Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. Kali ini nak suggest lagu korea lagi. HEHEHEHE. Bestfriend by iKON.
RYAN turun semula ke bawah membaca gelas kosong. Datin Fauzian yang ketika itu berada di dapur segera bertanyakan dia mengenai keadaan Hani. "Hani macam mana? Dah ok?" Dia bertanya. "Macam tu lah ma. Kepala dia pening lagi. Tapi Ryan dah bagi dia ubat tapi. Lepas makan dia sambung balik tidur." Ryan memberitahu.
"Hani tu kenapa tiba-tiba pening? Mengandung ke?" Tanya Datin Fauzian. Sejak anak dan menantunya balik dari berbulan madu kelmari Hani sudah mula pening kepala. "Tak kan cepat sangat ma." Ujar Ryan. "Mana tahu bunting pelamin. Nanti kamu ajak dia pi klinik." Ryan angguk sahaja.
Kelmarin dia dan Hani baru sahaja balik dari berbulan madu di Jepun. Memang seronok lah Hani dapat pergi Jepun. Lebih-lebih lagi bila dapat melihat Gunung Fuji dengan lebih dekat. Sepanjang 3 hari berada di negara matahari terbit itu memang puas lah Hani berjalan. Ryan ikutkan sahaja kehendak isterinya.
Ketika berada di Jepun mereka menginap di sebuah hotel 5 bintang yang bernama Kozantei Ubuya. Ryan memang berpuas hati dengan servis yang mereka dapat di sana. Malah dia juga ada request untuk hias bilik mereka supaya lebih menaikkan lagi suasana honeymoon mereka.
Setelah itu dia naik semula ke atas. Ada banyak lagi kerjanya yang masih tertangguh. Dia nak siapkan cepat walaupun ada lagi berbaki 2 minggu cutinya. Dato Aziz bagi cuti lama sikit sebab banyak benda anaknya itu kena urus. Dengan Hani yang dah nak masuk universiti semula lagi. Ryan minta extra 1 minggu cuti sebab nak temankan Hani di Johor untuk 5 hari sebelum balik semula ke KL.
Ketika dia sedang sibuk menaip dia terpandang Hani di sebelahnya yang sudah bangun. "Kepala dah ok?" Ryan bertanya. Diciumnya dahi isterinya. Hani menggeleng. "Masih sakit lagi. Dah jam berapa ni?" Hani bertanya. "5 petang Sayang." Jawabnya. "Saya tak asar dengan zohor lagi." Katanya lalu turun tadi katil.
Usai solat Hani duduk di sebelah suaminya. "Banyak lagi ke kerja Abang?" Dia bertanya. "Sikit lagi ni Sayang. Kenapa?" Soal Ryan. Dia menoleh memandang isterinya. Hani geleng sahaja sebelum turun semula ke katil. Lagi 3 hari dia duduk di rumah mentuanya sebelum dia ke Johor. Meninggalkan keluarganya, keluarga suaminya serta suaminya. Memang berat untuk dia pergi tapi tawaran belajar ini bukan selalu dia boleh dapat.
Dia mengeluh sebelum memandang semula beg bagasinya. Baju-bajunya sudah dikeluarkan dan diletak di dalam beg oleh suaminya kelmarin. Lagi 2 hari kena kemas semula masuk dalam beg bagasinya.
"Abang janji ya datang Johor tiap minggu." Kata Hani. Dia memandang suaminya dengan penuh harapan. "Insyaallah Sayang kalau Abang tak sibuk. Tiap hujung minggu Abang pi Johor ya." Kata Ryan. Hani senyum sahaja lalu memeluk suaminya. "Thank you sebab sudi buat apa saja yang saya nak." Ucapnya. "Untuk Sayang Abang buat apa je tau." Balasnya lalu mencium dahi isterinya. Hani senyum sahaja.
Petang itu setelah solat asar Ryan membawa Hani keluar. Mungkin juga mereka nak makan malam bersama. Tapi masih awal lagi.
"Kita nak pi mana?" Hani bertanya. "Shopping." Balas Ryan sambil membelok keretanya keluar dari kawasan perumaha berkenaan. Hani memandang suaminya sebelum tertawa. "What?" Ryan bertanya.
Hani geleng sahaja. Tapi masih tertawa kecil. "Tak sanga ek Abang ni suka shopping." Katanya. "Bukan untuk Abang lah. Untuk Sayang. Dah nak masuk U kan." Balas Ryan. "Saya? Eh buat apa." Hani bingung. Dia banyak lagi baju. Buat apa nak membazir beli banyak-banyak baju. "Tak boleh ke Abang belikan baju untuk Sayang?" Ryan mempersoalkan.
"Memanglah boleh. Tapi saya kan banyak baju lagi. Membazir je." Ujar Hani. "Banyak lagi baju saya boleh pakai nanti turun kelas tau." Tambahnya lagi.
"Siapa kata Abang nak beli baju untuk Sayang turun kelas." Ujar Ryan lalu memandang Hani. "Eh?" Dia bingung. Tak faham apa yang suaminya maksudkan.
MATANYA membulat bila langkah kaki suaminya menuju ke sebuah butik yang menjual baju tidur wanita. Hani memandang suaminya. "Apa Abang ni nak masuk sana pula." Dia bertanya. "Ni lah yang Abang maksudkan. Jom." Ditariknya tangan isterinya.
Hani pula yang malu bil suaminya membawa masuk ke butik yang menjual baju tidur wanita dan pakaian dalam wanita. Yang paling buat dia malu adalah kebanyakkan pakai berkenaan seksi. Expose skin. Mana lah dia pernah atau terfikir nak pakai baju-baju yang tak cukup kain ini. Malam itu pun dia pakai sebab dipaksa oleh kawan-kawannya. Jika tidak mana dia mahu pakai.
Banyak juga yang Ryan belikan untuknya. Hani nak menolak pada mulanya tapi suaminya selamba sahaja berjalan ke kaunter lalu membayar. "Nanti pakai ya." Kemudian Ryan tersengih bila berjaya mengusik isterinya.
Baru sahaja mereka nak melangkah ke kereta telefon Ryan berbunyi. "Jap." Katanya lalu menjawab panggilan berkenaan. "Kenapa Abang?" Hani bertanya. "Puteri. Dia ajak jumpa sekejap." Ryan memberitahu. "Pergilah kalau Abang nak." Kata Hani. "Bukan Abang sorang. Sayang pun. Jom. Dia tunggu dekat café." Hani angguk dan ikut suaminya.
"Tak lama lagi aku nak pindah." Puteri memberitahu. "Pindah? Pi mana?" Hani bertanya. "Australia. Sambung belajar." Puteri memberitahu. Sebenarnya dia nak jauhkan diri dari Hani dan Ryan kerana dia nak melupakan Ryan. Tiada guna dia bergaduh dengan Hani untuk merebut Ryan kerana pada akhirnya Ryan memilih Hani juga.
Dia tahu jika lelaki begitu sayangkan dirinya mana mungkin Hani wujud dalam hidup lelaki itu. Puteri bukan mahu menyalahkan Hani tapi dia kecewa bila orang yang dia sayangi telah berkahwin. Dia tak tahan melihat lelaki itu mendirikan rumah tangga. Dia tidak sanggup melihat kebahagian Ryan bersama Hani yang lelaki itu pamerkan. Dia tahu Ryan lebih bahagia bersama Hani.
Sebagai tanda dia mengalah biarlah dia sahaja yang mengundur diri. Membawa dirinya jauh dari lelaki itu. Biarlah dia berkorban demi kebahagiaan Ryan dan Hani. Mana tahu dia lagi layak dengan orang lain berbanding bersama Ryan.
Ryan memandang air muka Puteri. Macam ada sesuatu yang dia sembunyikan. Tapi dia tak nak lah fikir panjang pasal tu sebab ada hati yang dia kena jaga. Buat apa lagi dia nak fikir pasal perempuan lain sedangkan dia sudah ada isteri.
Malam itu dia tidak dapat tidur. Sudah hampir 1 jam dia merenung siling biliknya tapi matanya masih lagi segar. Dia termenung memikirkan Puteri. Dia tahu gadis itu ada masalah tapi dia tidak berani bertanya memandang Hani ada di sebelahnya. Sepatutnya dia lebih mengambil berat akan isterinya bukannya perempuan lain.
Dia mengeluh sebelum kepalanya berpusing menoleh isterinya yang sedang tidur dengan nyenyak berbantalkan lengannya. "Buat apa lah aku nak fikir pasal Puteri. Ish. Baik fikir pasal bini aku je." Omelnya sebelum dia berpusing menghadap belakang isterinya lalu memeluk isterinya itu. Dikucupnya pipi Hani sebelum dia melelapkan matanya.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...