BAB 53

3.4K 96 0
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Thanks sudi support and have fun guys



RYAN membaca maklumat yang terdapat di website berkenaan. Website mengenai cara menjaga bayi. Dia tengok tutorial tukar lampin pakai buang. Tutorial pakaikan bedung. Banyak lah dia cari. Termasuk makanan untuk berpantang buat Hani nanti.

Tak lama lagi masuk bulan September. Bulan di mana Hani dijangka akan beranak. Sama ada pertengahan bulan atau hujung bulan. Dia memang amat alert akan semuanya kerana takut nanti dia tak dapat temankan Hani di dalam bilik bersalin. Malah pada bulan September dia sudah kosongkan semua jadual kerjanya sebab nak sentiasa ada di samping Hani.

Hajah Rudiah ada nasihat dia untuk sentiasa dekat dengan Hani kerana takut bila nak beranak lelaki itu tiada di samping anaknya. Malah sejak masuk bulan ke-7 kandungan Hani dia awal-awal lagi sudah sediakan barang-barang yang perlu dibawa nanti ketika bersalin sudah berada di dalam keretanya. Baju-baju Hani pun dia dah kemas. Semua dah ada dalam kereta.

Sebab nanti dia tak payah lah kelam-kabut nak sediakam semuanya. Kerana Hani hampir menunggu hari untuk melahirkan bayi kembarnya itu lah Ryan siapkan semua awal-awal.

"Abang tengok apa dari tadi?" Hani menegur. Sejak minggu lalu Ryan mengajak Hani ke pejabatnya setiap hari kerana tidak mahu isterinya itu tinggal seorang di rumah. Tapi tak ada lah sampai ke petang Hani di pejabatnya. Masa tengah hari Ryan akan hantar balik rumah keluarga mentuanya.

Hani akan berpantang di rumah ibunya. Oleh sebab itu sejak 2 hari lepas mereka dah tidur di sana. Dia lagi selesa bila duduk di rumah keluarga sendiri. Dan Ryan hormati keputusan Hani. Dia tak nak pula bila dia bawa Hani balik rumah mamanya Hani tak selesa di sana. Lebih-lebih lagi bila ada Razali di rumah itu.

Walaupun biliknya ada bilik air dan tandas sendiri tapi sudah tentu ada masanya Razali akan masuk menjenguk Hani ataupun dia tak sengaja ternampak Hani tidak bertudung.

Lama Ryan dalam lamunannya sebelum akhirnya dia sedar bila Hani memetik jarinya di hadapan lelaki itu. "Hah? Apa dia Yang? Abang tak sedar tadi." Hani terus ulang apa yang dia kata.

"Saya tanya Abang tengok apa dari tadi. Dia boleh pula mengelamun sendiri." Bebel Hani. "Sorry. Abang baca ni hah cara-cara jaga budak." Sebab dia tak ada pengalaman jaga bayi. Hani pernah jaga bayi. Tika dia menunggu keputusan spm dahulu ada juga lah dalam 2 bulan dia menjaga anak buahnya. Anak kepada sepupunya. Ketika itu bayi tersebut baru berusia 2 bulan. Ada lah sikit-sikit ilmu yang dia dapat.

"Asal pula? Abang takut nanti Abang tak pandai nak jaga si kembar ni?" Hani bertanya. Ryan angguk sahaja lalu membaca semula website berkenaan. Nak cakap malu memang ada lah sikit. "Semua tu kan datang secara semulajadi. Jangan risau lah. Saya pun tak pandai sangat jaga budak. Kita belajar lah sama-sama." Kata Hani.

Dia nampak usaha suaminya itu. Sejak minggu lalu lagi Ryan bertungkus-lumus belajar banyak benda untuk menjaga anak-anaknya.

Ryan terus tersenyum sambil pandang Hani. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang mudah memahami dan menerima kekurangan dirinya itu.

"Abang jom makan. Saya lapar. Anak-anak Abang pun lapar juga." Ajaknya. "Eh memandai nak fitnah anak-anak kita pula. Dia yang sebenarnya lapar kan?" Hani sengih sahaja.

MISHA memerhati Hani dan Ryan yang sedang makan di dalam restoran berkenaan. Dia cuba sedaya upayanya untuk sembunyikan dirinya dari dilihat oleh pasangan suami isteri itu.

Dia mengetap giginya bila melihat Ryan menyuap Hani makan. Daun pokok bunga di hadapannya itu habis dia rosakkan. Diputik satu persatu dia koyakkan. Matanya pula tajam sahaja memandang Hani.

Sesekali dia melihat tangan Ryan menyentuh tangan Hani. Dia cemburu. Cemburu melihat kebahagiaan mereka berdua itu. Sedang dia menghendap mereka, dia ditegur oleh pelayan restoran berkenaan. "Cik? Boleh saya bantu?" Misha terkejut lalu memandang pelayan lelaki itu. Dia geleng kepalanya lalu berlalu pergi. Pelayan itu sekadar menggaru kepala sendiri sambil melihat Misya berlalu pergi.

Kemudian matanya membulat melihat kerosakkan yang telah Misha buat. Habis dedaun pokok bunga itu rosak. Dia segera memaklumkan pada managernya mengenai hal berkenaan.

Misha terus balik semula ke tempat di mana dia tinggal ketika itu. Rumah tumpangan di atas sebuah kedai judi. "Kau dari mana ni?" Pakciknya bertanya. Misha memandang sahaja lelaki itu dengan tajam sebelum dia masuk ke dalam biliknya.

Dilihat satu per satu gambar Ryan yang elok berlekat di dinding biliknya. Ada juga gambar Hani yang telah diconteng dan ditikam dengan pisau.

Tak sangka pula selepas bercerai dengan Razali dia jadi psiko. Bukan dekat bekas suaminya tapi dekat bekas adik iparnya. Misha ketawa sendiri sambil memandang gambar Ryan. "Sayang sabar ya. Nanti kita datang dekat awak." Katanya lalu menghampiri gambar milik Ryan. Dicium gambar itu dengan bersungguh-sungguh seolah-olah lelaki itu berada di hadapannya.

Misha menjadi psiko kerana terlalu memikirkan pasal Ryan. Memikir lelaki itu adalah haknya. Dia tidak boleh melihat ada perempuan lain dekat dengan lelaki itu. Malah setiap malam dia sering kali memikirkan pasal Ryan. Dia membenci akan Hani kerana dia turut sama memikirkan Ryan dan Hani yang tidur di atas katil yang sama setiap hari.

Dia cemburu akan Hani. Cemburu kerana wanita itu tidur dan makan bersama dengan Ryan. Dia nak mengganti tempat Hani. Bila melihat perut Hani itu dia kemudiam terbayang dia yang sedang mengandungkan anak kepada Ryan. Terbayang dia menjalani hubungan intim bersama Ryan.

Dia jadi semakin teruk kerana sering kali dirogol oleh pakciknya setelah dia bercerai dengan Razali. Dia cuma harapkan kasih sayang dari seorang lelaki tapi bila Razali memberi kasih sayang yang secukupnya buatnya dia pula yang tidak bersyukur. Mencari lelaki lain untuk mendapatkan kasih sayang. Malah hendak mengemis kasih sayang dari seorang lelaki yang sudah pun berstatuskan suami orang dan bakal menjadi bapa.

"Kau buat apa dalam bilik tu? Sini kau keluar temankan aku." Pakciknya mengetuk pintu biliknya. Bahu Misha terhinjut. Dia segera melangkah ke luar dari biliknya.

"Tak habis-habis lagi ke nak fikir pasal dia tu? Laki orang tu. Kau ni tak ada maruah sangat lah." Kata pakciknya. Misha terus memandang pakciknya itu. "Ya memang. Maruah dah tak ada lepas pakcik selalu rogol. Hampir setiap hari." Ujar Misha. Dia menentang bebola mata lelaki itu.

Pakciknya terus menarik rambutnya. "Dasar budak tak bersyukur. Aku yang ambil kau. Ambik kau dari dalam tong sampah tau sebab mak kau bodoh buang kau. Kalau aku tak ambik kau masa tu memang kau dah mati lah kena gigit anjing
Bersyukur sikit lah sundal. Aku yang besarkan kau. Hantar kau pergi sekolah. Hantar kau sampai universiti tau. Aku juga yang jadi wali untuk kau." Marahnya. Misha pula sudah menangis bila rambutnya ditarik.

"Saya tak minta pun untuk dilahirkan. Ni semua salah mama." Marah Misha. Mamanya telah berzina dengan seorang orang ternama. Dan bila lelaki itu tahu maknya mengandung dia terus tinggalkan.

Mak Misha tak sanggup nak gugurkan. Jadi bila Misha lahir dia tinggalkan anaknya itu di dalam tong sampah. Mujurlah pakciknya yang nampak jika tidak sudah tentu masa itu dia telah digigit oleh anjing.

Pakciknya mengekori mamanya sejak keluar dari hospital dan bila nampak dia membuang Misha, pakciknya segera mengambil Misha. Dan hingga kini mereka tidak tahu di mana keberadaan mak kepada Misha. Tak tahu lah sama ada dia maish hidup mahupun telah meninggal dunia.

Makciknya yang kebetulan datang terus menghampiri Misha. "Kau dah gila ke? Mati budak ni nanti. Kau juga yang kena tangkap." Katanya sambil memeluk Misha. Bibirnya sudah pecah akibat dibelasah oleh pakciknya. "Biar aku je lah jaga dia. Kalau dengan kau mati juga Misha ni." Ujar makciknya lalu membawa Misha pergi.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now