Salam ramadan kedua. Macam mana first puasa ok? Author ok je. By the way jangan lupa untuk tekan vote and share tau dekat kawan-kawan. Harini nak suggest lagu apa lagi ya? Jap fikir dulu. Ok lah dah dapat. Kalau sudi dengarlah lagu yang author suggestkan di atas ini ya. Why not kan suggest lagu zaman budak2 dulu . Have fun semua.
"ABANG nak makan apa tengah hari ni?" Hani bertanya Ryan yang sedang menaip sesuatu di atas laptopnya. "Ayam kicap boleh?" Ryan bertanya. "Boleh je. Nanti saya masak. Nak cari kucing tu lagi." Dia bawa kucing peliharaannya yang bernama Nini itu bersamanya. Sekurang-kurangnya tidaklah dia bosan di rumah. Ada juga kucing kawannya bermain. Hani mencapai tudungnya lalu melangkah ke luar untuk mencari kucingnya.
Ketika itu Zarif sedang membasuh keretanya apabila terdengar suara Hani memanggil kucingnya. Zul segera menoleh memandang rumah sebelahnya. Alangkah dia terkejut bila melihat seorang wanita cantik melangkah keluar dari rumah berkenaan.
'Ni ke jiran baru mak kata? Cantik.' Pujinya kemudian dia berfikir nak menegur Hani. "Tengah cari kucing je?" Dia bertanya. "Ha'ah. Kucing warna kuning. Ada rantai merah." Hani memberitahu. "Oh kucing tu. Yang gemuk-gemuk tu. Ada kat sini tadi." Jawab Zarif. "Oh ya ka?" Soal Hani. Zul mengangguk.
"Nanti saya ambik. Ada kot kat dalam tu." Beritahu Zarif lalu melangkah masuk. Sebelum kakinya melangkah masuk dia terdengar suara Hani memanggil seseorang. Mungkin laki dia. Teka Zarif.
"Abang Nini ada kat sebelah. Tolong ambilkan." Hani memanggil suaminya. "Rumah sebelah? Ngorat kucing sana ke?" Soal Ryan. Hani angkat bahu sahaja. "Saya nak masak ni. Tolong ambilkan ya." Ujarnya lalu melangkah ke dapur. "Hmm ye lah."
Zul tersenyum-senyum sambil mendukung Nini. Dia berdiri di hadapan pintu pagar rumah jiranya itu sambil memberi salam. Senyumannya mati apabila yang keluar bukanlah Hani tapi Ryan. Dia berharap Hani yang keluar tapi sekalinya encik suami yang keluar.
Ryan memandang tajam lelaki yang sedang mendukung kucing milik isterinya itu. "Sayang tu Nini." Dia memanggil isterinya. Tidak lama kemudian Hani keluar. Zul kembali tersenyum. Ryan perasan akan semua itu. 'Ada hati nak ngorat bini aku.' Katanya di dalam hati.
Hani baru sahaja nak melangkah keluar tapi dihalang olehnya. "Tak pa. Abang nak juga lah berbual dengan jiran kita ni. Sayang masuklah dalam. Nanti Abang bawak Nini." Ujarnya. Hani angguk sahaja lalu masuk ke dalam rumah semula.
"Jangan pandang bini aku macam tu lagi." Ryan menegur setelah dia berdiri di hadapan lelaki itu. "Pandang? Pandang macam mana?" Sengaja Zul tidak memahami. "Dia tu bini aku. Kau tu orang lain. Tak elok pandang dia macam tu. Aku ni lelaki jadi aku faham lah maksud pandangan kau tu. Kalau kau ada niat nak ngorat dia sila lupakan saja." Ryan memberi amaran. Namun Zul sengih sahaja.
"Kalau aku tak mahu?" Zul cuba menyakitkan hati lelaki itu. Tangan Ryan sudah mahu naik menumbuk lelaki itu. "Sabar lah. Aku gurau je. Tak kan aku nak ngorat bini orang pula kan? Chill lah brother." Katanya.
"Oh ya by the way malam-malam tu perlahan lah sikit ya. Tak elok jiran lain dengar." Ujar Zul lalu melepaskan Nini. Kucing betina itu lantas berjalan masuk ke dalam rumah.
"ABANG ni tak baik tau buruk sangka." Kata Hani setelah suaminya menceritakan semula. "Apa pula tak baik. Habis dia tenung Sayang tu baiklah? Cara dia bercakap dengan Sayang tu Abang faham. Tu cara lelaki nak ngorat perempuan." Kata Ryan.
"Abang ni jangan lah risau. Buat apa juga saya nak layan lelaki lain." Kata Hani untuk melegakan hati suaminya itu. Dia bukan jenis layan lelaki sesuka hati. "Daripada Abang fikir pasal dia baik Abang makan. Saya dah siap masak tu." Hani memberitahu.
Ryan menoleh memandang isterinya. "Hmm ye lah. Jom makan. Petang nanti kita keluar." Katanya. "Keluar? Pi mana?" Hani bertanya. "Kalau cakap je pasal keluar bukan kemain lagi dia laju. Kita keluar jumpa kawan Abang yang Abang cakap pensyarah tu lah." Ujar Ryan. Hani 'oh' sahaja.
"Macam mana Abang boleh kenal dia? Bukan Abang ambik bidang bisnes ke masa dekat u dulu?" Tanya Hani. Hairan juga macam mana suaminya boleh kenal pensyarah dekat Johor ni. "Kamu dulu satu matriks. Dua-dua nak ambik engineer tapi bila dah nak degree tu Abang tukar ambik jurusan perniagaan sebab papa. Dia pula sambung nak jadi pensyarah bidang tu." Beritahu Ryan. Hani angguk sahaja dan sambung makan.
Ryan memerhati sahaja Zul yang kelihatan hendak menghendap isterinya. "Tengok apa tu.?" Tegurnya membuatkan bahu Zul terhinjut. Zul senyum sahaja lalu menggeleng kepala. Dia sambung semula main gamenya. Kata polis tapi macam bukan polis je. Desis Ryan di dalam hatinya.
"Abang jom." Kata Hani. Ryan angguk sahaja sebelum dia masuk ke dalam kereta. Zul pula sekadar memerhati sahaja. "Kenapa lah aku ni gila sangat nak usha bini orang. Ish." Omelnya sambil memerhatikan sahaja kereta lelaki itu keluar dari kawasan rumahnya.
"Eh jap. Kenapa aku tak pernah lagi tengok laki dia tu kerja? Sewa rumah kan mahal? Macam mana dia nak bayar?" Soal Zul. Memang sewa rumah di kawasan perumahan itu mahal. Zul dan keluarganya dapat menyewa disitu sebab arwah bapanya dulu bekas tentera dan duit pencen arwah bapanya itu digunakan untuk membayar sewa rumah mereka. Itu pun rumah biasa. Apatah lagi rumah sewa tempat Ryan dan Hani tinggal. Rumah 2 tingkat. Sewanya lebih mahal.
Mereka tak terus berjumpa dengan kawan suaminya itu kerana Hani ajak singgah nak beli aiskrim katanya. Ryan pun layan sahaja permintaan isterinya. Bukan selalu pun. Setelah itu barulah mereka berjumpa dengan kawan yang dimaksudkan oleh suaminya itu.
"Sayang kenalkan ni kawan Abang. Syahmi namanya." Ryan memperkenalkan. Hani senyum sahaja memandang lelaki itu. "Jadi ni lah bini kau? Tahniah Is. Sorrylah masa korang nikah dulu aku tak dapat datang. Sibuk kan masa tu tengah exam." Beritahu Syahmi. Dia memanggil Ryan 'Is' kerana ketika Ryan memperkenalkan namanya dia menyebut 'Iskandar' sahaja tanpa nama depannya. Sebab itu lah sampai kini Syahmi memanggilnya 'Is'.
"Jadi aku minta tolong dekat kau nanti tolong tengok-tengok kan bini aku dekat u tu. Kalau ada budak laki nak ngorat dia kau tumbuk je terus." Kata Ryan. "Kau ni takut sangat lah. Korang duduk serumah juga. Bukannya bini kau ni duduk hostel pun. Rilek lah. Minta jaga macamlah kau nak pergi je." Syahmi tertawa kecil.
Dia kemudian memandang Hani sebelum memandang Syahmi semula. "Aku dah kena balik KL minggu depan. Aku kan kerja sana. Jadi susahlah aku nak tengok bini aku tak sini. Ada kau lega sikit hati aku. Ada orang tolong tengok-tengokkan Hani ni memandangkan aku kat KL." Dia memberitahu. "Eh jap. Kau tak duduk sini? Habis Hani je duduk sini?" Ryan menangguk. "Bulan 6 baru aku dapat pindah sini dekat cawangan syarikat bapa aku di Johor ni. Jadi selama 2 bulan ni aku ulang-alik KL- Johor lah tiap minggu." Dia memberitahu.
"Ok lah kalau macam tu. Aku tengok-tengokkan Hani ni. Tapi kau bagitahu girlfriend aku tau. Nanti dia fikir lain takut juga aku dia serang Hani ni." Ujar Syahmi sebab kekasihnya itu jenis yang kuat cemburu. "Nantilah aku bagitahu dia. Dia punya rumah tak jauh pun dengan rumah sewa aku tu. 2 blok je tak silap aku. Nanti kau bagi nombor telefon dia." Syahmi angguk sahaja.
Kemudian Syahmi bertanya macam mana Ryan dan Hani boleh kenal. Lepastu bila Ryan ceritakan dia terkejut apabila mendapat tahu Hani tu merupakan adik kepada kawan baiknya.
"Wah kau ya. Pandai ambik kesempatan." Usik Syahmi. Ryan ketika itu sengih sahaja manakala Hani senyum sahaja.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...