BAB 46

3.6K 113 1
                                    

Welcome back to another chapter guys seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 60 votes diperlukan untuk buka chapter seterusnya. Have fun and good luck kepada yang dah start pdpr semula

[ S P E C I A L C H A P T E R P A R T 2 ]





MEMANG riuh lah malam raya di rumah nenek dengan kehadiran sanak saudara. Hani memerhati sahaja suaminya yang sedang membantu Ikhwan memasang lampu pelita. Atas arahan atuk. 'Korang dah lama duduk bandar. Jadi malam ni belajar pasang lampu pelita.'

"Woiii kau bahagian sana lah buat apa dekat sini pula." Ujar Ryan bila Ikhwan tiba-tiba pula sibuk nak pasang dekatnya. Tadi dah bincang. Masing-masing dah ambik kawasan. Tapi Ikhwan nak juga dekat dengan Ryan. Pelik.

Bila Hani rasa kakinya kejang dia terus masuk ke dalam bilik. Bila Ryan nampak Hani tiada dia terus meninggalkan kerjanya lalu masuk ke dalam. "Ibu Hani mana?" Dia bertanya pada Hajah Rudiah. "Hani? Bukan dekat luar ke tadi?" Ryan bertanya.

Hajah Rudiah terus geleng kepala dan bertanya pada yang lain. Mereka turut menyatakan bahawa masing-masing tidak tahu di mana Hani. Ryan angguk sahaja lalu masuk ke bilik pula.

"Abang ingat Sayang dah hilang tadi." Ujar Ryan. Dilihat Hani yang sedang duduk. Hani tertawa kecil bila Ryan terlampau risau dekatnya. Macam lah ada orang nak culik dia dan buat apa pula dia diculik.

"Apa lah Abang ni. Siapa pula nak culik saya. Rilek lah." Kata Hani. Kalau ada yang cuba hendak menculiknya sudah tentu ahli keluarganya akan membelasah penculik berkenaan. Bukan setakat ahli keluarga sahaja mungkin juga penduduk kampung akan menyelamatkan dia.

Ryan kemudian duduk di sebelah Hani. "Macam mana Abang tak gelabah tadi bila tiba-tiba je Sayang menghilang." Hani kemudian mengusap lengan suaminya. "Saya masuk bilik sebab kaki kejang." Hani memberitahu. "Habis kenapa tak bagi tahu dekat Abang? Abang boleh je urutkan. Kaki dah ok?" Hani angguk. "Abang sibuk sangat lah pasang lampu pelita tu. Tu pasal saya tak nak ganggu. Lagipun benda kecil je. Saya boleh urut sendiri." Beritahu Hani.

"Abang dah kata kan kalau kaki kejang bagi Abang yang urut. Sayang dah banyak berkorban untuk Abang. Jadi biar Abang je jaga Sayang. Sampai Sayang beranak. Abang akan bantu Sayang besarkan anak-anak kita nanti." Tangannya kemudian jatuh mengusap perut Hani. Bila dia usap terus Hani terasa kaki-kaki kecil menendang dari dalam. Bukan setakat kaki je mungkin juga tangan kecil bayi kembarnya. Mereka mesti gembira bila papa mereka cakap macam tu.

Ryan terus memandang perut Hani bila dia selak gaun mengandung yang Hani pakai. Jelas kelihatan bentuk tapak kaki yang terbentuk di permukaan perut isterinya. "Tak sakit ke Sayang?" Ryan bertanya. Hani geleng sahaja. "Tak sakitlah. Geli-geli je." Jawabnya.

Tiba-tiba pula Ryan menolak badan Hani sehingga Hani terbaring. "Abang! Janganlah." Ujar Hani lalu menahan dada suaminya. "Abang tak buat apa-apa lagi. Abang bak urut kaki Sayang lah." Katanya sambil tersenyum. Ryan bangun semula lalu mengambil minyak dari dalam beg tangan milik Hani.

Ikhwan terus memandang Ryan yang baru muncul. "Kau dari mana? Asal aku tak nampak kau tadi?" Tanya Ikhwan sambil memerhati Ryan yang sedang membutangkan bajunya. "Kau buat apa gila dengan adik aku malam raya ni. Kau..... woiii dia mengandung tau." Ikhwan tiba-tiba memarahinya.

"Kau tu yang gila. Mana ada aku buat apa-apa lah dekat adik kau. Aku urut kaki dia je. Lenguh seharian asyik bergerak saja." Jawab Ryan. "Habis yang kau kelam-kabut nak butangkan baju ni kenapa?" Soal Ikhwan. Ryan terus tersengih. Kantoi eh?

"Patutlah kau lama hilang. Rupanya eii." Terus dia ketuk kepala adik iparnya menggunakan bunga api di tangannya. Tak sakit pun kena ketuk.

"ABANG maafkan saya atas semua kesalahan saya selama ini. Saya minta maaf kalau ada tercakap kasar dekat Abang, tinggikan suara dekat Abang dan tak layan Abang. Maafkan saya kalau pernah buat Abang kecik hati dekat saya." Hani berkata sambil dia tunduk bersalam dengan Ryan. Biarlah dulu mereka berdua bermaaf-maafan di dalam bilik terlebih dahulu sebelum mereka keluar.

Selepas sahaja Ryan balik dari solat sunat hari raya di masjid Hani terus sahaja menarik suaminya masuk ke dalam bilik. Nak privasi.

Ryan memandang muka Hani yang kelihatan hendak menangis. Dia tahu Hani ikhlas meminta maaf dekatnya.

"Abang sentiasa maafkan Sayang. Abang faham Sayang kan tengah mengandung mestilah kadang-kala stres. Abang pun minta maaf juga kalau pernah naik tangan dekat Sayang. Pernah marah Sayang. Abang minta maaf kalau pernah suruh Sayang buat kerja-kerja berat. Abang minta maaf kalau selama ini Abang kawal hidup Sayang." Ryan turut sama meminta maaf. Dia kemudian mencium dahi isterinya.

"Saya sentiasa maafkan Abang." Ujar Hani lalu tersenyum. Ryan kemudian menarik Hani ke dalam dakapannya. Mereka salinZrg memeluk antara satu sana lain. Kemudian dia usap perut Hani. "Abang tak sabar nak tunggu twins keluar." Ujarnya.

Hani senyum sahaja lalu memegang tangan suaminya yang berada di atas perutnya. "Saya pun sama juga." Dia dah terbayang bila anak kembarnya lahir. Dia nak belikan semua baju yang sepasang buat bayi kembarnya itu. Tak sabar nak tengok mereka berdua membesar.

Kemudian Hani tersengih. "Duit raya?" Ujarnya. Ryan kemudian senyum. "Mestilah ada. Nak cash atau kad debit Abang?" Ryan bertanya. Hani memikir seketika. "Kalau kad debit Sayang boleh guna sesuka hati ke?" Dia bertanya.

"Mestilah boleh. Asalkan Sayang tak kosongkan habis duit Abang dalam akaun ni. Kang bankrup pula Abang." Hani sengih sahaja. Tak ada lah dia sampai kikis semua duit suaminya. Penat-penat Ryan kerja dia pula sesuka hati je habiskan duit.

"Kad debit lah." Katanya. "Hmm ye lah. Ambik je dalam dompet Abang nanti." Beritahu Ryan. Hani angguk sahaja lalu cium pipi Ryan. "Terima kasih Abang." Ucapnya.

"Hah ni banyak dosa dekat aku." Ujar Ikhwan bila Hani nak bersalam dengannya. "Eh sejak bila? Abang Wan yang banyak dosa dekat adik." Kata Hani. Ikhwan sekadar menjulur lidahnya sahaja. "Eh cepatlah minta maaf dekat aku. Nak duit raya ke tidak?" Tanya Ikhwan. "Mestilah nak." Laju dia menjawab.

Ikhwan geleng sahaja kepalanya lalu memandang Ryan. "Kau tak bagi adik aku ke duit raya?" Tanya Ikhwan. "Eh mestilah aku bagi. Kad debit aku dah di tangan dia." Jawab Ryan. Jangan pula nanti dia dituduh pula tidak membagi duit dekat isterinya. Dia bagi lah. Sentiasa bagi. Tak pernah terlupa dan sentiasa cukup buat Hani.

Bila dah selesai aktiviti bersalam-salaman terus mereka mengambil gambar bersama-sama. Hani terus tarik tangan Ryan sebab nak ambil gambar.

"Abang marilah." Ujarnya sambil menarik lengan suaminya yang sedang bersembang dekat Ikhwan. "Sabar lah." Balas Ryan lalu mencapai telefonnya yang berada di atas meja. Bukan setakat Ryan sorang sahaja Ikhwan pun terbabit juga. Terpaksa menjadi jurugambar tidak berbayar. Profesional? Entahlah.

Hampir sejam juga lah mereka bergambar. Banyak gambar yang telah ditangkap oleh Ikhwan tapi cuma beberapa sahaja yang diterima oleh Hani. Selebihnya dia telah delete kerana gambar bergegar dan tak lawa. Dia nak yang sempurna. Selepas itu dia ambil masa pula nak edit gambar kerana nai cantikkan lagi gambar-gambar berkenaan. Ryan tak kisah pun. Janji nampak muka dia senyum pun dah ok.

"Memang perempuan suka edit gambar ek?" Dia menyoal Hani yang sedang tekun mengedit gambar mereka berdua. "Mestilah. Abang lelaki mana lah faham." Jawab Hani pula.

"Hmm ye lah. Apa-apa je lah." Kemudian dia melontar pandangannya memandang beberapa orang kanak-kanak yang sedang sibuk beraya. Raya pertama dah sibuk nak beraya.

Hani kemudian menunjukkan padanya gambar yang dia telah siap edit. "Saya post ni boleh?" Hani bertanya terlebih dahulu pada Ryan. Ryan menengok gambar berkenaan lalu mengangguk. "Postlah tapi kena tag Abang." Supaya jantan tak guna yang asyik dm isterinya tak ganggu Hani lagi. Walaupun sudah banyak kali Hani block akaun instagram tersebut lelaki itu tidak pernah berputus asa. Dia akan guna banyak fake akaun untuk mengorat Hani.

Jadi Ryan lah yang selalu memarahi lelaki berkenaan namun lelaki itu degil. Masih nak ganggu isterinya lagi.

Baru sekejap Hani mempost gambar berkenaan terus banyak lelaki tak guna komen pada gambar tersebut. Kebanyakkan darinya ialah komen lucah yang membuatkan Ryan sakit hati.

Dia terus memblock semuanya. Dia benci bila lihat ada lelaki cuba mendapatkan perhatian dari Hani. Dia ingat lagi dulu tika dia dan Hani keluar ada orang mengekori mereka. Lelaki itu telah lama memerhatikan Hani. Disebabkan lelaki itu Hani tiba-tiba trauma. Ryan tak duduk diam. Dia terus hubungi polis dan lelaki itu dimasukkan ke dalam penjara kerana mempunyai pengarug dadah yang kuat. Mujurlah Ryan bertindak cepat sebelum ada benda yang terjadi pada Hani ketika itu.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now