Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 65 votes diperlukan untuk buka bab seterusnya. Thank you sudi support and have fun guys
HANI dan Mira tengah menunggu Denisha dan Zura sampai. Sudah 30 minit mereka menunggu budak berdua tu. "Lambat gila dorang ni. Kalau jam 10 bertolak. Ni dah nak pukul 11. Kang lambat sampai tak sempat nak stay tepi pantai." Omel Hani.
Mujurlah Ryan membenarkan dia pergi. Itu pun selesa Hani berusaha memujuk suaminya itu. Senang sangat Ryan termakan pujukan Hani. "Tu lah tu." Balas Mira. Dia bermain dengan jari kecil Haziqah. Hani turut membawa anak kembarnya itu memandang masih menyusu badan lagi. Hani belum pernah lagi bagi minum susu formula dekat anak-anaknya setakat ini.
Kemudian Hani terpandang sebuah kereta yang amat kenal sekali. "Eh tu kan kereta laki aku." Ujar Hani. "Kau ada tertinggal barang kot." Teka Mira. Tidak lama kemudian tiba-tiba pula Zura keluar dari tempat duduk penumpang. Dahi Hani berkerut seketika bila selepas Zura keluar pintu bahagian pemandu pula terbuka.
"Abang?" Panggilnya. Ryan tersenyum sahaja lalu pandang Zura. Zura pun senyum sahaja. Hah sudah apa semua ni?!
Hani kemudian memandang Zura dengan tajam. "Rileks lah. Bukannya aku nak rampas laki kau pun. Dia yang datang ambil aku. Aku yang suruh." Zura menerangkan.
"Buat apa?" Kemudian mata Hani menikam anak mata suaminya itu. Ryan tersengih sahaja. "Sayang masuklah kereta dulu. Nanti Abang terangkan." Jawab Ryan. Hani terus jadi bingung. "Asal pula?" Tanya Hani.
"Kau ikut kereta laki kau lah. Kami satu kereta." Ujar Denisha yang muncul entah dari mata. Dah macam ada kuasa sahaja. Tiba-tiba muncul.
Tambahlah Hani bingung. Dia memandang sahaja Ryan yang sedang mengambil semula bagasinya lalu diletak ke dalam bonet kereta. Haziqah diambil dari Mira. "What?" Ryan bertanya pada Hani. "You own some explanation to me Abang." Ujar Hani. "Tahu. Nantilah Abang bagitahu. Korang gerak dulu." Ryan menoleh memandang Zura. Gadis itu sedang memasukkan begnya ke dalam bonet kereta milik Mira.
"Hah korang pergilah dulu." Balas Zura. Hani angguk sahaja dab masuk ke dalam kereta suaminya. Aryan dan Haziqah pula diletak di tempat duduk belakang.
Sepanjang perjalanan ke Kedah, Hani senyap sahaja. Sesekali dia memandang ke luar tingkap untuk mengambil gambar dan video. Dipandang juga anak kembarnya di belakang itu. Lepas itu dia scroll gambar dalam gallery telefon milik suaminya pula.
Ryan tak kisah pun Hani buka telefon dia. Chats pun Hani buka juga. Ryan tak ambil kisah. Itu hak Hani walaupun sebenarnya Hani boleh kacau privasi telefonnya. Tapi sungguh Ryan tak kisah. Malah dia benarkan Hani untuk baca chats di dalam telefonnya.
Sebab Ryan pun selalu juga buka chats di dalam telefon Hani. Kadang-kala dia tersenyum sendiri membaca perbualan Hani dengan kawan baiknya itu. Kalau gallery pula mestilah banyak gambar Hani. Perempuan kan. Mestilah suka bergambar. Gambar anak kembar mereka pun banyak juga. Begitu juga video. Gambar Ryan pun banyak juga.
Kebanyakkan diambil ketika Ryan tidak sedar. Muka baru bangun pun Hani snap juga. Masa dia tidur pun kena rakam juga. Siap ada satu fail yang bernama 'My Husband'. Khas untuk Ryan. Ryan selalu juga senyap-senyap hantar gambar Hani kepada telefonnya.
"Jadi kenapa Abang tiba-tiba nak ikut pergi Langkawi ni?" Setelah sejam barulah Hani bertanya. "Saja. Lagipun Abang tak banyak kerja. Semua dah selesai sebelum Abang jalan lagi." Beritahu Ryan. "Senang lah Sayang kalau nak jalan-jalan. Abang boleh je jagakan twins." Tambahnya.
Hani senyum sahaja sambil pandang Ryan. Telefon suaminya itu dia letak di dalam poket baju yang Ryan pakai. "Kalau Abang ada boleh lah...." Kemudian dia tersengih. "Apa? Borong coklat? Boleh je." Balas Ryan.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...