BAB 63

3.2K 114 15
                                    

BAAAAAA! Belum tidur kamu!!! Udah ditangkap ini!!! Kenapa belum tidur?!?!?!?!? Hmmmmm?!?!?!?!?! Bagitahu 2 sebab kenapa !!!!!! Kalau takkkkkkk saya dengan Mickey dan Minnie tembak awak !!!!!!!  Cepat kenapa?!?!?!!?!? Tidolahhh saya pun dah nak tido ni !!!!! Bye-bye good night !!!! Good night Mickey ( goodnight) good night Minnie (goodnight) !!!!! Bye-bye muahhhhh


Hehehehehe. Anyway welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 65 votes diperlukan untuk buka bab seterusnya. Thanks sudi support and have fun. Lepas dah baca bab ni tidur ya. Kang ada pula yang menembak.











             BILA dia terjaga dia terus menoleh memandang Ryan di sebelahnya itu. Nyenyak sahaja suaminya tidur sambil memeluk pinggangnya. Hani kemudian baru perasan yang bajunya telah ditukar. Memerah sekejap pipinya bila suaminya sekali lagi menukar bajunya. 

Hani terus menepuk lengan suaminya itu. "Abang bangunlah." Katanya. Sekejap sahaja Ryan terus terjaga. "Eh Sayang. Dah ok ke?" Dia bertanya setelah dia bangun lalu mencium dahi Hani. "Saya pengsan ke tadi?" Dia bertanya.

"Ha'ah. Nasib Abang sempat sambut. Badan Sayang panas sangat tadi sampai doktor Marlina terpaksa jarum tadi." Dia memberitahu. "Doktor Marlina ada datang?" Ryan angguk.

"Dia kata Sayang demam. Dah turun sikit ni suhu. Tadi badan Sayang panas betul sampai Abang terpaksa buka baju Sayang lepastu lap dengan air sejuk." Dia memberitahu. Terkejut juga dia bila doktor Marlina kata tubuh badan Hani terlampau panas.

"Sayang demam jadi Abang terpaksa asingkan kembar dari Sayang. Takut dorang terjangkit." Dia tak kisah jika dia yang terjangkit demam Hani. Asalkan bukan anak kembar mereka. Kesian nanti dekat dua bayi itu jika demam. Nanti kena jarum lagi.

Hani angguk perlahan. "Nanti makan ubat ya. Ada tadi jururawat datang bawakan ubat untuk Sayang. Lepas makan nasi lah ya." Ryan nak ke hospital tadi mendapatkan ubat Hani tapi doktor Marlina kata biarlah dia suruh jururawat sahaja yang hantarkan kerana dia pun risau juga kalau Ryan ke hospital ambil ubat manakala Hani yang tengah pengsan itu ditinggalkan sendiri dengan anak kembar mereka. Nanti ada apa-apa terjadi susah pula.

Hani angguk sahaja. "Abang nak masak. Sayang makan tau nanti." Katanya. Bila Ryan nak turun dari katil Hani terus menahan tangannya. "Tak perlulah. Biar saya masak sendiri." Saya dah 22 tahun ya. Dah boleh masak sendiri. "Biar Abang je masak. Sayang tu tak sihat lagi. Kang pengsan lagi kan susah. Lagipun twins belum menyusu lagi." Katanya.

Dia kemudian turun dari katil lalu melangkah keluar dari bilik mereka. "Pakai baju lah." Ujar Hani. "Alah Sayang juga dekat rumah ni dengan Abang." Sahutnya lalu dia perlahan-lahan menutup semula pintu bilik.

Hani memandang sahaja spageti di hadapannya itu. Dia tak minta pun masakkan spageti. "Masa Sayang mengidam dulu kan Abang tak sempat nak masakkan." Sebab masa tu Hani tengah menunggu hari. Memang tak sempat lah dia masak.

Hani angguk sahaja. Ryan kemudian bergerak ke belakangnya lalu mengikat rambutnya. Supaya Hani senang nak makan. "Habiskan ya. Lepastu makan ubat. Abang nak pergi tandas." Ryan memberitahu lalu dia melangkah ke tandas. Hani angguk sahaja lagi dan menyuap spageti berkenaan masuk ke dalam mulutnya.

Dia tersenyum sendiri bila merasa masakan suaminya itu. Sempurna. Cukup perasa. Tiada kurang. Cuma kalau ada cheese lagi bagus.










          RYAN mendukung Haziqah sementara adiknya pula didukung oleh Hani. Selepas sahaja Aryan menyusu bayi kecil itu terus tertidur di lengan Hani.

Mereka berdua sama-sama melangkah masuk ke dalam rumah mentua Hani, keluarga suaminya. "Ya allah korang berdua ni datang tak bagitahu." Ujar Datin Fauzian yang terkejut melihat anak menantu serta cucu-cucunya datang. Hani sengih sahaja.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now