Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. Jemput juga baca 'Dia Lah Suri Hatiku' dan kalau sudi tekanlah vote bagi setiap bab cerita tersebut ya. Thank you sudi support and have fun.
Misha asyik bermundar-mandir dari tadi sambil memikirkan sesuatu. Memikirkan cara untuk menyingkirkan bayi dalam kandungan Hani supaya dia mendapat perhatian kembali.
Dia terhenti bila teringat sesuatu. "Kandungan dia baru 1 bulan. Maknanya...." dia tersenyum sinis sebelum mencapai kunci kereta. Dia melangkah keluar dari bilik. Ketika hendak turun dia terlanggar dengan Rania. "Buta ke apa!" Tengkingnya sebelum dengan cepat dia melangkah turun. Rania perhatikan sahaja Misha pergi. "Dia dah kenapa? Gila ke?" Kerana Misha yang melanggarnya dan bukannya dirinya. Nasib dia tak jatuh tadi.
Sampai sahaja di rumah Hani dia segera masuk ke dalam. "Akak saja datang lawat kamu." Tipunya. Walhal dia ada sesuatu yang ingin dia lakukan.
Dalam 30 minit kemudian Misha segera keluar dari rumah Hani dala. Keadaan kelam-kabut. Dia memandang ke kiri dan kanan untuk memastikan kerjanya itu tidak kantoi. Dia masuk kd dala. Keretanya lalu memandu pergi.
Di dalam rumah pula tangan Hani terketar-ketar bila darah mula keluar dari celah kakinya. Kain yang dia pakai sudahpun dipenuhi darah. Dengan tenaga yang masih ada dia cuba mencapai telefonnya. Berkali-kali dia cuba menghubungi suaminya namun hanya operator suara sahaja yang masuk. "Ab-abang." Telefonnya jatuh dari tangannya. Dia semakin lemah bila semakin banyak darah yang mengalir. Akhirnya bila dia tidak dapat menahan sakit itu dia pengsan. Selepas itu dia sudah tidak ingat apa yang berlaku.
Pada ketika itu Ryan berada di dalam bilik mesyuarat kerana telefonnya dalam mod senyap dia tidak perasam bahawa Hani menghubungi. Bila sudah selesai mesyuarat barulah dia melihat telefonnya. "Eh? Missed call 13 kali?" Dia hairan lalu menghubungi Hani. Tapi langsung tidak dijawab oleh Hani.
Hatinya mula risau. Dia lantas memaklumkan Lia bahawa dia balik sekejap. "Sayang angkatlah." Dia mencuba menghubungi lagi. Sepanjang perjalanan banyak benda yang dia fikirkan. Dia risau. Risau ada sesuatu yang terjadi pada Hani.
Bila sampai di hadapan rumah dia hairan melihat pintu rumahnya terbuka. Tapi Hani tidak mengangkat telefon. Tanpa banyak fikir dia keluar dari kereta lalu masuk ke dalam rumah. "Sayang?" Dia memanggil Hani tapi tiada sahutan. Dia kemudian menuju ke dapur.
Jantungnya seolah-olah jatuh bila melihat ada darah mengalir di lantai rumahnya. Dia perlahan-lahan menuju ke arah punca darah tersebut. Kakinya kemudian terus berasa lemah bila melihat Hani yang terbaring tidak sedarkan diri dengan darah yang memenuhi skirt yang dia pakai.
"Sayang. Sayang." Dia segera mendekati Hani cuba membangunkan Hani. Tapi tiada reaksi dari isterinya. Jadi tanpa berfikir panjang dia terus mencempung tubuh Hani lalu dibawah masuk ke dalam kereta. Dia sudah tidak kisah lagi Hani yang tidak bertudung. Apa dalam fikirannya sekarang cumalah mahu Hani selamat. Selepas menutup pintu dia segera masuk ke dalam kereta lalu memandu ke hospital berkenaan. Dia juga tidak kisah keretanya kotor terkena darah.
Sampai di pertengahan jalan Ryan mahu sahaja memaki bila dilihatkan ada roadblock. "Aku nak cepat ni setan." Marahnya sebelum memandang ke tempat duduk penumpang. Muka Hani sudah menjadi semakin pucat.
"Encik nak ke mana?" Tanya polis tersebut. "Hospital." Kemudian polis itu melihat ke belakang. Dia terkejut melihat ada wanita terbaring dengan darah yang sudah menitis di lantai kereta. Ryan kemudian menerangkan. Lantas polis membenarkan dia pergi.
DARI tadi dia tidak senang duduk. Asyik bermundar-mandir di hadapan bilik tersebut. Sampai sahaja di hospital dia segera memaklumkan mengenai Hani dan terus Hani dibawa masuk ke wad kecemasan untuk diperiksa.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...