BAB 82

2.7K 106 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 75 votes diperlukan untuk buka bab 83. Thank you sudi support and have fun guys <333


            HANI terus menoleh ke arah suaminya yang baru melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Sekejap lagi akad nikah Rania akan bermula. "Kenapa Abang?" Hani bertanya bila suaminya itu menghampiri dia. Dia naik ke atas tadi sebab nak tukar lampin Arina yang sudahpun penuh itu.

"Arina dah menyusukan?" Hani mengangguk. "Kawan-kawan Abang tu lah nak tengok sangat muka Arina ni. Abang bawa turun ya." Dia kemudian memandang Arina yang berbaring di atas katil. Matanya bulat sahaja memandang papanya.

Mata Arina akan sentiasa membulat dan bersinar bila melihat wajah papanya. Tapi bila tengok wajah mamanya dia hanya akan tersenyum bila melihat mamanya. After all she's going to be daddy's girl. Haziqah pun rapat juga dengan papanya tapi bila dah besar dia lebih rapat dengan kembarnya. Mungkin memberi ruang buat adiknya itu untuk rapat dengan papa mereka.

Baru sahaja dia mahu mencium pipi anaknya itu tiba-tiba sahaja dia terhidu bau busuk. Dia terus memandang Arina. Bayi itu masih lagi terkebil-kebil memandang wajah papanya sebelum dia menyengetkan senyumannya.

"Lahhh membuang rupanya." Ryan menggeleng sahaja. Bila Hani mahu turun dari katil, Ryan menghalang. "Tak pa. Abang je yang bersihkan. Sayang bersiap lah dulu. Tak lama lagi Arina tu dah nak nikah." Hani sekadar mengangguk sahaja. Dia segera mengambil baju kurungnya yang juga siap dia gosok tadi lalu melangkah masuk ke dalam bilik air. Tak nak lah tukar depan encik Suami yang tengah 'berpuasa' itu.

Hani membawa Arina ke bilik adik iparnya itu. Hendak melihat apa yang adik iparnya itu tengah buat. Dia tersenyum sahaja melihat kawan-kawan pada Rania. "Eh akak. Marilah masuk." Ajak Rania bila terpandang kakak iparnya itu.

"Korang ni lah kakak ipar aku yang aku cakap tu." Rania memberitahu. Kawan-kawan sekadar tersenyum sahaja melihat Hani. "Maaf bertanya tapi umur akak berapa? Kenapa nampak macam muda dari kami?" Gadis berbaju kurung biru itu bertanya.

"Tahun ni masuk 24." Terus membulat mata gadis yang bertanya itu. "Yes i know. Saya lagi muda dari korang. Tapi tu lah Rania yang nak sangat panggil kakak." Hani memberitahu. Walhal dia sudah melarang banyak kali pada Rania supaya berhenti memanggil dia 'kakak'.

Rania tersengih sahaja. "Tak boleh lah. Akak tu kan dah kahwin dengan abang. Anak pun dah nak masuk 4. Mestilah kena hormat. Nanti menggamuk pula abang Ryan tu." Hani terus memandang tajam adik iparnya itu.

"Merepek apa kamu ni Rania. Baru 3 lah. Apa pula 4." Jangan lah pula mereka ingat dia mengandung lagi. Anak baru 2 minggu. Masih berpantang lagi. Dan suaminya sudah hampir 3 bulan tidak 'menyentuh' dia. Sejak Hani masuk trimester terakhir memang Ryan dah kurangkan apa-apa berkaitan aktiviti sesual mereka. Dia tidak mahu membebankan Hani.

Rania tersengih sahaja. "Gurau je lah akak." Ujarnya. "Wait....3 orang? Serius? Tapi badan macam anak dara." Terkejut juga si berbaju kuning itu. Ingatkan baru anak 1 rupanya dah 3.

Hani tersenyum sahaja. "1st dengan 2nd tu twins. Ni yang ke-3." Intan Sofea memberitahu. "Tapi memang serius akak badan macam anak dara. Abang bagi makan apa? Share lah jamu yang akak makan." Ujar Rania. Dia teringin juga nak tahu apa yang kakak iparnya itu makan sampai boleh kekalkan bentuk tubuh badannya, walaupun setelah beranak.

Baru sahaja Hani mahu membalas tiba-tiba pula suaminya muncul. "Rania dah siap? Bakal laki kau dah sampai tu. Jom turun. Kang ada juga yang fikir kau lari." Ryan datang memanggil adiknya. Rania menangguk lalu menyuruh abangnya turun terlebih dahulu.

Ryan turun ke bawah bersama Hani. "Buat apa dengan kawan-kawan dia tu?" Ryan bertanya. "Tak de apa. Dorang je terkejut yang saya ni dah ada 3 orang anak." Hani memberitahu. "Mestilah terkejut Sayang. Anak dah 3 but still you managed to maintain your body shape. Abang pun terkejut. Sayang makan apa sebenarnya ini? Makan jamu apa?" Hani tersenyum sahaja.

"Tak de lah jamu saya ambil. Makan biasa je pun." Katanya. Dia memang menjaga pemakanan dan juga akan ikut sahaja apa yang disuruh ketika berpantang. Cerewet atau tidak itu belakang kira. Asalkan dia dan bayinya tidak jatuh sakit ketika berpantang.

"But seriously Sayang macam anak dara tau. Abang pun terkejut juga. Macam kita mula-mula kahwin dulu." Beritahu Ryan. Sebab tu lah bila mereka keluar pasti ada lelaki gatal yang nak usya isterinya itu. Badan macam anak dara. Mana mereka tak tengok.



  





         SELEPAS sahaja selesai majlis akad nikah Rania dan suaminya iaitu Faris serta majlis cukur jambul Arina, Hani terus membawa anaknya itu naik ke atas. Aryan pun ikut juga kerana budak itu sudah pun mengantuk.

Sambil Hani mendodoikan Aryan, pintu bilik suaminya itu diketuk. "Abang ni." Kedengaran suara Ryan sebelum dia melangkah masuk bersama pinggan berisi makanan.

"Ni makanan. Mama suruh bawa naik. Lepasni makan ya." Ryan memberitahu. Dia risau bila isterinya tidak makan sejak awal pagi tadi. "Nanti lah. Kejap lagi. Oh ya Haziqah mana? Dia dah makan ke?" Hani bertanya.

"Dia ada dengan mama. Dah makan pun. Dah jom makan. Abang pun tak makan lagi." Sebab sejak awal pagi lagi dia sudah sibuk.

Hani sekadar mengangguk sahaja lalu makan bersama suaminya. Sangat ketara perbezaan lauk di pinggannya dengan lauk di pinggan suaminya. Dia menjeling lauk di pinggan milik Ryan.

"Sayang, awak tu tengah berpantang tau. Lepas habis berpantang baru lah boleh makan semua ni. Nanti Abang belanja makanan apa je yang Sayang nak. Tapi buat masa ni makan je tu." Hani sudah mencebik.

"Orang lelaki untungnya. Yang sengsara perempuan. Yang kena mengandung perempuan, kena beranak pun perempuan. Lepastu berpantang pula 44 hari. Lelaki senang tak perlu buat semua ni." Omel Hani.

"Merajuk ke ni? Meh sini Abang tolong suapkan." Dia tahu mesti lah Hani akan membebel. Hani yang banyak berkorban untuk melahirkan anak-anak mereka.

Hani terus tersenyum suka. Ryan sekadar menggeleng. "Mengada ya. Kalau nak minta suap cakap je. Tak perlulah nak merajuk bagai." Terus Hani memandang tajam suaminya itu. "Kalau tak nak layan saya tak perlu lah. Biar saya suap sendiri." Hani terus mengambil pinggannya lalu menjarakkan dirinya dari Ryan.

Membulat mata Ryan bila mood Hani tiba-tiba berubah. Dia segera mencari jalan untuk memujuk isterinya itu. "Abang gurau je lah. Meh sini Abang suapkan. Sayanggggg jangan lah merajuk." Leretnya. Hani sudah tersenyum suka lalu menghampiri semula Ryan.

"Cepatlah suap. Lapar ni." Bila Ryan hendak memegang sudu itu terus dipukul tangannya oleh Hani. "Pakai tangan. Tak nak sudu." Kata Hani. "Hmm baiklah wahai pemaisuri. Kejap, Abang pergi cuci tangan." Dia terus melangkah ke bilik air untuk mencuci tangan. Nanti ada bakteria pada tangannya Hani pula yang jatuh sakit.

"Ok buka mulut tu luas-luas." Ujar Ryan bila dia mahu menyuapkan makanan berkenaan. "Sedap?" Ryan bertanya bila Hani mula mengunyah. Hani sekadar mengangguk kerana dia tidak mahu bercakap dengan mulutnya yang penuh itu.

"Sedap. Tapi kenapa macam masakan Abang je?" Hani bertanya. "Memang Abang pun yang masak. Minta ajar mama tadi. Mama kan sibuk tak sempat nak masak untuk Sayang. Bukan setakat mama je, arwah ibu pun pernah ajar juga masa Sayang berpantang lepas beranakkan twins dulu." Ryan memberitahu. Dia memang gigih belajar semuanya supaya dia tidak menyusahkan sesiapa untuk menjaga Hani.

"Tapi kenapa? Kenapa Abang belajar buat semua ni?" Hani bertanya. "Walaupun Abang tak dapat ganti dan tanggung perit dia tika Sayang lahirkan anak-anak kita,  at least dengan cara ni Abang boleh jaga Sayang masa berpantang. Ni je yang mampu Abang balas dekat Sayang lepas pengorbanan Sayang dari permulaan kehamilan hinggan Sayang lahirkan anak-anak kita." Ujarnya. Hani tersenyum sahaja lalu memegang pipi suaminya itu sebelum dia cium pipi berkenaan.

"Saya tak kisah Abang. Asalkan Abang setia dengan saya. Asalkan Abang sentiasa ada dengan saya. Semua tu kira bagus lah." Hani menjawab. Terharu dia rasa bila Ryan sanggup belajar masak makanan orang berpantang dan menjaga dia. Ketika di hospital pun semua benda Ryan buat. Sampai suaminya itu tidak tidur malam, berjaga kerana takut Arina terjaga malam.

Ryan membalas senyuman Hani. "Ok lah sambung makan ni." Katanya sambil menyuapkan nasi dan ayam itu ke dalam mulut isterinya.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now