BAB 41

3.7K 114 18
                                    

Korang tak nak tolong author ke? Kalau macam tu ni last bab author publish untuk cerita ni. Lepas ni dah tak ada sebab korang tak nak tolong tunaikan permintaan author. Biarlah cerita ni tergantung sampai sini saja ya. Thanks sudi support selama ini. Terima kasih pada yang sudi baca dari bab 1 hingga bab 41 ni. This is the last bab. Lepastu author dah tak publish dah lagi. Sampai di sini saja. Mungkin author akan jadikan e-book kalau author nak buat lah. Kalau tak author biarkan saja buku ni tergantung sampai sini.



"ABANG." Panggil Hani dari dalam bilik mandi. "Kenapa Sayang?" Sahut Ryan dari luar. "Masuklah kejap." Tanpa banyak soal Ryan terus masuk.

"Tolong zipkan baju ni." Pinta Hani. "Tu lah nak juga pakai baju macam ni. Abang dah belikan banyak gaun mengandungkan. Kenapa tak pakai?" Tanya Ryan. Terus riak wajah Hani berubah. Tanpa banyak bunyi dia menolak suaminya keluar dari bilik mandi lalu dia mengunci pintu.

Ryan bingung sekejap. "Eh? Sayang kenapa ni?" Ryan bertanya. "Awak je lah pergi Kelantan tu. Saya tak nak." Bila dah keluar 'awak' tu tanda Hani tengah merajuk. Selama ini jarang dia merajuk tapi sejak mengandung memang selalu merajuk. Cepat sangat terasa hati.

"Sayang. Abang gurau je lah. Pakai je lah baju tu. Orang tak marah pun." Pujuknya. "Tak nak." Hani menjawab. Tiba-tiba pula Hani menangis. Kena tegur pasal baju pun dah nangis. Puas Ryan pujuk tapi Hani tak nak keluar. Akhirnya dia terpaksa guna extra key untuk buka pintu bilik mandi berkenaan.

Bila dia masuk kelihatan Hani masih menangis. "Sayang. Abang gurau je lah. Jangan lah nangis nak pergi Kelantan kan." Dia memujuk. Hani geleng kepala lalu keluar dari tempat berkenaan. Dia langsung tidak memandang suaminya. Ryan pula yang terpaksa mengejar Hani.

"Awak sorang je lah pergi. Saya tak nak." Kata Hani lalu berbaring di atas katil. Dia menarik selimut sehingga ke atas kepalanya. Seluruh badannya kini berada di bawah selimut.

"Sayang. Jangan lah macam ni. Abang minta maaf lah sebab kecilkan hati Sayang. Tapi Abang tak marah. Kalau Sayang nak pakai. Pakai lah baju tu. Abang tak kisah." Pujuknya sambil menarik selimut berkenaan tapi dia ditolak oleh Hani. "Orang kata tak nak. Tak nak lah tu. Susah sangat ke nak faham?" Hani memarahinya lalu dia turun dari katil. Entah ke mana pula Hani larikan diri. Ryan tergamam. Selama ini Hani tidak pernah tinggikan suara dekatnya. Maknanya kali ini Hani marah betul padanya.

Ryan terus menghubungi Ikhwan. "Sorrylah. Aku dengan Hani tak jadi pergi. Hani tak sihat." Beritahunya pada Ikhwan kerana takut mereka ditunggu oleh ibu dah abah. Ryan terus dengan misinya untuk memujuk Hani.

Tengah hari tersebut Hani langsung tidak memasak untuknya malahan bercakap pun tidak. Hani asyik mengelak dari Ryan. Bila Ryan duduk di sebelahnya Hani terus berpindah. Dah macam-macam cara Ryan pujuk tapi tak jalan. Hanya kerana dia tegur baju Hani terus isterinya itu merajuk.

"Sayang sampai bila tak nak layan Abang? Abang dah minta maafkan." Pujuknya. Hani masih lagi diam. Tekun sahaja menonton tv. Bila Ryan menghampirinya Hani terus bangun lalu menuju ke dapur. Ryan tersenyum sedikit bila sekejap lagi dia yakin pasti Hani akan memanggilnya kerana dia telah meletak semua makanan ringan di kabinet paling tinggi. Hani pendek jadi kalau kabinet paling atas dia tak dapat nak capai.

Bila Hani membuka kabinet tersebut dia hairan bila makanannya tiada di sana. Bila dia donggak kepalanya baru dia nampak. Hani terus mengambil kerusi untuknya panjat. Dia tahu Ryan sengaja buat macam tu supaya dia bercakap dengan suaminya. Tapi Ryan lupa yang dia boleh sahaja panjat kerusi.

Ryan dengan sengihannya terus melangkah ke dapur. Dia terkejut bila melihat Hani berdiri di atas sebuah kerusi. Dia segera menghampiri Hani. "Sayang buat apa ni?" Dia bertanya. Hani diam sahaja lalu turun dari kerusi berkenaan.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now