Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 60 votes untuk bab 58 diperlukan untuk buka bab 59. Thanks sudi support and have fun. Also author nak recommend satu cerita best. Tajuk dia 'ACE' by xxdailydolanxx. Memang 100% author recommend lah. And also its has sad ending. Yes i cry. So jomlah join menangis bersama author. Baca tau.
"OK puan sedikit lagi. Kalau saya kata push puan terus push ya. Kepala baby dah hampir keluar ni." Ujar doktor Marlina. Hani angguk sahaja. Ryan pula disebelahnya setia memberi semangat. Tangan Hani masih lagi memegang kuat lengan Ryan. Kukunya itu telah meninggalkan kesan pada kulit lengan Ryan. Tapi dia tak kisah pun. Kalau ini boleh mengurangkan rasa sakit yang Hani alami dia rela sahaja.
Tadi tika Hani meneran hendak mengeluarkan anak pertama mereka memang Hani menjerit lah. Siap dia gigit lengan suaminya. Ryan pun tahan-tahan sahaja sakitnya. Kemudian baru 4 minit dia rehat sakit mula menjalar semula. Bayi kedua hendak lahir.
"ARGHH." Hani menjerit sambil meneran keluar anaknya itu. Peluh yang menitik di dahinya dibiarnya sahaja. "Sikit lagi. Hani you can do it." Doktor Marlina memberi kata-kata semangat. Dia menggunakan keseluruhan sisa tenaga yang ada untuk melahirkan anaknya itu. Bila sudah ditarik keluar bayi itu mula menangis.
"Alhamdulillah baby boy." Beritahu doktor Marlina. Bayi lelaki yang baru lahir itu diletak di atas perut Hani. "Terima kasih Sayang." Ucap Ryan lalu mencium dahi dan tangan isterinya itu. Hani tersenyum lemah. "Ryan nak potong tak tali pusat ni?" Doktor Marlina bertanya. "Boleh ke?" Soal Ryan.
"Boleh. Mari dekat sini." Ryan terus menghampiri doktor Marlina. Gunting itu diserah padanya. Bila dia melepaskan tangan Hani, isterinya itu terus pengsan. "Ya Allah." Dia nak menghampiri Hani semula tapi dihalang oleh doktor Marlina. "Jangan risau. Hani pengsan je tu. Penat kan. Sini potong ni." Lambat-lambat kepalanya mengangguk sebelum matanya membulat melihat luka Hani.
Bila sudah dipotong bayi lelaki itu diangkat untuk dibersihkan. "Ryan keluar dulu ya. Kami nak keluarkan uri dan jahit luka Hani. Nanti kami pindah pergi bilik dia ya." Ryan angguk sahaja lalu menghampiri Hani dan mencium dahi isterinya lalu melangkah keluar.
"Hani macam mana?" Hajah Rudiah terus bertanya. Selama 4 jam itu lah dia dan suaminya di luar menanti khabar berita mengenai Hani. "Alhamdulillah ibu. Hani selamat. Babies pun dah lahir. Tapi Hani pengsan." Beritahunya. "Biasalah tu. Pertama kali kan." Ujar Hajah Rudiah.
"Tahniah Ryan. Jadi bapa pun. Jaga adik aku dengan anak-anak buah aku bagus-bagus." Ikhwan berpesan. "Mestilah." Jawabnya. "Kamu dah azankan dan iqamahkan anak-anak kamu tu?" Dato Aziz bertanya. "Belum lagi pa. Nanti lah dalam bilik dia baru azankan." Jawabnya.
"Nama dah ada ke?" Ikhwan kemudian bertanya. "Ada. Tapi adik kau tak nak bagitahu aku." Balas Ryan. "Lah kedekutnya." Ujar Ikhwan lalu tertawa.
Tidak lama kemudian doktor Marlina keluar. "Keadaan Hani dah stabil cuma belum sedarkan diri. Tapi tu normal. Biarkan dia tidur ya. Kalau dia bangun nanti panggil jururawat yang bertugas. Babies pula kami akan letak di nursery . Nanti baru ambil ya." Sebab mereka nak catat segala maklum. Nak timbang berat, lepastu nak pastikan tiada jangkitan kuman mahupun demam kuning lah.
RYAN baru keluar dari bilik air ketika Hani terjaga. Dia terus menghampiri Hani. "Sayang. Kejap ya Ahang panggil nurse." Baru sahaja dia nak melangkah pergi Hani memanggilnya. "Kenapa Sayang? Sakit ke?" Ryan terus bertanya. Hani tak geleng mahupun angguk. Tapi dia terus menunjuk botol mineral di atas meja itu. "Kejap." Ryan kemudian membuka penutup botol itu lalu dituang airnya ke dalam cawan sebelum diserah pada Hani."Abang keluar kejap ya panggil nurse lepastu ambil twins ya." Beritahu Ryan. "Dah berapa lama saya tidur?" Hani bertanya. "3 jam juga lah. Dari jam 3 petang lagi. Keluarga kita pun dah balik. Kejap ya Abang keluar kejap." Hani angguk sahaja.
Tidak lama kemudian doktor Marlina dan dua orang jururawat datang. Mereka terus memeriksa Hani. "Bila saya boleh balik?" Hani bertanya. "Insyallah esok atau lusa." Jawab doktor Marlina. "Hani nak jumpa babies tak?" Doktor Marlina bertanya. Hani terus mengangguk. "Ryan dah azankan ke?" Hani bertanya.
"Macam belum. Sebab kalau tak silap selama ni dia belum jumpa babies lagi." Ujar doktor Marlina. Setelah selesai memeriksa Hani doktor Marlina dan jururawat itu kemudian keluar kerana hendak meronda pesakit yang lain pula.
Hani terus tersenyum melihat Ryan masuk. Di samping Ryan ada seorang perempuan. Jururawat ya. Bukan skandal. Hani terus duduk tegak sambil melihat tempat bayi yang ditolak oleh jururawat berkenaan. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat bayi-bayinya itu. Selepas jururawat itu keluar Hani terus mengangkat bayinya itu.
"Babies dari tadi belum menyusu lagi tu Yang." Beritahu Ryan kerana apabila Hani mendukung bayi lelakinya itu lantas bayi itu menangis. Hani kemudian terus menyelak bajunya untuk menyusukan anaknya buat pertama kali. Dahinya berkerut menahan sakit dan geli bila si kecil itu menggigit perlahan. Walaupun belum bergigi tapi dia dapat rasakan hisapan anaknya itu.
"Kenapa Yang? Sakit ke?" Ryan terus bertanya. Dia menghampiri Hani dan turut sama memerhati si kecil itu yang sedang rakus menyusu di dada isterinya. "Mestilah. Tapi nanti terbiasalah ni. Abang dah azankan ke?" Terus Hani bertanya.
Ryan terus geleng. "Belum lagi Sayang sebab tadi tak sempat. Nak Abang azankan sekarang ke?" Tanya Ryan sambil kakinya melangkah ke tempat bayi perempuannya itu.
"Azankan lah. Nak tunggu siapa pula." Ujar Hani. Dia terus menoleh memandang Ryan. Tangan lelaki itu terketar-ketar tika mendukung bayi perempuan itu buat pertama kali.
Bila dia iqamah pada telinga si kecil itu terus air matanya jatuh lagi. Begitu juga Hani. Air mata kegembiraan. Bila selesai dia mengambil yang adik pula dan Hani menyusukan pula bayi perempuannya itu. Bila dia mengazankan di telingam bayi itu terus bayi lelakinya itu senyap. Mungkin dia rasa tenang mendengar suara papanya yang melaungkan azan itu.
Bila kedua-dua selesai menyusu barunya Hani dapat makan. Itu pun Ryan yang suapkan. "Terima kasih tau Sayang sebab sudi tumpangkan anak-anak kita dalam rahim Sayang selama 9 bulan lebih ni. Terima kasih juga sudi terima benih Abang. Terima kasih juga sebab sanggup berkorban lahirkan anak-anak kita." Ucap Ryan lalu mencium dahi Hani lama.
Hani senyum sahaja lalu memeluk suaminya. "Terima kasih juga buat Abang sebab sudi jadikan saya isteri Abang. Terima kasih juga sebab teman saya tadi." Balas Hani.
"Bukan hal besar lah Sayang. Hal kecil je. Sayang yang dah banyak berjasa dekat Abang. Tak tahu lah macam mana Abang nak bayar semuanya balik. Insyallah lepas habis pantang kita pergi bercuti ya nak? Hadiah buat Sayang lah." Memang sejak 4 bulan lalu dia sudah uruskan semuanya.
Memang dia sudah pasang niat selepas sahaja Hani habis berpantang dia akan membawa Hani bercuti bersamanya. Tapi tunggu twins besar sikit lah. Dia tak nak pisahkan anak-anaknya dengan Hani pula sekarang ini. Mungkin mereka akan membawa twins dan seseorang untuk menjaga twins nanti.
Dia nak bawa menunaikan umrah tapi keadaan mereka ketika ini tidak sesuai kerana twins masih menyusu badan. Dan dia tak nak Hani dengan anak-anak mereka berpisah sekarang ini kerana susu ibu memang penting bagi proses tumbesaran anak-anak. Jika boleh dia nak anak kembarnya ini menyusu badan sehingga berumur 2 tahun kerana itu sunah. Dan dia mahu mengurangkan penggunaan sus formula buat anaknya.
"Bercuti pergi mana Abang?" Hani bertanya kerana dia teruja. "Bali lah. Nak bawa pergi Jepun semula tapi musin luruh sekarang ni. Dan bila Sayang habis pantang pula dekat sana dah musim sejuk. Tak sesuai lah kita pergi kalau bawa twins."
Maklumlah keadaan cuaca di sana dan di Malaysia tidak sama. Dia takut bila membawa anak kembarnya yang masih kecil itu ke sana tiba-tiba pula nanti jatuh sakit. Tunggulah anak kembarnya sudah besar baru ke sana nanti.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...