BAB 45

3.8K 117 0
                                    

  This chapter is the opening for OH MY HUSBAND's special chapter. Akan ada lagi beberapa chapter menyusul selepas ini. Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. Mulai bab ini author akan letak target. Selagi tak tercapai author tak kan publish bab seterusnya ya. 70 votes diperlukan untuk open bab 46 ok. Anyway have a nice day and thank sudi support  

[ S P E C I A L     C H A P T E R    P A R T    1 ]


   "SEMUA dah masuk bonet?" Hani menghampiri Ryan lalu bertanya. "Dah. Ada yang tinggal lagi tak? Abang tak nak nanti pertengahan jalan kata ada barang tinggal. No u turn ok." Hani angguk sahaja sebelum memikir sama ada barangnya ataupun barang suaminya tertinggal. "Tak de." Beritahunya.

Ryan angguk sahaja. "Pintu semua dah kunci? Tingkap?" Itu tugas Hani. Entah Hani ada buat ke tak ada dia pun tak tahu. "Dah kunci semua. Pintu depan ni je belum." Beritahu Hani. Mereka akan berada di kampung halaman Hani sehingga raya ke-4. 3 hari sebelum raya iaitu hari ini mereka bertolak balik. Atas permintaan Hani sebab dah lama tidak merasai nikmat malam raya. Jadi dia ajak Ryan balik awal. Mujurlah sejak 3 hari yang lalu Ryan sudah mula cuti.

Bila pintu utama di kunci barulah mereka memulakan perjalanan balik ke kampung halaman Hani. Seperti biasa Ryan akan membaca doa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan mereka. Ini untuk memberkati perjalanan mereka dan memohon perlindungan semasa dalam perjalanan jauh mereka ini.

"Sayang tak nak singgah kedai dulu ke?" Ryan bertanya. Ketika itu mereka baru sahaja keluar dari kawasan taman perumahan tersebut. "Buat apa?" Hani bertanya. "Ye lah mana tahu nanti dekat pertengahan jalan Sayang lapar." Dia tahu sangat perangai Hani. Tak pernah tinggal makanan bila keluar. Apatah lagi bila mereka hendak ke Kelantan. Tentu sepanjang perjalanan dia makan saja.

"Singgah lah 7e." Ujar Hani. Nak beli air dengan jajan sikit. Sebenarnya dia ada bawa makanan dari rumah. Dia masak spageti lagi buat bekal balik kampungnya. Bila sudah membeli apa yang patut mereka terus memulakan perjalanan panjang mereka itu.

Sepanjang dalam perjalanan balik Hani tak habis-habis nak menyanyi. Ryan pula layan sahaja. Maklumlah jarang dengan lagu raya. Hani siap bawa microphone bluetooth lagi sebab nak nyanyi.

"Sayang ingat tak jalan balik kampung?" Ryan bertanya. Kerana Hani ada maklumkan sudah hampir 6 tahun dia tak balik beraya di Kelantan. Mungkin dah lupa. "Ingatlah." Jawab Hani. Dia dah tak nak nyanyi dah. Dia sambung makan pula. "Jangan pula nanti sesat ya. Abang tak nak lagi call Ikhwan tanya jalan." Hani sengih sahaja dan sambil makan. Walaupun dah lama dia tak balik sana ingatan dia akan jalan ke sana masih kuat lagi.

"Abang tak kisah kan saya makan." Hani takut suaminya terganggu pula. "Eh tak. Makan lah. Tapi jangan kotorkan kereta Abang ni." Dia baru je bersihkan kelmarin. Nanti ada makanan jatuh habis bersemut keretanya. Hani sengih sahaja dan sambung makan. Sesekali dia memandang Ryan. Rasa bersalah juga dia makan depan suaminya yang sedang puasa tapi jika dia tak makan lapar pula. Nanti perutnya sakit. Kesian dekat babies dalam perut.

"Sorrylah sebab makan depan Abang." Ucap Hani. Ryan menoleh memandang Hani lalu dia senyum. Diusap kepala Hani yang berlapik tudung itu. "Tak pa. Sayang makan je. Untuk diri Sayang dengan anak kita juga." Hani terus angguk dan balas senyuman Ryan.






    HANI terus sahaja memeluk neneknya yang sudah lama dia tak jumpa. Kali terakhir dia jumpa tika majlis perkahwinannya dengan Ryan. "Nenek sihat?" Hani bertanya. "Mestilah sihat. Nak jumpa cucu-cucu nenek ni. Hani sihat? Is?" Dia panggilan Ryan 'Is' kerana nama sebenar Ryan kan Ryan Iskandar. Neneknya tak reti nak sebut 'Ryan' tu yang dia panggil 'Is' pendek dan senang untuknya sebut dan ingat.

"Sihat je nenek." Jawab Ryan lalu bersalam dengan nenek. "Korang sampai bila duduk sini?" Tanya nenek. Dia teruja bila tahu cucunya nak balik. Memang dia awal-awal lagi sudah sediakan bilik untuk cucunya ini.

Walaupun sudah berusia 68 tahun neneknya masih kuat lagi. Masih boleh ke dusun lagi. Begitu juga atuknya yang sudah berusia 75 tahun. Kedua-dua atuk dan neneknya masih sihat lagi. Hani bersyukur kerana atuk dan neneknya dipanjangkan umur.

"Jom lah masuk. Nenek tunjukkan bilik korang ya." Hani angguk sahaja dan tarik lengan suaminya lalu dipeluk. Ryan terus memandang Hani sebelum isterinya itu sengih sahaja. "Nenek bagi bilik dekat bawah je lah. Senang Hani nanti." Hani angguk sahaja. "Korang rehat lah dulu ya. Mesti korang penat kan." Kemudian nenek meminta diri untuk pergi.

"Sayang tidurlah kalau Sayang nak. Abang nak ambil barang dalam kereta." Ujar Ryan. "Oh ya kan. Lupa lah." Ujar Hani. Bila dah ambil semua barang mereka terus Hani ajak suami tidur sekejap. Ryan tak tidur pun. Dia sekadar menemani Hani. Diusapnya perut Hani lalu dicium. Bibirnya mengukirnya semuanya bila dia terpandang perut Hani yang bergerak. Babies suka lah tu bila dapat ciuman dari papa.

Hani senyum sahaja bila mendengar bebelan makciknya itu kepada sepupunya Nana. "Budak ni kalau aku tak suruh masak nasi tak ada dia nak masak." Nana yang sedang kena bebel itu diam sahaja sambil cuci beras.

"Ibu kamu bila balik Hani?" Kemudian makciknya bertanya. "Malam raya." Jawab Hani. Kemudian Hani dipanggil oleh sepupunya.

"Kau tak puasa kan?" Tanya Dina. Hani angguk sahaja. "Kenapa?" Soal Hani. "Ni rasa kari ni." Ujar Dina lalu memberi sudu kepada Hani. Hani terus merasa kari tersebut. "Macam mana?" Tanya Dina bila Hani merasa kari berkenaan. "Kau tambah gula sikit. Masin ni." Beritahunya. Bila dah tambah gula Hani rasa semula. Dia terus mengangguk tanda sudah ok.

Kemudian Hani sambung lagi kupas kentang. Ryan pun tolong juga sebab dia tak biasa dengan sepupu-sepupu Hani lagi. Maklumlah baru jumpa kan. "Bagus laki kamu ni Hani. Rajin dia tolong. Bukan macam yang lain tu. Dorang Hilmi tu. Main game je kerja." Omel maksu. Ryan dengar sahaja sambil tolong kupas kulit kentang.

"Hani due bila?" Maksu kemudian bertanya. "Dalam bulan 9 macam tu. Sama ada hujung bulan atau pertengahan bulan." Doktor Marlina kata tak boleh nak percaya sangat kiraan tu sebab selalunya akan beranak awal seminggu atau awal beberapa hari. Jadi doktor Marlina nasihatkan Hani untuk bersedia awal-awal. Kalau boleh bila dah masuk 9 bulan usia kandungannya Hani kurangkan untuk keluar. Duduk sahaja di rumah. Malah Ryan juga diperingatkan agar memantau Hani bila dah masuk 9 bulan nanti.

"Baguslah ibu kamu tak lama lagi dah nak ada cucu. Maksu ni entahlah bila. Si Nana tu entah bila nak kahwin. Umur dah nak masuk 30." Bebel maksu. Nana yang mendengar sahaja bebelan dari ibunya. Dia sudah biasa dengar bebelan ibunya setiap hari. Bukan dia tak nak kahwin tapi terlalu memilih. Dah ada orang masuk meminang dia tapi dia tolak. Walhal lelaki itu kerja cikgu. Dia nak juga doktor atau jurutera.

Suasana ketika berbuka puasa amatlah meriah. Ini baru keluarga terdekat sahaja. Belum lagi yang balik dari KL, Johor, Kedah dan juga Sarawak. Memang tahun ini rumah nenek riuh kerana semua balik. Hani memang tak sabar nak jumpa sepupunya yang berada di Sarawak itu. Gengnya tika kecil dahulu.

Bila habis makan Ryan terus mengambil air wuduk begitu juga Hani. Mujurlah bilik mereka itu ada bilik air. Walaupun kecil tapi ok lah. Nanti bila dah pagi raya tak ada lah nak berebut guna bilik air. Tak perlu bak menunggu giliran untuk mandi. Nenek memang sengajs bagi Hani duduk bilik itu untuk memudahkan Hani. Jika di atas susah lagi nak naik turun tangga.

"Abang ikut paklong pergi masjid ke?" Tanya Hani tika mereka selesai solat berjemaah. "Ha'ah. Bukan selalu dapat balik sini kan. Kenapa? Sayang tak nak Abang pergi ke?" Ryan bertanya. "Mana ada. Abang pergi je lah. Tapi kena janji dengan saya." Kata Hani.

"Apa dia?" Soal Ryan. "Jangan ngorat perempuan dekat sana. Jangan layan dorang." Ryan sudah tersenyum sendiri. Bini kita cemburu lah. Maklumlah tadi tika makan tiba-tiba pula ada sepupu Hani yang tiba-tiba minta nombor telefon milik Ryan. Mujurlah masa itu sedang makan kalau tak memang Hani bising lah. Sebab itu lah bila habis makan dia terus tarik Ryan masuk bilik.

"Tahu lah. Sayang ni sensatif sangat lah. Pandai lah Abang jaga diri. Abang ni kan Sayang punya. Hak Sayang sorang. Mana boleh ada orang lain pula. Ok? My jealousy Baby." Dia kemudian mencium pipi Hani. "Ish apa ni. Mestilah Abang saya punya sorang. Orang lain tak boleh ambil." Kata Hani. Suka hati dia lah nak claim Ryan. Suami dia juga. Bukannya suami orang lain.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now