This is the ending ya. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Thank you sudi support and have fun guys. Until we meet again in the future ❤❤❤
RYAN dan Hani ke rumah lama mereka kerana masih ada barang yang belum mereka kemas. Sudah 5 bulan sejak Areen lahir. Sepanjang 5 bulan ini mereka memang sibuk. Banyak urusan yang kena diuruskan, dengan rumah mereka lagi baru siap. Mereka tengah mengemas rumah lama mereka ini. Barang-barang yang diperlukan akan dibawa je rumah baru mereka.
"Mama mana nak letak bekas tupperware ni?" Arina yang baru muncul dari dapur itu bertanya. Sebelum ke rumah lama mereka, sempat lagi dia minta masak nasi goreng dekat mamanya. Kemudian dia bawa ke sini. Baru 2 jam tolong mengemas sudah dia lapar. Padahal dia tolong tengok-tengokkan adik dia. Berpeluh juga kot dia menjaga Areen.
"Dah cuci ke? Kalau dah. Letak dalam kereta semula." Ryan yang berada di bilik tetamu terus ketawa bila dengan arahan isterinya itu. "Jangan bagi hilang kakak. Kalau tak mama tu tinggalkan kakak dekat sini." Sempat lagi dia bergurau.
"Abang jangan nak cakap yang bukan-bukannya. Dengan Abang sekali saya tinggalkan dekat sini." Terus berhenti Ryan ketawa. "Hah, tahu pun takut kan? Sambung kemas tu. Kalau tak lambat kita siap." Arah Hani. Dia malas nak tangguh kerja kemas rumah lama mereka ini.
Kalau boleh dia mahu semuanya habis secepat yang mungkin kerana di rumah baru mereka, ada lagi banyak kerja yang mereka kena lakukan. Baru sahaja Hani mahu melangkah ke dapur, kedengaran suara Areen menangis. Dia segera ke ruang tamu semula.
Matanya membulat bila melihat Puteri sedang tersenyum sinis sambil mendukung Areen. "So ni lah anak cacat kan? Tak sangka pula dia hidup ya. Sepatutnya aku langgar ja kau haritu." Kata Puteri. Mukanya sengaja menunjukkan dia jijik mendukung Areen.
Ryan yang mendengar kekecohan itu terus keluar dari bilik. Matanya juga membulat melihat Areen yang sudahpun menangis di dalam dukungan Puteri. Mesti si kecil itu tengah takut sekarang ini.
"Oh, hai Ryan. Tak sangka pula you terima anak cacat you ni. But don't worry. I akan hapuskan budak cacat ni. Well, excuse me, i ada kerja nak buat. So, good bye. And jangan call polis or kejar kereta i. Kalau i dapat tahu korang buat semua tu." Puteri kemudian tunduk memandang Areen yang masih meraung menangis itu. "I tak kan teragak-agak untuk cederakan budak cacat ni ya." Dia kemudian ketawa seperti orang gila sebelum lari keluar dari rumah bersama Areen yang menangis meraung itu.
Hani sudah terduduk di lantai rumah, manakala Ryan keluar untuk cuba mendapatkan nombor flat kereta perempuan gila itu. Kemudian dia masuk semula. Ada Arina yang sedang cuba tenangkan mamanya itu.
"Sayang, Abang cuba kejar kereta dia. Korang berdua duduk diam di sini ya. Kejap lagi Abang suruh Ikhwan datang ambil korang berdua. Kakak, tengok-tengokkan mama untuk papa ya." Pesan Ryan. Arina angguk sahaja. Dia pun nangis juga macam mamanya kerana adiknya diculik di depan matanya.
Ryan kelam-kabut mengambil kunci kereta lalu kemudian dia terus berlari keluar ke kereta.Dalam perjalanan dia cuba mengejar kereta itu, dia menghubungi Ikhwan. "Tolong hantar wife dengan anak aku balik rumah. Ada hal aku nak uruskan ni. Nanti aku explain dekat kau." Tanpa salam terlebih dahulu terus dia suruh abang iparnya itu mengambil Hani dan Arina.
Tidak lama kemudian Ikhwan muncul di rumah lama adiknya itu. Segera dia menghampiri Hani. Arina pun masih menangis juga. "Kenapa ni? Ryan tu pergi mana sampai tinggalkan korang berdua di sini?" Dia belum tahu lagi yang anak buahnya yang sorang itu telah diculik.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...