GUYSSS GUESS WHAT? TODAY IS 3RD DECEMBER RIGHT? AND I REALLY REALLY REALLY HAPPY TO SAY THAT THIS IS MY 3RD YEARS SINCE I JOINED Wattpad AT FIRST I INSTALL THIS APPS JUST FOR FUN BUT END UP PUBLISHING STORIES HERE AND NOW I'M ALSO WORKING ON MY MANUSCRIPT. OMGGG I'M SOO EXCITED FOR TODAYYYY. HEHEHEHEH
By the way guys, Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 80 votes diperlukan untuk buka bab seterusnya ya.
RYAN tengah 'berperang' di dapur untuk menyiapkan makan tengah hari buat keluarganya. Jika isterinya tidak demam sudah tentu Hani yang akan menyediakan makan tengah hari.
Dia tengah basuh beras untuk dibuat bubur tika Aryan datang menganggu. "Kenapa?" Ryan bertanya. Isi ayam diletak ke dalam periuk berkenaan. Bubur ayam buat Arina. Hani cuma bagi Arina makan bubur terlebih dahulu.
Perlahan-lahan lah introduce sayur dan buah pada Arina. Buat masa ini Arina asyik makan epal sahaja. . Dia suka sangat lah. Itu pun bukan sebiji epal lah. Epal itu dijadikan puri supaya senang untuk Arina telan. Jika dipotong kecil takut pula bayi itu tercekik. Jadi dikisar lah terlebih dahulu sebelum diberi pada Arina.
"Mama mana?" Aryan bertanya. Dia nak tahu di mana mamanya kerana sejak awal pagi kelihat mamanya dia tidak nampak. "Oh mama. Mama ada dalam bilik. Jangan kacau mama tau. Dan jangan masuk bilik papa dengan mama sebab mama demam tu." Dia takut lah nanti anak-anaknya pula yang terjangkit demam. Jika dia tidak apa.
Padahal Hani demam bukannya teruk mana pun. Dia boleh je buat kerja tapi dilarang oleh Ryan. Ryan mahu isterinya itu berehat sahaja. Dia sanggup tidak turun ke pejabat sebab mahu merawat Hani yang sedang sakit dan menjaga anak-anak mereka.
"Aryan pergi masuk dalam main dekat kakak ya. Jangan kacau papa." Beritahu Ryan. Anak lelakinya itu tidak banyak kata. Terus sahaja dia masuk ke ruang tamu. Sempat dia memandang adiknya Arina yang duduk di kerusi bayi berkenaan.
Sedang Ryan sibuk memotong lobak itu menjadikan ketulan kecil telefonnya berbunyi. Dia segera membasuh terlebih dahulu tangannya sebelum panggilan itu dijawab. "Waalaikumsalam. Kenapa Lia?" Dia bertanya.
Sempat dikerling Arina yang berada di kerusi bayi berkenaan. Elok sahaja bayi itu bermain dengan patung arnabnya. Air liur yang meleleh di tepi bibir Arina dilap olehnya menggunakan sapu tangan. Anak siapa lah comot betul ni. Eh lupa anak sendiri. HAHAH.
"Bos ada klien ni urgent sangat nak jumpa bos. Saya dah kata bos tak datang harini tapi dia degil. Tetap nak jumpa dengan bos juga." Mahu sahaja Lia menangis memujuk klien bosnya itu untuk balik dan datang semula pada esok hari tapi lelaki itu tetap mahu berjumpa dengan Ryan.
Ryan memang tidak mahu turun pejabat hari ini. Sakit pula hatinya bila kliennya itu tidak mahu balik dan berjumpa sahaja dengannya esok.
"Hmm tak pa lah kalau macam tu. Bagi dia alamat rumah aku. Suruh dia datang sini." Memang sebelum ini Ryan tidak pernah membawa mana-mana kliennya datang ke rumahnya kerana dia tidak mahu mereka mengetahui alamat rumahnya. Hal kerja buat di tempat kerja. Di rumah tempat dia berehat. Tapi bila dah terlampau memaksa mahu tidak mahu terpaksa dia ajak datang rumah lah.
"Baik lah bos." Jawab Lia. Selepas ditamatkan panggilan itu oleh Lia, Ryan terus naik ke atas. Dibiarkan seketika masakannya.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...