BAB 80

3.6K 109 1
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 75 votes diperlukan untuk buka bab 81. Thank you sudi support and have fun guys                

        

          "MAMA comelnya adik." Puji Haziqah. Dia memandang adiknya yang nyenyak sahaja tidur. Tadi Ryan balik sekejap sebab nak mandi. Teruslah dia ajak anaknya dua orang itu datang melawat mama mereka.

"Mestilah. Adik korang kan." Ujar Ryan. Dia tengah mengupas kulit buah epal itu seperti yang Haziqah mahukan. Dia tidak suka makan buah yang masih ada kulit. Anak bapa kan ikutkan sahaja lah permintaannya.

"Tapi kenapa adik macam muka papa?" Aryan pula bertanya. Dia ingatkan adiknya itu lelaki rupanya perempuan. "Abang dengar kan? Anak sendiri cakap tu. Bukan saya." Omel Hani.

"Tahu lah. Nah kakak buah." Ryan terus menghampiri Haziqah lalu memberi epal yang sudah siap kupas itu pada anaknya. "Pergi cuci dulu sebab papa pegang tadi." Haziqah menangguk sahaja lalu melangkah ke arah sinki di dalam tandas itu.

"Nak buat macam mana juga Sayang. Dah Arina keluar sebiji macam Abang. Haziqah dulu pun begitu juga kan. Tengok dia sekarang lebih iras Sayang dari masa kecil dulu." Banyak kali juga lah Hani merungut kecil kerana anaknya itu lahir seiras wajah suaminya ketika Ryan masih bayi dahulu.

Penat-penat dia mengandungkan 9 bulan siap tarik seri wajahnya lagi tapi bila keluar sebiji macam suaminya. Bukan dia tidak bersyukur tapi dia tidak berpuas hati bila anaknya ini langsung tidak mengikut iras wajahnya.

"Ayina? Nama adik ke?" Aryan bertanya. Ryan sekadar mengangguk. "Nama adik korang ialah Arina Hazwani. Panggil adik je pun dah cukup. Sebab lepasni mama dah tak nak bagi papa anak lagi. Jadi Arina ni adik bongsu korang ya." Sempat dia mengerling memandang Hani. Hani sekadar tersengih sahaja.

Semalam kerana tidak dapat tertidur selepas menyusukan Arina, Hani terus mengajak Ryan berbincang mengenai nama yang mereka hendak beri pada bayi yang baru lahir itu. Arina Hazwani, nama yang dipersetujui oleh mereka.   

"Bila mama boleh balik?" Haziqah yang baru melangkah keluar dari bilik air itu segera bertanya. "Harini lah. Kejap lagi mama dah boleh balik. Korang berdua boleh tak tolong kemaskan beg mama dengan adik? Papa nak keluar isi borang kejap." Ujar Ryan.

Doktor membenarkan Hani balik memandangkan Hani pun tiada sebarang komplikasi selepas beranak. Anaknya juga sudah membuang air kecil dan air besae. Jadi bolehlah dia discharge dari wad.

Tidak lama kemudian Ryan datang semula selepas menguruskan apa yang patut. "Sayang boleh berjalan sendiri ke? Atau nak kerusi roda?" Ryan bertanya. Dia membantu isterinya untuk turun dari katil. Segala-gala yang dicucuk di lengan Hani sudahpun dicabut pagi tadi. Jadi tiada masalah baginya.

Baru sahaja kakinya menapak ke lantai muncul Doktor Marlina bersama 2 orang jururawat. "Hani dah nak balik kan? Kita periksa baby kejap ya." Kata Doktor Marlina. Hani sekadar menangguk memberi kebenaran.

"Sayang tunggu kejap ya. Abang nak pergi bayar." Ujar Ryan lalu dia berjalan ke arah kaunter. Selepas sahaja selepas memeriksa Arina, Doktor Marlina terus membenarkan Hani untuk balik. Nanti dia dan seorang jururawat akan datang memantau dirinya di rumah.

"Berapa semuanya?" Hani bertanya bila dilihat Ryan memasukkan semula dompetnya ke dalam kocek seluarnya. "Nak dekat RM8000 juga lah Sayang." Terus membulat mata Hani. Nak bersalin pun nak RM8000?

"Mahalnya." Terkejut dia mendengar. "Ni swasta Sayang memanglah lagi mahal." Balas Ryan. Bayaran tu termasuk bilik tempat Hani tidur satu malam selepas bersalin. Ingat dia nak isterinya itu tidur di dalam wad bercampur dengan pesakit yang lain ke? Bukan mahu menunjuk dia berduit mahupun bukan sebab sombong. Tapi dia buat semua ini untuk keselesaan isteri dan anaknya.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now