Seperti biasa jangan lupa tekan vote. Fyi 80% jalan cerita ini telah author ubah sebab yang versi lama tu penulisan dia terlampau tak matang.
AWAL pagi lagi Hani sudah bersiap. Sejak semalam dia sudah memilih baju untuk dipakai bertemu dengan Zarif. Disebabkan dia tak sabar nak berjumpa dengan Zarif dia sampai tak datang kelas pada bagi berkenaan. Dia sanggup menipu abangnya. Konon dia cakap kelasnya cancel. Semata-mata hendak berjumpa dengan Zarif.
Hajah Rudiah yang sedang mengangkat baju di ampaian memandang anak daranya yang sedang duduk di luar rumah. Gaya seperti menunggu kedatangan seseorang. "Adik nak ke mana?" Dia bertanya. Setahu dia anaknya itu tiada kelas pada hari berkenaan. "Keluar kejap jumpa kawan." Hani menjawab. Dia kemudian memandang semula ke skrin telefonnya. Menunggu chat dari Zarif. Kata lelaki itu sekejap lagi dia sampai.
Tidak lama kemudian sebuah kereta honda berhenti di hadapan rumahnya. Hani memandang lelaki yang keluar dari tempat duduk pemandu. Dahinya berkerut memandang lelaki berkenaan. Setahu dia, dia tidak keluar dengan lelaki itu.
Hajah Rudiah segera memandang lelaki itu. Lelaki itu sekadar tersenyum lalu memberi salam. "Ya Allah kamu pula Ryan. Nak bawa Hani jalan ya?" Tanya Hajah Rudiah. Dia menghampiri lelaki itu. "Ha'ah. Saja nak ajak dia keluar. Boleh kan?" Selepas sahaja dia mendapat tahu daripada abangnya bahawa Hani hendak keluar bersama seorang lelaki dia segera mengambil cuti untuk hari berkenaan dan mengajak membawa Hani keluar.
"Boleh je. Ini rupanya Hani kata kawan ya. Pandai betul berahsia sekarang dengan ibu ya." Hani terpaksa senyum sahaja. Namun di dalam hati dia menyumpah Ryan. Memaki hamun lelaki itu.
"Kitorang gerak dulu ya." Ryan memberitahu. Hajah Rudiah sekadar mengangguk tanda dia mengizinkan.
Setelah mereka berdua berada di dalam kereta Hani lantas memukul bahu lelaki itu. "Apa ni tiba-tiba muncul. Rosak plan saya lah nak keluar." Marahnya. "Tak rosak punya. Kita keluar juga kan." Jawab Ryan. Dia memberi signal untuk keluar dari simpang dan kemudian memandang gadis itu.
"Daripada kau keluar dengan jantan tu baik kau keluar dengan bakal suami kau ni." Tambahnya lagi. Dia mengerling memandang Hani. "Eh suka hati saya lah nak keluar dengan awak." Balas Hani. "Belum tentu awak tu kahwin dengan saya nanti." Dia mengomel sendiri.
Ryan kemudian memusingkan kepalanya memandang Hani. "Ye ke? Aku ok je kalau kahwin harini juga. Jom pi Siam." Katanya. Mata Hani lantas membulat. "Hei awak gila ke. Tak nak lah." Dia bertindak mahu keluar dari kereta. "Hani stop. Kita tengah highway ni. Kau nak mati ke kena langgar kereta." Ujar Ryan. Dia bertindak mengunci pintu kereta.
"Tak payah nak buat benda gila Hani. Ki pi makan dulu lepastu tengok lah dulu kalau kau nak tengok wayang." Ujarnya. Hani sekadar mengangguk sahaja.
Ketika makan Ryan cuma untuk berbual dengan Hani. Cuma mengambil perhatian gadis berkenaan. "Hani bila habis belajar?" Dia bertanya. Hani lantas memandang lelaki itu. "Tahun ni tahun terakhir diploma." Katanya.
Ryan mengangguk. "Lepas ni sambung lagi ke macam mana? Ke terus cari kerja?" Dia bertanya. "Sambung lagi. Tapi dekat Johor." Hani memberitahu. "Johor? Jauh jugak? Kenapa tak dekat Selangor ni je?" Ryan bertanya. "Saya apply dekat sana." Hani menjawab.
"Jadi duduk rumah sewa lah?" Ryan bertanya lagi. Hani menangguk. "Mestilah. Tak kan nak ulang alik setiap hari." Jawab Hani. Ryan sengih sahaja. "Weekend ada kelas juga?" Dia bertanya lagi.
"Entah lah. Awak ni banyak tanya lah. Saya habis diploma pun belum lagi. Sabar lah." Marah Hani. Ryan tersengih sahaja. "Kena lah tahu awal-awal sebab bila dah kahwin nanti boleh beli rumah dekat sana. Jadi Hani tak perlu lah nak susah payah sewa rumah kat sana." Ujar Ryan.
"Asal cakap pasal kahwin pula. Tunggu lah saya habis diploma." Omel Hani dengan pipi yang kelihatan merah. Malu bila timbul lagi soal kahwin. Memanglah dia dah tak suka dekat Ryan tapi pasal perkahwinan mereka tu pula dia terpaksa bersetuju kerana didesak oleh ibunya. Konon tak sabar nak tengok Hani naik pelamin. Walhal dia baru berumur 20 tahun. Abangnya yang berumur 25 pula tak disoal pasal kahwin.
KETIKA mereka menonton wayang Ryan perasan yang Hani kerap melihat skrin telefonnya. 'Tengah tunggu mamat tu lah tu.' Desisnya di dalam hati.
"Tengah tunggu apa tu? Dari tadi asyik tengok telefon? Tengah tunggu chat dari Zarif ke?" Tanya Ryan. Hani segera memandangnya. "Macam mana awak tahu?" Hani bertanya. "Razali. Dia cakap yang kau suka usha Zarif dalam kelas dia. Mesti kau suka dia kan?" Ujar Ryan.
Hani sekadar geleng kepala. "Eh tak. Saya anggap dia kawan je. Lagipun buat apa nak suka dekat dia. Lambat laun juga saya kena kahwin dengan awak." Hani membalas.
Ryan tersenyum. "Tahu pun." Ujarnya. Hani jeling sahaja lalu fokus kembali dekat wayang berkenaan. 'Tak pa lah esok aku tanya dia.'
Selesai sahaja menonton wayang Hani segera mengajak Ryan balik. "Asal nak cepat?" Ryan bertanya. "Ibu kata ada orang nak jumpa saya dekat rumah." Kata Hani. Dia berjalan laju menuju ke kereta lelaki itu.
"Alah rilek lah. Mama je tu. Mama datang tu nak bincang pasal majlis kita bulan depan." Ryan memberitahu. "What? Majlis? Majlis apa?" Hani bertanya. "Majlis pertunangan kita lah." Beritahu Ryan sehingga membuatkan langkah Hani berhenti. Matanya membulat memandang lelaki itu. "Bulan depan? Kita bertunang? Tapi saya ada final exam lah." Beritahu Hani.
"Tahu. Razali bagitahu. Lepas je final exam kita bertunang lah." Beritahu Ryan. Mereka berdua kini jalan beriringan menuju ke keretanya. "Asal cepat sangat?" Tanya Hani. Hairan juga dia tiba-tiba sahaja majlis mereka dipercepatkan. Dia belum pun memberitahu ibunya yang dia bersetuju.
"Cepat atau lambat belakang kira. Yang penting mama nak kita kahwin cepat sebab keadaan papa dah tenat." Beritahu Ryan. Papanya iaitu Dato Aziz menghidap menyakit kanser tahap ke-3. Kanser otak. Tidak lama lagi akan menjalani pembedahan. Dan disebabkan itu lah dia berhasrat untuk melihat Ryan naik pelamin sebelum pembedahannya dilaksanakan.
"Dah makin tenat ke?" Ryan menangguk. "Esok nak pi lawat boleh?" Hani bertanya. "Bukan kau esok stay rumah Zura ke?" Ryan bertanya. Hani memandang lelaki itu pelik. "Macam mana awak tahu?" Hani bertanya. Ryan sengih sahaja lalu menjongketkan bahunya.
"Entah. Sixth sense kot." Walhal Zura ada bagitau dia kelmarin. HAHAHA. Hani memandang sahaja Ryan.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...