BAB 71

3.4K 117 0
                                    

        Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan votes ya. 70 votes diperlukan untuk buka bab 72. Author nak minta maaf sebab lambat update bab ni. Author sibuk sikit minggu ni. Anyway, thank you sudi support and have fun. Author ada share lagu dekat atas ni dan kalau sudi dengarlah ya. 












               SUDAH beberapa jam berlalu dan Ryan masih tidak melihat Hani. Entah ke mana isterinya itu pun dia tidak tahu. Dia tahu salahnya kerana meninggikan suara dekat Hani tadi tapi dia sudah tidak tahan bila asyik dituduh hendak berkahwin lagi satu. Walhal dia tak ada niat dan tak terfikir pun nak kahwin satu lagi.

Sedang dia termenung tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia terus menjawab panggilan berkenaan. "Kenapa mama?" Dia bertanya. "Kamu sibuk tak? Kalau tak datang rumah. Ajak Hani dengan kembar sekali. Ni ada bakal tunang Rania datang." Cakap pasal Rania pula dia tidak jadi berkahwin dahulu. Pelamin impiannya musnah apabila dia mendapat tahu tunangnya itu berlaku curang dengannya.

Lelaki itu ditangkap khalwat di sebuah hotel bajet bersama seorang perempuan. Rania serta merta memutuskan pertunangan tersebut. Dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang mempunyai perempuan keliling pinggang. Dia tidak mahu suaminya kaki perempuan.

Selepas kejadian itu bekas tunangnya itu terus menghilang dan Rania pula sudah bertemu dengan seorang lelaki yang benar-benar menyayangi dirinya. Akhirnya dorang bercinta. Sebenarnya lelaki itu merupakan rakan sekelasnya dahulu. Memang sudah lama menaruh cinta pada Rania. Tapi Rania sahaja yang jual mahal. Tapi sekarang dia bercinta pula dengan lelaki itu.

"Baiklah ma. Nanti kami datang." Sedang dia bercakap dengan mamanya dia terpandang Hani. Entah dari mana muncul isterinya itu. Hani langsung tidak memandang Ryan. Dia terus sahaja melangkah naik ke atas.

Selesai bercakap dengan Datin Fauzian, Ryan terus melangkah ke atas. Dia terus menghampiri bilik anaknya kerana dia tahu Hani pasti berada di sana.

Ryan terdiri di muka pintu sambil memandang isterinya. "Bersiap lah. Kita pergi rumah mama. Mama suruh." Dia memberitahu lalu melangkah ke bilik mereka. Hani senyap sahaja.

Ketika dalam perjalanan ke sana Hani dan Ryan senyap sahaja. Hanya bunyi radio kereta kedengaran. Masing-masing dengan dunia sendiri. Hani malas nak melayan suaminya itu. Ryan ada bercakap dan bertanya Hani beberapa soalan tapi Hani kekal diam. Langsung tiada tanda untuk dia bercakap dengan suaminya itu. Perang dingin antara mereka masih lagi berlaku.

Hani senyum sahaja lalu tunduk bersalam dengan Datin Fauzian. Dia berlakon seolah-olah tiada apa-apa terjadi antara dia dan Ryan. "Datang pun korang. Ingat tak datang. Jom lah masuk." Ajak Datin Fauzian. Sejak Dato Aziz meninggal dunia 3 bulan yang lalu Datin Fauzian berasa sunyi. Tiada lagi temannya bergurau senda. Dia sunyi. Tapi mujurlah Razali tinggal bersamanya. Sekurang-kurangnya dia tidaklah terlalu sunyi. Cucu-cucunya ada menemani dia.

"Jadi Rania macam mana? Mama setuju?" Ryan bertanya. Dia memeluk bahu Hani. Turut serta berlakon seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di antara dia dan Hani. Tapi mereka masih lagi perang dingin.

"Rania tu memang terima lah. Kalau boleh bulan Ogos ni dorang cadang nak nikah. Tak perlulah bertunang." Sebab anaknya itu sudah trauma. Takut ditinggalkan lagi oleh lelaki.

"Hani kamu ok tak?" Datin Fauzian bertanya bila dia melihat menantunya itu senyap sahaja. Hani senyum sahaja. "Ok ma." Tipunya. Dia tak ok. Dia masih lagi sakit hati dengan Ryan. Lelaki itu langsung tidak mahu meminta maaf. Seolah-olah dia tidak menyakiti Hani tadi.

Sedang Hani dan Datin Fauzian berbual tiba-tiba dia mendapat panggilan dari abangnya. "Adik datang hospital sekarang. Ibu dengan abah accident." Ikhwan memberitahu. Telefon di tangan Hani terus terlepas. "Kenapa Hani?" Datin Fauzian bertanya. "Ibu...abah..."









           "MACAM mana dengan ibu dengan abah." Hani segera bertanya apabila dia tiba di hadapan wad kecemasan berkenaan. Ikhwan yang tadinya tertunduk segera mengangkat kepalanya memandang adiknya.

"Abah cedera. Ibu pula.......ibu dalam wad kecemasan." Ikhwan memberitahu. Mujurlah kawannya yang bekerja sebagai polis itu memberitahu Ikhwan mengenai berita berkenaan. Dia kebetulan berada di sana ketika kemalangan itu. Dia bertugas mengawal kesesakan lalu lintas ketika itu.

Hani terus hendak terjatuh. Tapi nasib Ryan sempat menahan badan Hani. Hani memandang sahaja wajah suaminya sebelum dia berdiri semula. Selepas sahaja mendapat panggilan dari abangnya itu dia terus mengajak Ryan ke hospital.

Dalam beberapa minit kemudian keluar seorang doktor wanita. "Keluarga?" Doktor itu bertanya. "Ya." Jawab Ikhwan. Dia terus menghampiri doktor berkenaan. Begitu juga Hani.

"Begini lah encik... kesan hentakan yang kuat itu menyebabkan ibu korang koma. Kakinya juga lumpuh. Kami akan pantau ibu korang buat masa ini." Mendengar sahaja perkataan koma tiba-tiba kepala Hani menjadi sakit dan berat sebelum dia pengsan. Mujurlah Ryan sempat menyambut badan Hani.

Matanya dicelik apabila mendengar suara orang sedang bercakap. Dia perlahan-lahan membuka matanya. Terus terpampang wajah kacak suaminya itu. "Finally Sayang." Ujar Ryan lantas mencium tangan Hani.

"Saya dekat mana?" Dia bertanya. "Hospital Sayang. Tadi Sayang pengsan. Doktor tambah air dalam badan." Mujurlah tiada apa-apa berlaku pada kandungan Hani. "Ibu? Ibu mana?" Hani terus duduk dan hendak turun dari katil tapi ditahan oleh Ryan. "Ibu koma Sayang. Abah dah sedar. Sayang rehatlah dulu. Badan tu tak kuat sangat." Ujar Ryan.

Hani segera menggeleng. Wayar yang menyambungkan air ke tubuhnya itu dicabut lalu dia turun dari katil. "Sayang. Tunggulah dulu." Ryan menghalang.

"Apa lagi? Saya nak jumpa ibu dengan abah." Hani memberitahu. "Ibu dekat wad icu. Tak ramai yang boleh masuk melawat. Ikhwan tengah jaga ibu. Nantilah baru lawat. Sayang tu pun baru bangun dari pengsan. Makan pun belum. Makan lah dulu. Kalau nak lawat abah lepas makan baru lawat ya." Ujar Ryan. Hani angguk sahaja. Dia sudah mengalah.

"Dan Abang minta maaf sebab tinggikan suara dekat Sayang tadi. Abang tak sedar. Sorry ya." Akhirnya dia meminta maaf. Hani angguk lalu berkata. "Saya pun minta maaf juga sebab tuduh Abang yang bukan-bukan." Akhirnya perang dingin mereka berakhir dengan Hani memeluk suaminya itu. Ryan pula mencium ubun-ubun Hani lalu membalas pelukan Hani.

"Abang Wan tahu ke saya mengandung?" Hani bertanya. "Tak. Abang je yang tahu Sayang. Nantilah kita bagitau ya. Tunggu ibu dengan abah sembuh ya." Ujar Ryan.

Selepas makan Hani terus melangkah ke bilik di mana abahnya diletakkan. Doktor sudah benarkan Hani untuk keluar memandangkan dia pengsan sahaja.

Hani terus menghampiri abahnya. "Macam mana boleh accident abah?" Hani bertanya. "Abah tak perasan lah ada kereta masa keluar simpang." Haji Haris memberitahu. "Janganlah nangis adik." Dia memujuk anaknya itu. Hani tersenyum sahaja.

"Cucu-cucu abah mana? Tak bawa ke?" Haji Haris bertanya. Hani geleng kepala lalu mengelap air matanya. "Tak. Tinggal dengan mama." Hani memberitahu. "Nanti adik dengan Abang Ryan bawa ya." Beritahu Hani. Haji Haris angguk sahaja.

Kemudian mereka ke wad icu pula. Ikhwan terus menghampiri adiknya itu. "Dah ok?" Ikhwan bertanya. Hani angguk sahaja. "Abang Wan jaga ibu ke malam ni?" Hani bertanya. "Ya. Tapi esok adik tolong jaga boleh? Abang kan kerja." Ujar Ikhwan.

Hani segera memandang Ryan. Ryan angguk tanda dia membenarkan. "Jadi maknanya siang adik jaga malam abang jaga?" Ikhwan angguk.

Bila dia melihat keadaan ibunya dia terus hendak menangis. Ikhwan lantas memujuk Hani. "Jangan sedih lah. Ibu tak apa-apa punya. Adik tu kena jaga kesihatan. Abang tak nak anak buah abang dalam perut Hani tu sakit." Hani terkejut bila abangnya tahu.

"Ma-macam mana abang tahu?" Dia bertanya. "I'm your brother. Of course lah abang tahu. Macam lah Ryan tu pandai menipu." Dia nampak wajah risau Ryan ketika Hani pengsan. Dulu Hani pengsan tidaklah Ryan terlalu risau. Tapi tadi dia terlalu risau. Jadi Ikhwan dapat jangka ada sesuatu yang adiknya sorok darinya. Dia kemudian ternampak tadi tangan Ryan mengusap perut Hani.

"Korang tu nak sembunyikan macam aku tak tahu." Hani sengih sahaja. "Dah berapa lama?" Dia tanya. "Baru 5 minggu." Beritahu Hani.

Ikhwan angguk sahaja lalu pegang bahu Ryan. "Jaga adik aku baik-baik. Kalau nak buat dia nangis tahu lah apa aku nak buat dekat kau." Sempat Ikhwan mengugut Ryan.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now