Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Jemput juga baca 'Dia Lah Suri Hatiku' dan kalau sudi tekankan vote sekali ya untuk semua bab di cerita itu. Thanks sudi support and have fun semua and also help me stream lagu dia ada ni ya ❤
HANI terus memanggil Ryan yang ketika itu berada di dalam bilik mandi. "Kenapa Sayang?" Ryan bertanya dari dalam. "Abang keluarlah cepat." Rayunya. Ryan pun terus kelam-kabut keluar. "Kenapa Sayang?" Dia terus bertanya. Dilihat mata Hani yang sudah menjadi kemerah-merahan.
"Abang...isk...isk...isk.... Nini mati." Beritahunya lalu menangis lagi. "Eh? Dah mati? Bila?" Ingatkan apa lah yang penting sangat dia nak bagitahu. "Biarlah dia mati." Ujar Ryan. Makinlah Hani menangis. "ABANG!" Marahnya.
"Ya,ya. Sorrylah." Memang perempuan mengandung ni sensatif sikit. Mudah terasa hati. "Nanti kita kuburlah ok?" Pujuknya. "Sekarang lah." Sebab dia kesian tengok kucing kesayangannya itu terbaring kaku di dapur mereka. "Bagilah Abang pakai baju dulu. Kang ada yang tercabut Sayang juga yang susah." Kata Ryan sambil tersengih.
Hani kemudian baru perasan yang suaminya hanya bertuala sahaja. Tak sempat pun nak pakai baju. Hani kemudian sengih lalu turun ke bawah. Ryan pula mencari baju untuk dipakai.
"Dah lah tu Sayang. Nini kan ada 2 ekor anak juga." Pujuk Ryan. Dia simpati dekat Hani yang menangis teresak-esak kerana kematian kucing kesayangan milik Hani. Macam orang mati anak dah. Siapa sahaja yang tak sedih kan bila kucing yang dipelihara sejak kecil telah mati. Hanya pencinta kucing yang faham betapa sakitnya bila kucing tersebut mati."Nanti kan kawan-kawan Sayang nak datang. Apa pula nanti dorang fikir kalau nampak mata Sayang yang dah nak bengkak ni. Kena tuduh pula Abang ni dera bini sendiri." Ujar Ryan. "Mana ada lah. Dorang mesti faham tu." Hani membela kawan-kawannya.
Apabila sahaja berita mengenai kehamilan Hani sampai di group whatsapp mereka memang kecohlah kawan-kawannya. Apatah lagi kawan sekelasnya tika sekolah menengah dahulu. Masing-masing berebut nak ucap tahniah pada Hani. Malah ada yang message Hani recommend nama untuk bayi kembarnya itu. Babies belum pun lahir tapi pakcik dan makcik dah teruja nak sambut kelahiran mereka.
"Abang keluar ke sekarang?" Semalam dia terdengar perbualan suaminya bersama Afiq, kawan suaminya itu. "Ha'ah jumpa Afiq. Kejap je dalam tengah hari baliklah Abang. Ke... Sayang nak keluar dengan dorang Zura? Atau duduk rumah je?" Hani geleng. "Kami dekat rumah je. Boleh kan? Denisha nak tunjukkan movie baru." Beritahu Hani.
"Hmm ye lah. Abang siap-siap dulu. Nanti dah nak balik Abang call ya." Katanya lalu melangkah masuk semula. Hani angguk sahaja dan turut sama masuk ke dalam.
Muka Zura teruja sahaja bila melihat Hani keluar dari pintu rumah. Di sebelah sepupunya ada si suami. "Weii Hani comelnya perut kau." Ujar Mira pula. Kata 3 bulan lebih tapi dah macam second trimester sahaja. Biasalah kembar kan. Memang besar sikit.
Mereka terus menyapa Ryan bila melihat lelaki itu senyum sahaja pada mereka. "Korang masuklah dulu ya." Pelawa Ryan. Kawan-kawan isterinya itu angguk sahaja lalu masuk ke dalam. "Abang pergi dulu. Nanti Abang call ok." Dan tanpa sengaja Denisha terlihat Ryan yang sedang mencium sekilas bibir Hani. Dia terus pura-pura memandang telefonnya.
"Kau dah kenapa? Muka macam baru nampak hantu je." Tegur Mira pada Denisha. "Eh tak de lah. Orang naik tengok telefon pun salah ke." Tipu Denisha.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...