BAB 78

3K 101 8
                                    

I'm so sorry sebab dah lama tak update. Sepatutnya nak update jumaat minggu lepas but mama which is my nenek. We call her as 'mama' just passed away  2 weeks ago, subuh jumaat. Selama 10+ day ni memang tak ada apa2 niat pun nak update bab baru. Author tunggu lepas 10 hari baru update.

It's not easy for me and my family. Ya Allah kuatkan iman hambamu ini. Saya dah penat asyik nangis sahaja. And hopefully korang boleh tolong sedekahkan al-fatihah (dibaca) buat arwah nenek saya yang baru sahaja meninggal dunia pada 20 Ogos lepas.

And also author nak minta maaf awal2 kalau tak ter reply comments korang ya?  But insyaallah author akan try reply secepat mungkin. Author ni selalu juga online but sometimes tak sempat pun nak baca comments2 korang. Tak sempat pun nak baca. And minta maaf sekali lagi kalau ada yang author tak sempat reply komen dia.

Apapun seperti yang dijanjikan author tunaikan permintaan korang walaupun terlambat sedikit. Dan seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Author tak tahu bila dapat continue update but insyaallah selepas 40 hari ni author akan kembali update cerita ni but buat sementara waktu ni maybe akan update every 10 day lah. Semoga korang faham ya.












Flashback a few years before they get married. Which is on Hani's 15th birthday party......

   


      RYAN kelihatan tergesa-gesa menuruni anak tangga rumah keluarganya itu apabila dia ditegur oleh Datin Fauzian. "Kamu nak ke mana ni Ryan? Tergesa-gesa je mama tengok." Datin Fauzian bertanya.

"Nak pergi rumah Wan ma." Jawabnya sambil menghampiri mamanya itu. "Buat apa? Hujung minggu tak boleh ke kamu duduk rumah diam-diam? Asyik nak merayap je pergi rumah Ikhwan tu. Mama tahu lah adik dia tu lawa. Mama tahu lah ada anak dara dalam rumah tu. Tapi tak boleh ke kalau sehari tak jumpa?" Datin Fauzian bertanya.

Bukan dia mahu menghalang anaknya itu tapi tak manis lah jiran di sana bila melihat anak terunanya asyik keluar masuk rumah Ikhwan. Lebih-lebih lagi bila ada anak dara di dalan rumah itu. Nanti timbul pula suara-suara yang tidak menyedapkan hati.

Dia takut pula muncul fitnah-fitnah. Bukan sahaja keluarga Ikhwan malu, keluarganya juga turut malu juga jika ada khabar angin tentang Ryan dan Hani, adik kepada Ikhwan.

"Mama jangan risau lah. Bukan Ryan sorang je datang. Harini birthday Hani. Keluarga dia yang ajak datang ma. Ada kenduri sikit dorang buat. Tak lama lagi kan dia nak pmr ( dahulu, kini digelar pt3 ) ." Ryan memberitahu.

"Oh ya? Birthday adik Ikhwan tu? Kejap lah mama nak kirim hadiah ni." Ujar Datin Fauzian. "Tak perlu lah ma. Ryan pun tak bawa. Lagipun adik dia awal-awal lagi dah pesan supaya tak bagi hadiah." Hani memang tidak suka menerima hadiah daripada sesiapa. Cukuplah mereka mendoakan kesihatan dirinya.

"Biarlah. Mama nak bagi juga. Kejap ya. Mama nak balut." Datin Fauzian baru balik dari Jakarta kelmarin dan kebetulan dia ada beli tudung. Siap letak dalam kotak lagi.

Ryan sekadar menjulingkan matanya ke atas sahaja. Susah mahu menghalang mamanya itu. Nanti dihalang dia pula yang kena. Jadi biarkan sahaja lah mamanya itu.

"Ok lah Ryan gerak dulu." Dari tadi lagi Ikhwan bertanya keberadaan dirinya. "Hah pergi lah. Hati-hati bawa kereta tu." Pesan Datin Fauzian. Ryan mengangguk sahaja lalu bersalam dengan mamanya sebelum dia melangkah pergi.

Apabila dia sampai di sana, kelihatan Hani sedang berbual-bual bersama kawan-kawannya di luar rumah. Dia terus melangkah turun dari keretanya sambil membawa hadiah yang dikirim oleh mamanya itu.

Kakinya terus melangkah menghampiri Hani. "Hani nah." Kotak itu diberi pada si gadis. Hani mengerutkan dahinya memandang kotak itu. "Buat apa ni abang?" Dia bertanya. "Mama yang bagi. Ambik lah." Katanya sebelum melangkah pergi ke arah kawan-kawannya.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now