BAB 48

3.4K 110 0
                                    

 Welcome back to another chapter ❤ seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote sekali ya. 60 votes diperlukan untuk buka bab seterusnya 😃 ni bab terakhir untuk special chapter ya. Lepas tu sambung macam biasa. As usual thanks sudi support and have fun semua. Reach 60 votes baru author update bab 49 ya.

[ S P E C I A L   C H A P T E R    L A S T    P A R T ]

       HANI terus menghampiri Datin Fauzian yang baru sampai bersama keluarganya. Razali dan Syaza juga ada. Begitu juga Haikal. Semalam Hani tak sempat berjumpa dengan mereka sebab dia sakit kepala. Ryan sahaja yang pergi menjemput.

"Hani dah ok? Kepala dah tak sakit?" Datin Fauzian bertanya. "Ok dah lepas Abang Ryan urut semalam. Ubat pun dah makan." Beritahunya. Semalam Ryan tanpa paksaan terus mengurut kepala Hani lepas Hani mengadu sakit kepala. Habis nenek kecoh semalam sebab nak cari ubat. Mujurlah ada. Lepas makan Hani terus terlelap sampai tak tahu jam berapa Ryan balik lepas jemput keluarga suaminya itu.

"Hani banyakkan berehat tau. Mama risau bila Ryan bagitahu semalam yang Hani sakit. Banyakkan berehat ya. Dah masuk second trimester ni banyakkan diri tu rehat. Jangan nak buat kerja-kerja." Datin Fauzian menasihatkan. Hani angguk sahaja sambil dengar nasihat dari mama mentuanya.

Tidak lama kemudian ibunya datang. "Eh datang tak bagitahy pun. Bila sampai?" Hajah Rudiah tak tahu pula besannya itu datang. "Semalam kami sampai. Eh? Ryan tak bagitahu?" Hajah Rudiah geleng.

"Oh pasal tu lah semalam dia ada keluar kejap. Jomlah jemput duduk. Hani jom." Hani pun diajak sekali. Dia menuruti sahaja.

Sedang mereka berbual-bual, tiba-tiba pula sakit kepalanya muncul kembali. Hani segera memandang Ryan yang duduk tidak jauh darinya. Ryan yang secara tidak sengaja menoleh memandang Hani terus mengerutkan dahinya. Dia lihat muka Hani yang kian menjadi pucat. Dia segera meminta diri lalu menghampiri isterinya.

"Sayang ok tak ni?" Dia bertanya pada Hani. Hani terus geleng kepala lalu mengadu. "Kepala. Sakit lagi." Ujarnya. Datin Fauzian dan Hajah Rudiah lantas memandang Hani dan Ryan. Mereka terkejut melihat wajah Hani yang pucat. "Hani pergi masuk rehat lah. Mama takut nanti Hani pengsan pula." Cadang Datin Fauzian. Hani senyum saja. "Tak pa sakit sekejap je ni." Balas Hani.

Ryan mula risau. Dia segera memegang lengan isterinya. "Jom masuk dalam bilik. Sayang rehat kejap lah. 10 minit macam tu. Baring ya." Ujar Ryan. Dia tak nak pula tiba-tiba nanti Hani pengsan dan dikejarkan ke hospital.

Hani mengangguk dengan lemah lalu berdiri. Dia dipimpin oleh Ryan untuk melangkah masuk ke dalam bilik. Nenek yang pada masa sama sedang berada di tepi pintu segera bertanya pada Ryan. "Kenapa ni? Muka adik pucat je." Dia bertanya.

"Dia kata sakit kepala nek. Is nak bawa dia rehat kejap lah." Ryan menjawab kerana Hani terlalu lemah untuk menjawab.

Masuk sahaja ke dalam bilik Hani terus berbaring di atas katil. Kepalanya masih sakit lagi. Ryan segera menghampiri Hani. "Sayang buka tudung ya. Lepastu tukar baju. Rehat lah." Katanya lalu mencium dahi Hani. Kemudian dia berdiri lalu menghampiri almari pakaiaan. Dia mengambil baju buat Hani lalu membantu Hani menukar baju.

"Kita pergi klinik ya." Cadang Ryan. Tapi Hani geleng. "Tak pa lah Abang. Saya rehat je. Abang temankan boleh?" Ryan terus angguk. Dia turut sama berbaring di atas katil sambil membelai kepala isterinya serta mengucup kepala Hani berkali-kali. Dia menemani Hani sehingga Hani tidur.

Pada masa yang sama Nisya hairan kerana tidak melihat kelibat Hani berserta Ryan. Dia terus bertanya pada Hanita. "Kau nampak Hani tak?" Dia bertanya. Hanita terus angkat bahu. "Entah. Aku tak nampak dia. Tapi tadi aku nampak dia masuk dalam dengan suami dia." Beritahu Hanita. Nisya angguk lalu melangkah masuk ke ruang tamu. Matanya meliar mencari Hani.

Dia kemudian mengetuk pintu bilik  di mana Hani berada. "Weii Hani kau keluar jap." Ryan yang pada ketika itu baru mahu terlelap segera membuka matanya lalu turun dari katil. Dia kemudian membuka pintu bilik. "Kenapa cari Hani?" Soal Ryan. Nisya terkejut bila Ryan yang membuka pintu.

'Hani mana? Aku nak cakap sesuatu dengan dia." Ujar Nisya. "Dia tidur. Bagi dia rehat. Esok-esok kan boleh cakap juga." Ujar Ryan lalu menutup pintu semula. Nisya ni perangai dia lebih kurang dengan Misya je. Tapi diorang berdua tiada kaitan saudara ya. Nama sahaja lebih kurang.

Ryan tak suka bila Hani bergaul dengan Nisya kerana gsdis itu suka menyebarkan berita palsu. Sepanjang mereka duduk di kampung ini ada sahaja gosip yang Nisya bawa. Malah haritu Nisya pernah cuba nak buat Hani dan Ryan bergaduh. Dia kata dekat Hani yang Ryan ada perempuan simpanan.

Memang Ryan sakit hati lah bila kena tuduh. Dia kena tuduh jumpa perempuan di hujung kampung 2 hari lalu walhal dia ke rumah tok ketua bersama Ikhwan sebab bak ambil buluh untuk buat lemang.






   

               "MAAFKAN  Ryan ya kalau selama ni ada buat salah dekat mama dengan papa. Halalkan makan minum Ryan selama ni. Restu hubungan kami berdua." Ucap Ryan tika bersalam dengan Datin Fauzian.

Datin Fauzian hampir menangis bila anaknya itu melutut di hadapannya. "Mama dengan papa sentiasa maafkan kamu. Kami halalkan semua yang kami bagi dekat kamu. Ya mama dengan papa restu kamu dengan Hani." Ujar Datin Fauzian. Matanya sudah berair. Dia nak nangis lah tu. Tersentuh mendengar kemaafan dari anaknya.

"Jaga Hani baik-baik. Hani tu dah nak beranak. Jangan abaikan Hani ya." Ryan senyum sebelum memandang Hani yang berada di sebelahnya. "Lepas ni tanggungjawab kamu bukan dekat Hani je. Dekat anak-anak kamu. Kalau Hani minta tolong kamu tolong lah dia. Jangan nak duduk goyang kaki. Bila dah ada anak nanti tolong Hani uruskan anak-anak." Ryan angguk lalu mengusap perut Hani.

Hani senyum sahaja sambil memandang mentuanya itu. "Nama dah ada ke?" Dato Aziz bertanya. "Hani yang nak bagi. Sayang dah ada nama ke?" Ryan berdiri lalu memeluk bahu Hani. "Mestilah dah ada." Kemudian dia sengih.

"Apa dia?" Ryan bertanya. "Abang tak boleh tahu lagi. Tunggu lah twins keluar ya." Ujarnya lalu tertawa kecil. Ryan sudah tergamam bila Hani tidak mahu memberitahunya. "Alah Sayang. Bagi tahu lah. Nanti Abang tak suka nama tu susah lagi nak pilih lain." Ujar Ryan cuba memujuk Hani.

Hani sengih sahaja lalu memandang suaminya. "Mana boleh. Tak suprise lah nanti." Kata Hani. "Bagilah hint Sayang." Rayu Ryan.

Hani mengeluh kecil lalu berbisik. 'Ryan'. Dia kemudian tersengih memandang reaksi suaminya itu. "Eh? Asal nama Abang pula?" Ryan bertanya. "Tu lah hint dia." Balas Hani.

"Ryan? Nama depan dia Ryan?" Hani geleng. "Saya tak cakap pun tu nama depan. Abang fikirlah sendiri ya." Ujar Hani lalu berlalu pergi. Dia nak makan sebab dari tengah hari tak makan lagi sebab dia tidur.

Ryan pun kemudian mengikuti Hani untuk mengambil makanan. Bila dia nampak ayam goreng berempah itu terus rasa lapar. "Sayang jangan makan timun ya." Ryan melarang sebab kalau Hani makan timun nanti gastriknya keluar pula. (Just like my mom. Tak boleh makan timun sebab nanti gastrik. Pelik tapi benar)

Hani terus memandang Ryan. "Tahu lah." Dia pun sebenaenya tak makan sangat timun. Kalau yang kena letak dekat burger tu baru dia makan. Itu pun memilih. Kalau tak dia bagi pada suaminya. Jadi Ryan lah yang menjadi tukang habiskan makanan secara rela. Tapi itu dulu. Sekarang ni Hani kuat makan sampai suka rembat makanan suaminya.

Bila dah ambil makanan mereka menuju ke meja kosong. Ramai dah tetamu balik. Tinggal saudara sahaja. "Abang nak suap." Ujar Hani lalu tersengih. Dia memandang pinggan suaminya yang ada kari ayam. Beria nak minta suap walhal dia pun ada ambil juga.

"Eh asal pula. Makan lah sendiri." Ujar Ryan. "Abang ni. Tak nak lah tidur dengan Abang malam ni. Abang tidur lah dekat homestay." Rajuknya.

Ryan mula kalut kerana mood Hani yang tiba-tiba berubah. Tak salah pun Hani nak minta suap. Nak juga dia bermanja dengan suaminya. "Meh sini Abang suap. Buka mulut." Pujuknya. Hani terus sengih. "Saya gurau je lah Abang." Katanya tapi tetap juga menerima suapan dari Ryan. Nak mengada lah tu. Nak buat si sepupunya yang bujang tu cemburu supaya dorang kahwin cepat lah tu.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now