Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. Dan jemput juga baca ' Dia Lah Suri Hatiku ' ya and kalau sudi tekan lah vote untuk setiap bab di cerita berkenaan. Hari ini nak promote Bobby from iKON pula ya. And happy birthday to Choi Hyunsuk from TREASURE ❤ my babe ❤
HANI pandang sahaja suaminya yang dari tadi asyik membetulkan sampinnya. Walhal Ikhwan tak pakai pun. Dia sahaja beria nak pakai. "Abang ni reti ke tidak?" Hani bertanya. Dia berdiri lalu menghampiri Ryan. Ryan sekadar sengih sahaja. "Sini saya tolong." Ujar Hani. Boleh lah sikit-sikit ikat sampin.
"Ok dah siap." Ujar Hani. Dia memandang penampilan Ryang yang segak berbaju melayu warna biru. Itu tema mereka pada tahun berkenaan. Tahun pertama bergelar suami isterinya. Dia bersyukur dapat puasa dan menyambut hari raya bersama Ryan. Bukan sebagai kawan baik abangnya seperti dia kenali dahulu. Kini sebagai suami. Dan akan datang sebagai papa kepada anak-anak mereka.
Ryan senyum sahaja lalu mengucapkan terima kasih pada Hani kerana membantunya. "Ok jom turun bawah." Ajak Hani. Selepas balik dari masjid tadi mereka berdua terus naik ke atas untuk menukar baju.
"Eh jap. Kita ambik gambar dulu lah." Sebab dia nak post dekat instagramnya. 'Saya dah ada suami' itu yang dia nak juga bagitahu orang lain yang dia sudah mempunyai suami. Bukan bujang lagi. Setelah selesai bergambar barulah mereka turun ke bawah. Balik sahaja dari masjid tadi mereka dah bersalam-salaman sebenarnya. Lepastu baru naik tukar baju ya.
"Abang tak bagi adik duit raya ke tahun ni?" Hani bertanya Ikhwan. "Eh buat apa. Kau dah kahwin. Minta lah dekat laki kau ni." Ujar Ikhwan. Kedekut pula dia tahun ni. "Hmm tak pa. Nanti baby ni keluar adik tak benarkan abang pegang dia." Ryan yang sedang meneguk air terus tersedak manakala Ikhwan pula berdiri. Melebih pula cara dia terkejut dia. Lebih beria dari sang suami.
"Jap! Sayang mengandung?" Ryan bertanya manakala Ikhwan semula. "Serius? Weii kau buat adik aku mengandung. Weiii aku nak jadi pakcik." Ikhwan lantas berdiri semula dan menjerit. Hani pula geleng kepala sahaja tengok perangai abangnya yang serupa beruk itu. "Sayang serius ke?" Ryan bertanya lagi sambil menggenggam tangan Hani.
"Tak ada lah. Saya gurau je lah." Ikhwan yang tadinya dah macam beruk lantas memandang adiknya. "Kau tipu ya." Hani sengih sahaja. Dia perlahan-lahan berdiri lalu menuju ke arah ibunya. Tempat paling selamat. "Tak guna punya adik." Marah Ikhwan. Dia baru sahaja nak happy-happy tapi kena tipu.
"Hah ni ke menantu kamu? Amboi hensemnya." Kata Juhara. Kawan ibunya. Ryan senyum sahaja bila dipuji manakala Hani memandang tajam suaminya itu. Cemburu? Ya dia cemburu kerana anak kepada kawan ibunya itu asyik mengusha suaminya sejak dari awal lagi. Hani tidak mahu kalah dengan perempuan berkenaan jadi dia peluklah lengan suaminya itu.
"Untunglah kamu Diah dapat menantu segak macam tu. Kalau aku lah. Ish tak boleh tau. Susah lah ada menantu macam menantu kamu ni. Asyik kena usha je." Ujar Juhara. 'Ya kena usha oleh anak makcik.' Bisik Hani. Dia tak tahu pun Ryan dapat dengar bisikknya itu. 'Abang untuk Sayang sorang je lah.' Ryan membisik di telinga Hani.
Hani terus menoleh memandang Ryan semula. 'Abang dengar lah Sayang.' Bisik pun serupa dia tak duduk sebelah Hani. Hani jeling sahaja lalu berdiri. "Nak ke mana Yang?" Ryan bertanya. "Dapur jap." Dia baru teringat yang dia tengah panaskan rendang daging tadi. Ryan pun kemudian turut berdiri lalu mengekori isterinya.
"Nah rasa." Ujar Hani. Ryan pun turuti sahaja. "Ok?" Hani tanya. Walaupun dia sekadar memanaskan sahaja rendang tersebut dia takut nanti kurang rasa. "Ok. Cukup semua." Jawab Ryan. Dia menolong Hani meletak rendang berkenaan ke dalam bekas. Kejap lagi dalam jam 3 begitu keluarganya nak datang.
Kemudian masa Hani cuci piring dia baru teringat penipuan Hani tadi. Ryan kemudian memeluk Hani dari belakang. "Apa ni? Nanti ibu nampak lah." Ujar Hani. "Biarlah ibu nampak. Ni Abang nak tanya ni. Asal tipu tadi?" Dia bertanya Hani.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...