Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 65 votes diperlukan untuk buka bab 61.
RYAN merenung wajah anak perempuannya itu. Tangannya ditongkat untuk menahan badannya dari jatuh. Setiap inci wajah anaknya itu dipandang. "Betullah orang kata. Muka dia sebiji macam aku." Omelnya perlahan. Sejak Hani balik dari hospital ramai sanak saudara isterinya itu datang melawatnya. Ramai yang mengatakan bahawa bayi perempuannya itu seiras wajahnya dan bukan wajah isterinya.
Dia kemudian menoleh memandang pintu bilik yang dikuak dari luar itu. Kelihatan Hani masuk ke dalam. Baru selesai mandi. "Babies tak ada nangis ke?" Hani bertanya. "Tak de Yang. Senyap je budak berdua ni." Beritahu Ryan sambil matanya memerhati Hani yang berjalan menuju ke almari baju itu. Baru 4 hari beranak sudah tidak perlukan Ryan lagi untuk memimpinnya. Sakit tu memanglah tapi Hani kena biasakan dirinya.
"Abang boleh tak keluar kejap? Saya nak pakai baju." Pinta Hani. "Kenapa pula? Pakailah depan Abang macam tak biasa." Selamba sahaja Ryan membalas sambil anak matanya meliar melihat segenap tubuh Hani yang hanya berbalut tuala itu.
Hani kemudian merengek kecil. "Abang please saya nak pakai baju ni." Rayu Hani. Ryan terus turun dari katil lalu menghampiri Hani. "Pakai je lah. Bukannya Abang tak pernah nampak kan?" Terus pipi Hani berubah merah. Ryan sudah tertawa kecil. "Abang gurau je lah my love. Abang keluar kejap ya." Dicium pipi si isteri sebelum dia melangkah keluar.
"Hani mana?" Ryan disoal apabila dia melangkah keluar dari bilik. "Kat dalam. Tengah pakai baju. Kenapa ibu?" Ryan bertanya. "Tak de tanya je. Nanti bagi dia makan tau. Budak tu dari pagi tak makan lagi." Ujar Hajah Rudiah. Dari pagi lagi Hani tak makan lagi sebab katanya perut sakit.
Ryan angguk sahaja dan masuk semula ke dalam bilik. Matanya terus dihiasi dengan Hani yang sedang menyusukan anak lelaki mereka. Nama diberi Aryan Haziq. Bayi perempuan pula Aryana Haziqah. Dia dah urus daftar kelahiran anak-anaknya itu.
Lepas sahaja balik dari hospital 2 hari yang lalu dia terus ke jabatan pendaftaran negara untuk mendaftarkan kelahiran anak kembarnya itu. Syukurlah sudah selesai. Tunggu majlis cukur jambul lagi. Dia cadang nak buat bila masuk 7 hari. Ataupun bila tali pusat sudah jatuh.
Ryan terus menghampiri Hani yang sedang duduk bersandar di katil sambil menyusukan anak mereka itu. "Sayang kenapa tak makan lagi? Ibu kata dari pagi tak makan." Dia bertanya.
"Tak de selera lah nak makan." Beritahu Hani. "Sayang tu kan tengah pantang kan. Makan lah. Nanti tak de tenaga pula. Twins pun menyusu lagi." Nasihatnya. Hani angguk sahaja.
"Tak pe lah. Abang turun ambilkan makanan. Makan tau." Ujarnya. Hani angguk sahaja dan dia memandang sahaja suaminya yang bergerak turun semula dari katil itu.
Ryan memang amat menitikberatkan kesihatan Hani. Lebih-lebih lagi bila Hani tengah berpantang. Semua makanan berpantang Hani dimasak oleh Hajah Rudiah sebab Hani tak boleh makan sesuka hati. Ryan pun ada lah juga tolong.
Dia terus ambil resepi untuk menu berpantang. Nanti bila dah ada anak lagi bolehlah dia pula sediakan makanan berpantang buat Hani. Tak perlulah susah payah menyuruh ibu mentuanya buatkan.
Tidak lama kemudian Ryan datang semula bersama dulang berisi makanan milik Hani. "Sayang duduk je. Biar Abang suap. Nanti Aryan terbangun pula." Ada juga nanti budak tu melalak menangis macam semalam. Terpaksa berjaga sampai pukul 3 subuh sebab Aryan tak nak tidur.
MISHA menggigit bibir bawahnya itu sehingga keluar darah bila dia melihat post terbaru milik Ryan di laman instagram milik lelaki itu. Walaupun hakikatnya Razali merupakan bekas suaminya dia lebih memandang Ryan berbanding lelaki itu.
Darahnya menyirap naik bila melihat wajah Hani yang dihiasi dengan senyuman pada post lelaki itu. 'Thanks dear'. Mata Misha merenung tajam hadiah yang kelihatan jelas di post milik Ryan. Gelang emas yang dipakai oleh Hani ini masih kelihatan baru dan dia yakin Ryan baru sahaja memberi wanita itu.
"Sepatutnya aku yang dapat bukan kau perempuan." Dia berkata seorang diri. Tidak dihiraukan makciknya yang sedang menoleh memandang dirinya itu.
"Kamu ni tak habis-habis dan dengki dengan perempuan tu. Apa masalah dia dekat kamu sampai kamu dengki sangat ni Sha?" Makciknya bertanya. "Dia rampas Ryan dari Sha. Ryan Sha punya." Suka hati dia je nak mengaku lelaki itu sebagai haknya. "Kamu dah gila ke? Ryan tu kan bekas adik ipar kamu." Ujar makciknya. Dia hairan dengan perangai anak buahnya yang seorang ini. Beria nak dengki dekat Hani. Walhal Syaza yang berkahwin dengan Razali dan bukannya Hani.
Syaza tidak pula dia ambil kisah. Wanita yang bergelar isteri kepada bekas adik iparnya pula dia beria nak benci. Padahal selama ini Hani tak pernah pun cari pasal dekatnya. Malah dia telah memaafkan Misha kerana Misha punca dia keguguran dulu.
Misha diam sahaja. Dia kemudian menjeling makciknya itu lalu melangkah masuk ke dalam biliknya. Kes dia dengan pakciknya sudah lama selesai. Pakciknya itu dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun sahaja kerana dia cuma didapati bersalah mendera Misha. Tapi tidak atas tuduhan merogol Misha kerana Misha menipu. Katanya dia dirogol oleh pakciknya sebenarnya tidak.
Tambahlah dia dibenci oleh keluarganya. Malah hanya makciknya sahaja yang sudi tumpangkan dia tinggal. Itu pun malas juga nak cari kerja. Duduk rumah dia tahu habiskan makanan sahaja. Tak pernah pun kerja. Makcik dia sabar sahaja. Itu pun sabar ada tahap. Kalau dah tak boleh nak bersabar memang dia halau lah Misha keluar dari rumahnya.
Hanya kerana sepupu Misha dah tak tinggal bersamanya bukan bermakna Misha boleh tinggal di sana buat selamanya. Misha pun 25 tahun. Sepatutnya boleh sara hidup sendiri dan bukannya harapkan duit orang lain.
Sementara itu pula berita mengenai kelahiran cahaya mata Hani dan Ryan sampai ke telinga pekerja suaminya itu. Cepat sahaja berita tersebar kerana laman sosial. Tapi bukankah Islam lebih menggalakkan umatnya untuk menyampaikan khabar berita mengenai kelahiran umatnya berbanding berita kehamilan seseorang. Sebaliknya rahsiakan kehamilan dan gemparkan berita kelahiran cahaya mata.
Hani ada juga memaklumkan mengenai kehamilannya di dalam sosial. Tapi tidaklah dia tunjuk gambar ultrasound anak kembarnya. Biarlah dia dan suaminya sahaja yang tahu. Lebih baik disimpan sebagai kenangan.
Janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ Justeru, tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran. Dikhuatiri akan mengundang fitnah seperti aib dan sangkaan-sangkaan manusia. Walaubagaimanapun, gambar foto bukanlah seperti aurat fizikal yang haram dilihat secara langsung, melainkan membawa kepada syahwat dan fitnah.
Begitu juga organ dalaman manusia seperti hati, jantung dan rahim bukanlah dalam kategori aurat kerana demikian bukanlah makna perhiasan berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW dan para sahabat.
Serta dalam ajaran agama Islam juga seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi baharunya. Namun begitu, tidak banyak perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal.
Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam sejahtera anak lelaki.Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan.
Mestilah gembira kan bila telah menimang cahaya mata sendiri. Apatah lagi bila menanti kelahiran cahaya mata buat pasangan yang sudah bertahun-tahun menunggu. Tak salah. Asalkan tidak melanggar hukum.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...