Hi guys welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Oh ya sebelum author terlupa author nak promote salah satu cerita terbaru yang author publish. Masih on going lagi. Tajuk dia 'Dia Lah Suri Hatiku'. Cover di atas ni ya. Harap korang semua sudi support ya. Cari je dekat bahagian works tu author ada publish. Author harap sangat korang dapat support cerita tu ya. Ok have fun semua.
RYAN segera keluar dari pejabatnya apabila masuk tengah hari. Dia nak ke masjid untuk solat jumaat sebelum bertolak ke Johor. "Lia aku tak masuk lepas ni. Aku pi Johor. Kalau ada klien nak jumpa aku suruh ja datang hari selasa." Ryan memberitahu Lia. "Baik bos. Nak balik jumpa isteri kesayangan ke tu." Dia mengusik. "Mestilah. Dah seminggu kot." Walhal baru 5 hari. "Ok lah aku gerak dulu. Jumpa hari selasa." Lia angguk sahaja dan perhatikan sahaja Ryan melangkah pergi.
"Bos nak ke mana tu?" Tanya Malik. Entah lah kenapa dia ni asyik muncul sahaja. "Balik. Ada urusan penting." Balas Lia. "Dato tak balik pun." Ujar Malik. "Kau ni banyak tanya lah." Marah Lia. Dia sudah malas mahu menjawab soalan Malik. "Tapi gaya macam orang hilang bini je." Kata Malik lagi sebelum dia beredar.
Datin Fauzian sedang mengemas kabinet tv ketika anaknya pulang. "Eh Ryan. Dari masjid ke?" Dia bertanya. "Ha'ah ma." Dia menjawab. "Kamu ni tergesa-gesa nak pi mana? Ada mesyuarat ya di pejabat?" Datin Fauzian bertanya.
"Tak. Nak pi Johor lah ma." Ryan menjawab. "Johor? Buat apa? Oh pi tempat Hani ke? Jap. Mama nak bagi makanan ni dekat dia." Datin Fauzian kemudian melangkah ke dapur manakala Ryan naik ke atas.
"Ni bagi Hani ya. Mama saja masak banyak sebab kamu kata kamu pi sana kan harini." Bekas tupperware berisi makanan itu diserah kepada anaknya. "Kirim salam tau dekat menantu mama tu. Cakap dekat dia kalau free datanglah sini." Datin Fauzian berpesan. "Pandai lah Ryan cakap nanti. Ok lah Ryan gerak dulu." Dia bersalam terlebih dahulu dengan mamanya sebelum kakinya melangkah keluar.
Datin Fauzian memandang kepergian kereta anaknya itu. Begitu lah kalau dah isteri masih pelajar. Belajar pula di negeri orang. Macam dah jadi rutin sahaja anaknya itu kena ulang alik KL ke Johor setiap minggu. Datin Fauzian kesian juga lah dengan anak dan menantunya itu yang terpaksa terpisah. Dia mengeluh seketika lalu menyambung kembali apa yang dia buat tadi.
Ryan menghubungi Hani terlebih dahulu. Tapi dia tak bagitahu Hani yang dia balik hari ini. Nak kasih suprise konon. "Sayang dah makan ke?" Dia bertanya. "Baru nak masak ni. Abang pula dah makan?" Hani bertanya semula. "Dah. Makan luar je Sayang." Tipunya. Dia tak makan tengah hari sebab tak sabar nak makan masakan Hani nanti. Rindu walaupun baru 6 hari tak jumpa. HAHAHA.
"Alah kenapa makan luar Abang? Tak makan di rumah ke?" Hani bertanya. "Saja sekali sekala. Nak juga tengok awek dekat kedai tomyam ni." Sengaja dia mengusik. "Apa dia?! Oh suka lah tu dapat tengok perempuan lain memandang saya tak ada di situ." Ujar Hani. Suaranya kedengaran marah. Siapa sahaja tak marah kan.
Ryan tertawa kecil. "Abang gurau je lah Yang. Buat apa lah Abang nak tengok perempuan lain kalau Abang dah ada Sayang." Katanya. Hani diam seketika. Dia tahu mesti isterinya itu tengah malu sekarang. HAHAHA. "Ok lah Abang nak sambung makan ni dulu. Nanti Abang call balik ya." Ujarnya. Hani 'hmmm' sahaja sebab dia nak masak.
HANI sedang mandi ketika Ryan sampai. Dia tak bagitahu lagi isterinya itu. Setelah keluar dari kereta dia terus melangkah masuk ke dalam rumah. "Eh pintu kunci?" Omelnya sendiri. Walhal kereta ada. Tapi memang Ryan selalu suruh Hani kunci pintu. Ketika dia membuka pintu rumah Zul pula melangkah keluar dari rumahnya. Dia memandang Ryan. "Eh. Bukan esok ke dia datang? Ish!" Dia marah sendiri. Entah apa yang dia plan.
Ryan segera naik ke atas setelah meletak bekas tupperware itu di meja makan. Telinga terus menangkap bunyi air dari dalam bilik air. Dia segera mengerling jam dinding. 6 suku. Patutlah Hani sedang mandi. Memang Hani selalu mandi dalam jam 6.
Dia senyum sendiri sebelum membuka satu persatu butang bajunya. Dan kemudian berbaring di atas katil menunggu Hani siap.
Hani melangkah keluar dari bilik air hanya berkemban sahaja. Dia tak sedar pun ada orang dalam bilik berkenaan jadi dengan selamba dia lepaskan tuala berkenaan lalu mencari bajunya. Ryan yang dari tadi asyik memerhati tersengih sahaja. Free show hanya untuk dirinya.
Bila Hani memandang ke arah cermin dia terus terpandang suaminya. Memang dia terkejut lalu mencapai semula tuala itu dan dipakai semula. "Abang!" Dia menoleh memandang suaminya yang elok sahaja bersantai di atas katil. Lelaki itu penuh dengan sengihan di bibirnya. Muka Hani sudah merah kerana malu. Malu suaminya merenung tubuhnya yang tanpa seutas benang itu tadi.
"Ye Sayang. Baru je tadi. Tapi lama juga lah dapat tengok free show tadi." Katanya sambil tersengih. Dia turun dari katil lalu menghampiri isterinya. "Bukan Abang kata datang esok ke?" Hani menyoal sambil dia melangkah ke belakang bila Ryan menghampirinya. "Kenapa salah ke? Tak boleh ke Abang datang harini?" Tanya Ryan. "Memanglah boleh. Tapi tak cakap pun." Jawabnya.
"Saja." Itu balas Ryan. Dia berdiri di hadapan Hani. "Ke-keluar lah saya nak pakai baju." Kata Hani. "Pakai je lah depan Abang. Don't act like i never saw you naked before." Katanya sambil tersengih. Dia kemudian memeluk pinggang isterinya lalu dikucup dahi Hani. "Hmm wangi." Alamatnya Hani terpaksa mandi untuk kali ke-2.
"Mama bagi?" Soalnya. "Ha'ah dia bagi. Ye lah menantu dia ni kurus je. Macam tak cukup makan. Nanti mengandung entah macam mana lah." Ujar Ryan. "Asal pula?" Tanya Hani. "Ye lah badan kecik macam ni. Nanti perut lagi besar dari orang dia." Gurau Ryan. "Mengarut je Abang ni." Kata Hani.
"Oh ya. Sayang bila kali terakhir period?" Ryan bertanya. "Hari ni." Jawab Hani. "Eh habis tadi tu? Dah kering kan? Betul kan tak ada darah dah." Hani angguk. "Sebab tu saya mandi awal. Tengok sekarang dah jam 8 tau." Rambut dia pun masih basah lagi sebab terpaksa mandi 2 kali kan. Ryan sengih sahaja bila faham.
"Kenapa Abang tanya pasal period pula?" Ryan geleng sahaja. Sebenarnya dia berharap yang benihnya selama ini bercambah di dalam rahim isterinya. Hani tersenyum hambar. "Baru 1 bulan kita kahwin Abang. Kalau ada tu ada lah. Insyaallah nanti ada lah rezeki kita." Dia pun berharap juga benda yang sama. Walaupun dia masih belajar tapi teringin nak ada anak. Selalu dia tengok je orang lain dukung bayi. Dia cemburu melihat semua itu.
"Nanti lah cakap pasal ni. Kita makan ya. Abang tak makan lagi dari pagi. Tadi dah makan tapi makan lain. HAHAHA. "Eh? Bukan kata dah makan ke tengah hari tadi." Tanya Hani dengan pelik. "Tak ada sebenarnya sebab Abang tak sabar nak makan masakan isteri Abang ni." Hani senyum sahaja lalu berdiri. "Saya ambil nasi dulu lah." Ryan angguk sahaja. Mujurlah Hani masak nasi banyak sedikit dari selalunya.
Mereka berdua makan bersama malam itu setelah 6 hari tidak berjumpa. Rindu di antara mereka akhirnya terlepas juga. Dia gembira bila dapat berjumpa semula dengan isterinya dan merasai semula masakan Hani.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...