Jangan lupa tekan vote ya
HANI hanya mendengar butir bicara Zura dan Mira. "Oi Hani kau dengar tak ni?" Mira memandang Hani. "Huh? Apa?" Dia bertanyakan kepada Mira.
"Aku tanya kau dengar ke tak apa yang aku bilang tadi Hani?" Dia menggeleng kepalanya. "Aku kata tadi apa kata hujung minggu ni kita stay dekat rumah Mira. Buat assignment sama-sama." Zura menjawab.
"For what?" Dia bertanya. Mira sudah menggelengkan kepalanya. "Kau dah lupa ke makcik yang kau kena hantar kerja kau isnin depan. Tu lah lambat lagi datang kelas." Mira mengingatkan. "Aduh aku lupa lah. Nasib kau ingatkan. Hmm ye lah nanti aku bagitahu abah aku ya." Ujarnya.
"Eh jomlah pi makan. Aku lapar ni." Ajar Zura. Siapa tak kenal Zura. Wanita yang 24/7 asyik lapar sahaja. Tapi berat badannya tidak pandai naik. Mantain sahaja dari dulu.
Mira lantas memandang Zura. "Kau baru je makan tadi lah makcik. Nak makan lagi ke? Tu perut ke tong gas." Mira mengusik. "Biarlah. Boyfriend aku pun tak bising." Balas Zura.
Ketika mereka menuju ke sebuah restorang berhampiran dengan universiti mereka, Hani terpandang kelibat Ryan bersama Puteri. Kekasih hatinya itu. Dia nak diam sahaja namun mulut kecoh Wani pula bising. Dia bertanya dekat Hani tentang hal berkenaan.
"Weii tu bukan ke mamat yang kau suka tu? Tu bukan Ryan ke? Kawan baik abang kau." Dia bertanya dengan suara yang kuat. "Diam lah kau ni. Nanti dia dengarlah." Marah Hani. Ya memang betul sebenarnya dia ada menaruh hati dekat lelaki yang bergelar kawan baik abangnya itu namun dia takut abangnya tersalah anggap. Dia takut yang selama ini Ryan menggoda adiknya sehingga Hani tersuka pada lelaki itu. Namum hakikatnya Hani tersuka dengan Ryan sebab senyuman lelaki itu.
Selama ini dia mengelak kerana tidak mahu perasaan sukanya pada Ryan itu bertambah setiap masa. Dia tak nak nanti disebabkan dia abang dan lelaki itu bergaduh pula.
Sementara itu di rumah pula. Hajah Rudiah mengambil tempat disebelah suaminya. "Abang saya rasakan si Ryan tu suka kat anak kitalah. Hari-hari dia datang sini" Haji Haris Junaidi hanya tersenyum.
"Kalau dia dah suka kat anak kita kenapa tak hantar ja rombongan" Ujar Encik Haris. Dah suka apa lagi masuk lah meminang kan?
"ANAK mama ni sejak kebelakangan ni asyik senyum je. Ada perkara istimewa tak? Kongsi lah dengan mama" Datin Fauzian melabuhkan punggungnya disebelah anak terunanya Ryan. Ryan baru je balik dari berjumpa Puteri tadi
"Tak de lah mama. Ryan cuma terfikir something" Datin Fauzian kemudia menepuk bahu anaknya. "Boleh mama tahu perempuan bertuah yang mana dah berjaya pihak hati jejaka mama ni" Ryan cuma tersenyum. Aik macam mana mama tahu ye? Aku tak cakap pun lagi.
"Kamu tu anak mama. Mama faham isi hati kamu. Jadi siapa nama dia? Bukan Puteri kan? Atau kamu ni ada simpan hati kat adik si Ikhwan tu" Ryan kemudian terdiam. Datin Fauzian kenal akan anak terunanya itu. Selama Ryan dan Puteri berkawan jarang sekali nampak anaknya itu senyum. Tapi bila berjumpa Hani dia asyik senyum sahaja.
Matilah aku kalau Ikhwan tahu. Disakatnya aku seumur hidup. Bukan setakat kena sakat je. Ada pula nanti Hani lari tau.
"Mama kenal dengan family si Ikhwan tu. Lelaki mana yang tak jatuh cinta dengar anak dorang tu. Hani tu baik sopan lemah lembut dan yang paling penting tutup aurat. Ibu mana tak nak tengok anak dia kahwin dengan perempuan sebaik Hani tu. Mama pun kalau ada jodoh kamu dengan si Hani tu bercadang nak jodohkan kamu berdua. Sejuk hati mama tau tengok si Hani tu" Beritahu Datin Fauzian. Hah sudah!
"Mama suka cara si Hani tu. Pandai ja jaga diri. Tak pernah lagi mama nampak dia bergaul dengan lelaki kecuali abang dia tu" Kalau Hani dengan ibu si Ryan puji dia mesti kembang semangkuk.
"Ma dah lah tu Ryan tak kisah pun kalau Hani tu bukan milik Ryan suatu hari nanti. Ryan cuma berharap yang dia dijodohkan dengan lelaki yang lebih baik dari Ryan" Dia kemudiannya masuk ke dalam biliknya. Dia mahu melarikan diri dari soalan maut dari mamanya.
"Hmm ye lah. Mengelak lah kamu." Ryan tersengih sahaja lalu menaik tangga.
Ryan merebahkan dirinya ke atas katil. "Penatnya harini" Dia berguling ke kanan dan ke kiri. Beberapa minit kemudian dia terlelap.
AZAN subuh mengejutkan Ryan dari tidurnya. Dia terus mengambil wuduk sebelum solat.
Selesai sahaja solat subuh Ryan keluar untuk mengambil angin. "Kamu nak ke mana pagi-pagi buta ni Ryan?" Ayahnya menyapa Ryan. "Keluar kejap pa. Ambil angin" Papanyanya hanya mengangguk.
Ryan berjoging sekitar taman. Dia duduk di salah satu bangku di sana sambil mengambil balik nafasnya.
"Oh Ryan kau pun kat sini juga" Ryan memandang kepada si pemilik suara. "Eh Ikhwan dan Hani" Dia tersenyum melihat Hani. Ikhwan perasan akan Ryan memandang ke arah adiknya. "Oi tengok apa tu. Tak elok tau kalau tengok pemandangan tu" Ryan menoleh Ikhwan. Ikhwan pula menjongket keningnya.
"Aku nak pi tandas sekejap. Tolong tengok-tengokkan adik aku ya." Ikhwan berpesan lalu dia berlari-lari anak menuju ke tandas awam yang berhampiran.
Kini tinggal Hani dan Ryan berdua. Kedua-dua mereka senyap. Masing-masing membuat hal sendiri. Ryan kemudian memadang Hani yang tekun sahaja bermain dengan telefonnya. Kelihatan gadis itu sedang melihat sesuatu di akaun twitternya. Alah Hani ni budak yang suka main twitter tau.
Ryan rasa kekok berdua dengan adik kawannya itu. Jadi dia memulakan bicara. "Hani sekarang tengah ambik bidang apa?" Dia bertanya. "Akauntan je." Balas Hani bersahaja. "Susah tak?" Dia bertanya lagi.
"Susah. Lebih-lebih lagi bila pensyarah tu abang kepada awak." Hani kenal siapa Razali kerana dia pernah menghadiri majlis perkahwinan Razali 3 tahun yang lalu. Masa itu dia baru habis spm dan sebab dia dan pishang sangat dia ikutlah abangnya menghadiri majlis perkahwinan Razali.
"Kenapa pula? Dia buli Hani ya?" Teka Ryan. Hani kemudian memandang lelaki itu. "Nak kata buli tu tak juga. Tapi saya tak kisah. Dia kan pensyarah saya. Saya tak boleh nak lawan. Nanti digagalkan pula saya." Hani kemudian tertawa kecil.
"Lain kali kalau Hani stres dengan dia cakap je dengan abang. Pandai lah abang marah dia nanti." Hani sekadar geleng kepala sahaja. "Tak perlu lah. Saya tak nak ambil kesempatan atas awak. Nanti kalau orang lain tahu rasa tak adillah." Ujarnya. Biarlah dia buat apa sahaja yang disuruh oleh Razali asalkan ilmu yang diberi oleh Razali kepadanya berkat.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...