembang. Ketika balik Zarif ada juga mengajaknya untuk menumpangkan Hani balik tapi Hani tolak dan hubungi Ryan minta ambik.
"Ya kau nak fikir pasal dia buat apa. Baik fikir pasal encik tunang kau." Kata Zura. Dia ada terjumpa Ryan ketika nak ambil air untuk Hani. Lelaki itu kelihatan segak memakai baju kemeja berwarna biru muda dan dikenakan dengan seluar berwarna hitam. Memang sesuai lah dengan Hani. Warna baju mereka sama.
Bila dia memandang Ryan yang kelihatan segak memakai baju yang cuma dituck in di belakang dia tahu lelaki itu ada semua pakej yang Hani mahukan. Malah melalui cara pemakaian dia tahu Hani tertarik dengan cara pemakaian Ryan.
Zura kemudian segera berpindah bila Datin Fauzian hendak menyarungkan cincin pertunangan. "Cantiknya bakal menantu mama ni." Hani senyum sahaja bila dipuji. "Papa ada tak datang?" Hani bertanya. Semalam Ryan ada memaklumkan dia bahawa Dato Aziz sudah keluar dari hospital.
"Ada. Kat luar tu tengah sembang dengan abah Hani lah." Hani angguk sahaja. "Papa di tanya pula. Kenapa tak tanya pasal Ryan pula?" Usik Datin Fauzian. "Ish mama ni. Buat apa nak tanya pula. Mestilah abang Ryan ada kan?" Abang? Uhuk nak batuk ja. Hari ini sahaja dia memanggil Ryan 'abang' atas kehendak lelaki itu.
Datin Fauzian tersenyum suka. "Amboi dah ber'abang' sekarang ya." Hani tertunduk bila diusik. "Ok lah dah lama sangat ni kita berbual. Mama nak sambung sembang dengan ibu." Hani angguk sahaja.
"Kau orang bual apa? Lama aku tengok." Zura bertanya. "Tak de apa-apa lah. Aku cuma tanya pasal papa dia je." Hani memberitahu.
"Hah rapat lah sikit. Asal nak jauh-jauh pula." Kata Ikhwan. Hani memandang tajam abangnya. Abangnya itu beria nak ambik gambar dia bersama Ryan. Walhal tadi Hani dah puas bergambar dengan Ryan. Tapi gambar selfie sahaja. Ini tiba-tiba pula diheret duduk di mini pelamin itu.
Ikhwan tersengih memandang adiknya. "Senyum lah Hani. Ni gambar untuk kenangan korang juga. Kan Ryan." Ryan angguk sahaja tanda bersetuju. "Abang ni semua benda setuju je." Kata Hani memandang tunangnya itu. "Habis tak kan tak setuju pula. Bukan selalu kita dapat bergambar begini. Tak kan lepas ni nak bertunang lagi." Balas Ryan yang turut sama memandang Hani. Mereka berdua berbalas pandangan dan langsung tidak menyedari Ikhwan yang sedang tersengih sambil mengambil gambar mereka berdua.
"Aku nak pi tandas kejap." Ikhwan memberitahu lalu dia lantas berlari ke tandas. Hani dan Ryan angguk sahaja. "Kau dah makan?" Ryan bertanya.
"Kenapa tanya?" Soal Hani. "Ye lah kau nampak kurus betul. Macam orang baru putus cinta." Ryan berkata. Hani kemudian memandang tajam lelaki itu.
Nak buat macam mana juga dah memang aku ni makan banyak pun kurus juga. Ke nak aku suntik lemak dalam badan aku.
"Hah mengumpat lah tu." Kata Ryan. "Eh tak de lah. Dah lah saya nak pi tempat kawan-kawan saya." Hani berkata lalu dia berlalu pergi ke arah Zura dan yang lain.
"AMBOI bos senyum je memanjang. Kenapa?" Lia bertanya Ryan yang dari tadi asyik tersenyum. "Eh Lia." Ryan lantas duduk menegak memandang gadis itu. "Bahagia je saya nampak bos ni." Ujar Lia dengan sengihan.
"Tak de lah. Macam selalu juga. Kenapa tanya?" Tanya Ryan. Lia geleng sahaja. "Bos tak kan sengih-sengih sendiri tau kalau tak sebab. Ni pasal perempuan tu ke?" Teka Lia.
Ryan tersenyum lalu mengangguk. Muka Lia sudah menunjukkan dia teruja. "Ada apa-apa progress ke?" Dia bertanya. "Mesti lah ada." Ryan menjawab. "Apa dia bos? Mesti bos nak bawa pi jalan-jalan kan?" Teka Lia.
"Dah buat. Haritu pi Ipoh lepastu pi Penang." Baru sahaja minggu lepas dia mengajak Hani ke Penang. Tapi bukan mereka berdua. Ada Ikhwan sekali. Ryan ke sana sebab nak tengok cincin buat Hani. Tapi tiada pun dia beli.
Mereka bertiga juga ke Penang sebab nak food hunting. Hani sahaja yang makan banyak kerana tika itu dia tengah period.
Memang Ryan terkejut lah dengan selera makan Hani ketika itu tapi Ikhwan selamba sahaja cakap. "Memang adik aku kalau period selera dia macam gorila. Kau sabar je lah. Sedia beli banyak makanan untuk dia nanti." Kata Ikhwan ketika itu.
Lia kelihat terkejut. "Wah serius?" Ryan menangguk. "Habis apa lah progressnya tu?" Lia bertanya kerana dia teruja nak tahu. "Tunang. Baru je 2 hari lepas kami bertunang." Ryan memberitahu. Lia apa lagi bersorak seronok.
"Akhirnya. Jadi majlis bila?" Dia bertanya. "Amboi aku yang nak kahwin kau yang beria ya Lia." Kemudian Ryan tertawa bila Lia tertunduk malu. "3 bulan dari sekarang majlis kami." Ryan memberitahu.
Hujung bulan ini Hani ada graduasi dan semestinya gadis itu sibuk. Lagipun banyak lagi benda mereka nak urus. Ryan dan Hani pun belum mengikuti kursus kahwin dan Hani kata dia nak ambil lesen memandu dulu kerana jika dia menyambung degree nanti tidak lah susah dia nak turun kelas.
Ryan juga nak cari rumah untuk mereka berdua di KL dan juga di Johor nanti kerana Hani akan menyambung belajarnya di sana. Tak kan pula Hani nak tinggal di tempat yang sudah pihaj universitinya berikan. Nanti kalau Ryan nak datang melawat tak kan dia nak duduk hotel pula. Dan dia nak Jani selesa di Johor nanti.
"Alhamdulillah. Ni lah pasal bos gembira semacam." Kata Lia. Dia tidak pernah berjumpa dengan tunang bosnya itu tapi dia tahu gadis itu terbaik untuk bosnya kerana ketika Ryan dan Puteri bercinta dulu Ryan tak pernah segembira seperti dia bersama Hani.
"Mestilah. Tak lama lagi nak kahwin kan. Nak tengok gambar dia?" Lia lantas menangguk. Mestilah dia nak tengok gambar orang yang bakal menjadi isteri kepada bosnya itu.
Matanya membulat melihat gambar Hani. "Cantiknya bos. Manis je saya tengok senyuman dia. No wonder bos boleh jatuh cinta." Puji Lia. Memang sesuai dengan bosnya. Sama padan sama cocok. "Dah tak perlu nak puji lebih-lebih. Pi sambung buat kerja." Lia tersenyum lalu dia kembali menyambung membuat kerjanya.
Ryan menggeleng melihat reaksi Lia tadi. Lia mesti tak sangka yang tunangnya itu cantik orangnya. Eh memuji pula. Tapi itu kan fakta. HAHA.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...