Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya 🌸 harini author nak promote lagu Bruno Mars pula
HANI memandang Datin Fauzian yang sedang sibuk memotong buat tembikai berkenaan. Dia nak tolong pada mulanya tapi dilarang. "Hani kan tetamu kami. Tak perlu lah buat apa-apa duduk je." Itu yang Datin Fauzian katakan.
Tapi dia rasa kekok bila dia sekadar duduk sahaja. Dia mengeluh lalu memandang Dato Aziz dan Razali yang sedanh sibuk mengipas ayam yang mereka sedang bakar. Tunangnya pula entah ke mana. Tinggallah dia sorang di sana tidak membuat apa-apa.
Pada mulanya Hani tidak mahu menerima ajakan lelaki itu tapi Ryan memujuknya. "Rania nak sangat kau datang." Katanya. Akhirnya Hani bersetuju dan ikut serta dengan tunangnya itu berkelah untuk menyambut hari lahir Rania. Boleh sahaja mereka sambut di rumah tapi Rania tidak mahu. Dia nak juga di tepi pantai. Jadi Hani pun terpaksa lah ikut kerana tidak mahu gadis itu kecewa.
"Ma Ryan mana?" Hani bertanya. "Dia kata pi tandas kejap lagi ada lah tu." Misha pula yang membalas. "Kenapa Hani? Rindu ke dekat Ryan tu? Baru 10 minit dia pergi tau." Usik Misha. Hani terdiam. "Hah? Eh tak lah. Buat apa nak rindu. Saya saja tanya sebab papa dengan sir Razali pula yang kena masak tu ayam. Dorang yang tengah susah payah tapi Ryan menghilang." Kata Hani.
Tidak lama kemudian Ryan muncul kembali. Lelaki itu kelihat segak sahaja walhal dia memakai baju t shirt biasa sahaja. Hani termalu sendiri bila dia merenung lelaki itu. Dia segera menundukkan kepalanya.
Tiba-tiba lelaki itu berjalan ke arahnya. Ryan duduk mencangkung di hadapannya. "Kau ok?" Dia bertanya. Hani segera mengangkat kepalanya. "Kenapa pula?" Hani bertanya.
"Muka kau merah. Alergik dekat cahaya matahari ke? Ke tak pakai tu sunblock?" Ryan bertanya. Dia nampak jelas pipi Hani yang kian menjadi merah. "Alergik." Hani membalas. Walaupun berapa banyak sunblock dia pakai tetap kulitnya akan menjadi kemerah-merahan. Sebab itu lah dia mengelak nak ke pantai. Boleh jika dia mahu tapi tidak lah pada waktu tengah hari macam ketika ini.
"Asal tak bagitau?" Ryan bertanya. "Saya tak nak tolak lah. Nanti Rania kecewa." Jawabnya. "Tu belakang kira. Muka kau dah merah sangat ni. Jom aku hantar kau balik." Tanpa apa-apa amaran lelaki itu menarik tangannya.
"Kenapa ni?" Datin Fauzian yang terdengar segera bertanya. Dia melihat anaknya memegang pergelangan tangan Hani. "Ryan nak hantar Hani balik." Ryan memberitahu.
"Kenapa? Ya Allah Hani muka kamu. Merahnya. Kamu ada alergik ke?" Datin Fauzian kelihatan terkejut. "Pi lah lah hantar Hani. Nanti teruk pula jadinya." Arah Datin Fauzian.
Ketika di dalam kereta Hani senyap sahaja kerana dia tidak pasti sama ada Ryan marah atau tidak kerana lelaki itu membawa kereta serupa apa. Laju sahaja. Dia pula yang takut.
"Kenapa diam?" Ryan bertanya. Dia memandang Hani. "Hmmm? Kenapa diam?" Dia bertanya lagi. Tapi Hani menggeleng sahaja. "Kau takut? Kau takut aku marah?" Dia bertanya lagi.
"Awak dah lah bawak kereta serupa apa." Hani menjawab. Dia trauma. Sebab abang kembarnya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Kembar kepada Ikhwan.
"Ya aku marah sebab kau tak bagitahu aku yang kau tu ada alergik." Ujar Ryan. "Sebab saya tak nak susahkan awak. Muka merah je. Tak ada apa-apa efek lain lah." Jawab Hani lagi. Dia memandang tajam lelaki itu.
"KAU ni asal? Muka ketat semacam." Tanya Ikhwan bila Ryan menghantar adiknya. "Adik kau tu lah. Dia tak bagitahu aku yang dia alergik. Tak boleh berjemur sangat. Muka dia dah macam kena bakar aku tengok tau." Ryan memberitahu.
"Bukan kau tahu semua ke pasal adik aku?" Ikhwan sengaja mengusik. "Sejak bila?" Soal Ryan. Ikhwan geleng sahaja. "Hani tu memang banyak simpan rahsia sikit. Dia alergik udang tu pun kami baru tahu masa umur dia 9 tahun. Aku pun tak tahu macam mana dia hide efek dia lepas makan udang. Kalau kau nak tahu pasal dia ajak di bincang. Kalau kau bawa dia berbual. Kau selitkan tanya pasal diri dia. Aku yakin dia bagitahu. Tu pun nak kena ajar ke." Kata Ikhwan.
Ryan sekadar menjulingkan matanya. "Mestilah. Kau kan abang dia." Kata Ryan. Ikhwan lantas memukul kepala lelaki itu. "Woi nanti aku hilang ingatan susah adik kau." Ujar Ryan. "Baguslah tu. Buuuu." Ejek Ikhwan.
"Ish kamu berdua ni macam budak-budak. Ryan tak nak masuk dulu ke? Minum dulu lah." Ujar Hajah Rudiah. "Dia ni tak payah minum lah ibu." Kata Ikhwan. Ryan lantas menyiku Ikhwan. "Tak pa lah ibu. Nak kena balik semula ni. Mama dengan yang lain masih dekat pantai lagi." Dia memberitahu. Tak kan pula dia nak tinggalkan mereka. Nanti merajuk pula adiknya itu. Hajah Rudiah angguk sahaja dan sekadar memandang Ryan pergi.
Ryan kembali semula ke pantai. Dilihat Rania sedang sibuk mengambil gambar seorang diri. "Hani macam mana? Dah ok?" Datin Fauzian bertanya. "Entah ma. Dia terus masuk bilik tadi." Ryan membalas. Tapi dia ada belikan Hani krim tadi. Entah gadis itu pakai atau tak.
"Kalau lah mama tahu dia tu tak boleh berjemur sangat mama tak ajak dia tadi. Rania lah ni beria sangat nak ajak Hani." Kata Datin Fauzian. "Hani kata tak pa ma. Dia pun minta maaf juga sebab tak bagitahu pasal ni. Dia cakap dia rasa bersalah sebab terpaksa balik awal." Itu pesan Hani tadi.
Gadis itu rasa bersalah sangat sebab balik awal sedangkan dia tidak melakukan apa-apa kerja pun. "Mama yang patut minta maaf. Nanti kamu singgah semula dekat rumah dia. Ni kek tak habis ni mama bagi dekat dia. Ni makanan tal habia ni bagi juga." Kata Datin Fauzian. "Hmm ye lah nanti Ryan singgah sana." Jawabnya.
Tidak lama kemudian Rania datang. "Hani ok?" Dia bertanya. "Ok. Kulit dia je terbakar sikit." Jawab Ryan. Dia tahu mereka semua risau dekat Hani tapi gadis itu ok sahaja. Tiada pun apa-apa terjadi kecuali kulitnya berubah kemerah-merahan. Walhal baru 1 jam lebih dia duduk di pantai.
'Hmm nampaknya kalau dah kahwin nanti kena elak lah honeymoon tepi pantai.' Dia berkata di dalam hati. Sudah banyak tempat yang dia pilih untuk destinasi bulan madu mereka nanti tapi nampaknya kena ubah sebab dia banyak pilih tempat di tepi pantai seperti Bali, Pulau Sipadan dan juga Pulau Langkawi. Kena lah fikir tempat baru lagi. Dia tak kisah pun asalkan Hani selesa itu sahaja.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...