BAB 59

4.1K 107 0
                                    

     Welcome back to bab 59 ♥️ seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 65 votes diperlukan untuk author update bab 60 ok. Thanks sudi support and have fun    


              "WEII comel gila anak kau." Riuh suara Denisha berkata. Hani senyum sahaja sambil melihat Denisha yang tengah memerhati anak perempuannya itu. "Kau kata yang lahir dulu perempuan kan?" Tanya Mira. "Ha'ah perempuan. Kenapa?" Soal Hani pula.

"Ni mesti laki kau versi perempuan. Selalunya kalau anak sulung perempuan kan perangai dia sebiji macam bapa dia. Ni anak kau versi perempuan bagi laki kau lah. Habislah nanti mesti anak kau kuat cemburu." Beritahu Mira. "Ah tipu je tu." Kata Denisha pula.

Hani dan Zura mengangguk tanda bersetuju dengan Denisha. "Tak percaya tak sudah. Kau tengok lah Zura ni. Panas baran macam arwah ayah dia." Kata Mira. "Woi aku anak tunggal lah." Zura mengingatkan. Terus Mira tersengih.

Dia lupa sebenarnya Zura tak ada adik beradik. Anak tunggal. Anak kesayangan tau. Jangan nak cari masalah dengan Zura ya sebab mamanya pasti akan saman orang berkenaan. Maklumlah ibu Zura seorang pesara polis.

"Laki kau mana Hani? Tak nampak pun. Kerja ke?" Mira kemudian bertanya kerana sejak mereka datang tidak pula kelihatan Ryan. Entah ke mana lelaki itu pergi. Mereka nak juga mengucapkam tahniah buat Ryan atas kelahiran si kembar itu.

"Oh dia keluar kejap. Entah ke mana aku pun tak tahu pula." Sebab Ryan cuma memaklumkan padanya bahawa dia nak keluar sekejap. Entah buat apa. Ada urusan kot.

"Hah sikit aku lupa. Nanti bulan depan korang pakai baju warna hijau ya. Jangan lupa. Aku nak semua sedondon." Ujar Zura. Padahal dia bertunang sahaja tapi nak juga sedondon. Kita layan je lah permintaan dia kan.

Tidak lama kemudian bayi perempuan itu menangis. Mira yang sedang memegang tangan bayi itu terkejut. Dia terus berubah takut kerana fikirnya dia menggangu tidur lena si kecil itu. Hani terus mendukung anaknya itu.

Tapi dia teragak-agak hendak menyusukan si kecil itu di hadapan kawannya. "Kenapa?" Denisha bertanya. Hani sengih sahaja. "Aik? Tak kan dengan kami pun kau nak malu. Dengan laki kau tak malu pula." Kata Zura dengan selamba.

"Bodoh tu laki dia. Suka hati dia lah nak tengok kan Hani. Ok lah kami pusing belakang kejap. Pandai-pandai lah kau sembunyikan ya." Kata Mira setelah dia memukuk sedikit kepala Zura.

Hani terus angguk. Bila kawan-kawannya pusing belakang dia segera menyelak bajunya dan menyusukan si kecil itu. Dia mengambil sehelai tuala untuk menutup dadanya.

"Pusing lah." Beritahunya. Lantas kawannya itu memusing. "Tak sakit ke kalau dia menyusu?" Denisha bertanya. "Mula-mula tu memang sakit lah. Tapi sekarang tak da. Cuma geli sikit je." Beritahu Hani.

Sedang Hani menyusukan anaknya itu tiba-tiba pintu wad dikuak dari luar. Lantas mereka berempat melihat siapa yang masuk. Rupanya Ryan. "Eh korang pun ada juga ke? Tak kata nak datang. Kalau tak tadi belikan sekali nasi ayam untuk orang." Ujar Ryan.

"Eh tak pe lah. Kitorang dah nak balik ni. Lagipu. dah lama sangat dekat sini. Hani kitorang gerak dulu ya." Ujar Zura lagipun kejap lagi dia dah nak masuk kelas semula. Denisha pun nak pergi kerja semula. Mira pula dating kot.

"Ryan nanti sepupu aku ni berpantang di mana?" Sebelum beredar Zura bertanya pada Ryan. "Rumah ibu. Kenapa?" Ryan menyoal pula. "Tak de. Nanti nak lawat. Boleh kan?" Ryan angguk sahaja. "Korang dah lama berkawan kan. Datang je lah. Nak malu apa." Beritahunya. Zura sengih sahaja lalu meminta diri untuk pergi. Begitu juga Mira dan Denisha. Kini hanya tinggal Hani dan Ryan sahaja, bersama anak kembar mereka.









    HANI terus memandang telefon suaminya yang berbunyi. Ryan terus mengangkat panggilan tersebut. "Abang keluar kejap ya." Ryan memberitahu Hani. Hani angguk sahaja dan memandang pemergian suaminya.

Tidak lama kemudian Ryan datang semula. "Sayang pakai tudung ya. Kawan Abang yang lelaki nak datang lawat." Beritahu Ryan. Hani angguk sahaja. Ryan kemudian keluar semula. Hani terus mengambil tudungnya.

Dalam 10 minit macam tu tiba-tiba pintu wad ditolak dari luar. Hani terus duduk tegak. Dia agak terkejut bila Ikhwan yang masuk dan bukannya suaminya. Tapi yang dia hairan kenapa lelaki itu kelihatan seperti sedang merakamnya?

Tidak lama kemudian matanya membulat melihat Ryan melangkah masuk bersama sejambak bunga di tangan. Serta ada kotak yang dipegang oleh suaminya itu.

Ryan tersenyum sahaja sambil pandang Hani. Dia terus menghampiri Hani. "Apa semua ni Bang? Kata jemput kawan?" Terus Hani bertanya. "Tak de lah Abang tipu je. Nak buat suprise lah untuk Sayang. Nah bunga untuk Sayang." Bila Ryan menyerah bunga itu pada isterinya, Ikhwan terus merakam dan mengambil gambar.

"Untuk apa?" Soalnya dengan bingung. "Tanda berterima kasih sebab sudi lahirkan anak-anak ni. Ni kotak. Untuk Sayang. Buka lah." Kotak itu pula diserah pada Hani .

Hani angguk sahaja lalu membuka. Matanya terus berubah merah bila melihat isi di dalamnya. "Abang..... apa semuanya." Dia terkejut bila melihat ada seutas rantai emas bertulis namanya serta seutas gelang. "Untuk Sayanglah. Hadiah dari Abang." Ryan terus memandang mata Hani yang berkaca itu.

Hani terus memeluk suaminya dan menangis. Ikhwan pula yang hairan. "Hei hei. Kenapa nangis ni?" Tanya Ryan sambil menggosok belakang isterinya. "Abang lah punca. Suka buat macam ni tau. Orang tak minta pun emas ni." Beritahu Hani.

"Lah sebab tu je ke nangis? Cengeng betul lah." Omel Ikhwan. Hani terus memandang tajam abangnya itu. "Suka hati lah. Sibuk je." Marah Hani. Ikhwan sengih sahaja. "Ok dah habis kan? Nanti aku send video dengan gambar. Aku balik dulu lah." Terus Ikhwan pergi meninggalkan mereka berdua.

"Kenapa sampai sanggup belikan emas?" Hani bertanya. "Tak boleh ke Yang?" Hani diam sahaja. "Sayang." Dia terus meraih tangan Hani. "Ni je yang Abang mampu balas dekat Sayang sebab dah berkorban lahirkah anak-anak kita." Dia masih ingat lagi keadaan Hani tika melahirkan anak kembar mereka kelmarin. Jeritan Hani, genggaman tangan Hani. Semua dia ingat. Malah Ryan nampak sendiri kesan koyakan Hani. Memang ngeri lah dia tengok. Dengan darah yang banyak pula tu.

"Ada lagi Abang nak bagi. Tapi nanti lah ya. Lepas habis pantang." Ujar Ryan. "Eh tak boleh. Dah janji kan tak nak ada anak selagi twins tak besar." Hani mengingatkan kembali. "Bukan tu lah Sayang. Ada lagi banyak hadiah Abang nak bagi. Tapi tunggu keluar dari hospital lah sebab nanti penuh dengan barang je dalam sini." Balas Ryan.

Hani angguk sahaja. "Meh sini Abang pasangkan gelang tu. Rantai tu nak pakai terus ke?" Dia bertanya. Hani angguk sahaja. "Tapi kan. Saya dah ada rantai kan. Yang Abang bagi masa nikah kita dulu." Ujar Hani.

"Tu kan hantaran kahwin Sayang. Ni hadiah sebab sanggup lahirkan anak-anak Abang." Ryan memberitahu sambil dia memakaikan gelang emas itu di tangan kiri Hani. Yang kanan pun ada gelang juga.

"Kan cantik. Nanti Abang belikan cincin pula ya." Beritahu Ryan. "Tak perlulah Abang. Banyak dah cincin saya kan. Cincin masa Abang masuk merisik, lepastu cincin tunang. Masa nikah pun dalam cincin. Dan masa ulang tahun kita pun Abang bagi cincin juga." Kata Hani.

"Biarlah. Nak penuhkan jari Sayang dengan cincin. Biar semua orang tahu yang Sayang ni dah jadi isteri Abang." Jawab Ryan. "Tapi Abang pakai cincin satu je. Cincin nikah kita. Tak nak tambah ke?" Hani bertanya.

Ryan kemudian memandang cincin kahwinnya di jari manisnya itu. Bukan cincin emas ya. Hani je pakai cincin emas. Dia pakai cincin perak ya bukan emas. Manakala cincin nikah Hani pula emas putih. Direka khas buat Hani.

"Abang pakai satu je pun dah cukup. Kang pakai banyak kena cakap pula Abang ni banyak bini. Biarlah isteri Abang ni je banyak pakai cincin. Banyak pakai barang kemas. Tak kisah lah orang nak cakap apa. Abang bukannya guna duit dorang pun beli." Katanya.

Hani angguk sahaja. "Abang tak kisah pun habiskan duit untuk Sayang. Jangan ambil peduli lah apa orang kata. Kalau orang kata Sayang ni kikis duit Abang marah je dorang balik." Sebab kalau Hani yang jenis kaki duit dan suka kikis duit lelaki sudah tentu sebelum mereka kahwin lagi Hani dah kikis duit Ryan. Dah minta beli macam-macam.

Tapi setakat ni tak pernah lagi dia minta beli barang kemas dari Ryan. Kalau makanan tu selalu lah. Kalau cakap nak kebas duit Ryan tak pernah lagi dia kebas. Selama ini Ryan yang kebas duit sendiri sebab nak belikan apa sahaja demi membahagiakan Hani.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now