Seperti biasa jangan lupa tekan vote.
RYAN memandang Hani disebelahnya. Dari mula perjalanan Hani hanya diam. "Asal diam? Tadi bukan kemain bising." Dia bertanya. Ketika itu mereka dalam perjalanan untuk melawat papa lelaki itu.
"Kenapa tak boleh ke? Nak saya bising-bising juga ke?" Hani bertanya. Ryan sekadar menggeleng kepala. "Pelik. Semalam bukan kemain tanya nak bawa apa lawat papa." Katanya. Dia ingat lagi dlaam jam 9 malam Hani tiba-tiba menghantar chat bertanya apa yang patut dia bawa untuk bertemu dengan bapa kepada lelaki itu.
Walaupun Ryan melarang Hani untuk membagi buah tangan namun gadis itu memarahinya semula. Katanya dia nak juga bagi buah tangan sebab tak kan nak jumpa bakal bapa mentua dengan tangan kosong kan? Ryan tak nak Hani susahkan diri sendiri untuk membeli buah tangan untuk papanya kerana di bilik wad papanya sudah banyak buah-buahan dan makanan dihantar kepada Dato Aziz.
"Hah cakap pasal tu singgah jap dekat supermarket ke apa. Saya nak beli buah." Hani memberitahu. Ryan angguk sahaja dan membelok masuk ke kawasan tesko. Di sana banyak pilihan buah-buahan.
Hani dan Ryan datang melawat Dato Aziz. Lelaki itu membantunya membawa buah yang dia beli tadi. "Apa nombor bilik?" Hani bertanya. "103. Tingkat 3." Balas Ryan lalu mereka masuk ke dalam lif bersama. Hani menekan butang lif kerana kedua belah tangan lelaki itu memegang barang.
"Awak tak rasa penat ke pegang banyak barang? Biar saya bawa." Hani bertanya. Dia menawarkan diri untuk membantu lelaki itu. "Tak perlu. Ringan je ni." Balas Ryan. Walhal semuanya berat. Tapi biarlah dia yang bawa. Baru nampak gentleman. HAHAHA.
Ketika mereka masuk ke dalam bilik wad Dato Aziz, mereka disapa oleh Rania. Adik kepada Ryan. "Abang, akak Hani." Dia menyapa. Hani senyum sahaja sebelum matanya memandang Dato Aziz yang terlantar di katil hospital.
Dato Aziz tersenyum sahaja memandang Hani. Dia kemudian memanggil Hani. "Kenapa Dato?" Hani bertanya. "Tak perlulah panggil Dato. Hani kan dah nak jadi menantu papa. Panggil je papa ya." Ujar Dato Aziz. Hani sekadar mengangguk. Dia kemudian mengerling Ryan di sebelahnya.
"Pa ni Hani bawa buah." Ryan memberitahu. Dia meletak bakul plastik yang berisi buah-buahan yang dibeli oleh Hani tadi. "Buat susah kamu je lah Hani belikan papa buah-buahan ni. Banyak dah makanan ni tak habis papa." Ujar Dato Aziz. Hani tersenyum sahaja.
"Tak kan saya datang dengan tangan kosong pula. Mestilah bawak buah tangan juga. Barulah dikira melawat kan? Lagipun saya tak pernah lagi berjumpa papa depan-depan." Hani berkata. Dia memang pandai mengambil hati orang tua.
"KORANG pergi lah makan dulu. Kejap lagi mama tu datang lah." Dato Aziz memberitahu. "Tak pa lah. Ryan tak lapar lagi. Biarlah adik je dengan Hani pi makan." Ryan menjawab.
Hani sekarang menggeleng. "Akak marilah kita makan." Ajak Rania. Dia nak sangat mengenali lebih gadis yang bakal menjadi isteri abangnya itu. Selama ini dia tidak perna berjumpa dengan Hani kerana abangnya itu tidak pernah menceritakan mengenai Hani dekatnya. Ini kerana abangnya sangatlah berahsia.
Malah tika majlis perkahwinan Razali, Rania tidak sempat bertemu dengan Hani kerana dia sibuk. Dan ketika itu juga Hani cuma datang sekejap sahaja.
"Pergilah temankan Rania makan." Ujar Ryan. "Hmm ye lah. Jom lah." Hani kemudian mencapai beg tangannya lalu dia ditarik oleh Rania keluar dari bilik berkenaan.
Dato Aziz memandang sahaja pemergian dua gadis itu sebelum dia memandang anaknya. "Hani setuju nak kahwin dengan kamu?" Dato Aziz bertanya.
Ryan mengangkat bahunya. "Entah lah pa sebab Hani tu dah ada kawan." Beritahunya. "Kawan? Kawan lelaki?" Ryan mengangguk. "Habis kenapa parents dia setuju? Nanti apa pula kata lelaki tu kalau Hani tiba-tiba kahwin dengan kamu." Dia tak nak anaknya dicop sebagai perampas.
"Sebab lelaki tu kawan dia je. Kawan biasa je." Jawab Ryan. "Ye ke kawan biasa? Kalau tu boyfriend dia macam mana?" Ryan diam. Dia memikir hal tersebut.
Sementara itu pula dua gadis berkenaan berada di kantin untuk makan. Tapi Hani sekadar menemani Rania sahaja kerana dia kenyang. Sebelum jalan tadi dia ada makan di rumah.
"Akak Hani tak makan ke?" Rania bertanya. Hani geleng kepala sahaja. Dia tidak tahu umur Rania. Tapi bila Rania memanggilnya kakak dia tahu yang dia lebih tua dari Rania. "Dah makan kat rumah. Rania je lah makan." Ujarnya.
"Betul ni?" Hani mengangguk. Ketika makan mereka dua berbual-bual. Perbualan mereka bertentangkan Ryan. Rania menceritakan perangai Ryan dengan Hani dengan bersungguh-sungguh. Apa yang Ryan suka makan pun dia ceritakan.
Menurut Rania, abangnya itu suka akan asam pedas. Memang makanan yang wajib dia makan seminggu sekali. Air pula Ryan suka minum kopi. Terutama sekali di awal pagi kerana untuk menyegarkan dirinya sebelum mula bekerja.
"Oh ya lepas graduate ni akak terus cari kerja ke?" Rania bertanya. "Tak. Sambung degree dulu. Lepastu master kot." Jawab Hani. Mata Rania tiba-tiba membulat seolah-olah dia terkejut.
"Jap-jap. Umur akak berapa?" Tanya Rania. Hani memberitahu. "Tahun ni 20. Kenapa?" Makinlah Rania terkejut. "Kak. Rania lagi tua dari akak. Rania ingat akak ni sebaya abang." Katanya. Tak sangka pula bakal kakak iparnya ini muda setahun darinya. "Asal pula?" Hani bertanya. Nampak tua sangat ke muka aku ni? Fikirnya di dalam hati.
"Tak. Rania ingat akak ni sebaya abang sebab abang kata korang kenal dari kecik. Rupanya akak muda 1 tahun lah dari Rania. Maaflah terpanggil akak." Ujarnya. Hani senyum sahaja. "Tak pa lah. Bukan salah Rania pun. Saya sendiri yang salah sebab tak bagitahu umur awal-awal." Ujar Hani. Dia tak nak Rania rasa bersalah.
"Jadi kalau Rania panggil Hani je boleh?" Rania bertanya. "Boleh je. So saya panggil Rania akak lah kan?" Rania menggeleng. "Tak perlulah. Tak payah lah." Ujar Rania.
Selesai makan mereka berjalan pula di taman sebelum balik semula ke wad Dato Aziz. "Boleh tak Rania tanya something dekat Hani?" Rania bertanya. Dia berdiri di hadapan Hani. Hani terpaksa mendongak sedikit kerana kependekannya.
"Tanya? Tanya apa?" Hani berkata. "Hani dah ada boyfriend ke?" Pertanyaan itu asyik bermain di dalam fikiran Rania memandangkan dia tahu perkahwinan abang dan Hani yang bakal berlangsung tidak lama lagi atas kehendak papanya dan dipersetujui oleh ibu bapa Hani. Namun Hani belum memberitahu jawapannya.
Hani tersenyum sahaja lalu memandang ke taman permainan kanak-kanak berhampiran mereka. "Tak de." Jawabnya dan kemudian dia terdengar keluhan yang dilepaskan oleh Rania. Kedengaran seperti gadis itu lega.
"Kenapa tanya tiba-tiba?" Soal Hani. "Tak de lah. Rania tak nak pula nanti ada lelaki yang cakap abang rampas Hani dari dia. Tapi bila Hani kata Hani single rasa legalah." Kemudian Rania tersenyum. Hani turut sama tersenyum. Tapi senyuman hambar.
'Macam mana lah reaksi dorang kalau tahu bukan nama Ryan dalam hati aku ni. Maaflah. Aku masih tak boleh terima Ryan dalam hati aku.'
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...