Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote. Kali ini nak promote lagu english lagi. Lagu Ariana Grande pula.
HANI sekadar memerhati sahaja mereka yang sedang memasang pelaminnya yang berada di luar rumah. Di dalam pula untuk majlis nikahnya esok. "Macam mana cik? Ok?" Tanya pemilik tempat dia menyewa pelamin itu. "Cantik. Nanti lampu belakang tu boleh pasang ke?" Hani bertanya. "Boleh cik. Warna dia ungu macam yang cik mahukan. Cik nak tengok?" Hani menangguk.
"Lawa." Katanya setelah lampu di belakang itu dipasang. Dia lantas mengambil gambar dan dihantar kepada Ryan kerana lelaki itu yang membayar untuk pelaminnya. "Hani mari sini lukis inai dekat tangan kau." Kata Denisha. Hani angguk sahajaj dan meminta diri.
Denisha terus membuka telefonnya lalu menunjukkan beberapa gambar. "Hah kau pilih lah. Mana kau rasa kau suka." Ujar Denisha. "Alah buat yang simple je lah." Ujar Hani. "Kenapa? Kau takut family dia cakap pasal kau ke?" Tanya Denisha.
"Eh tak lah. Family dia ok dengan aku." Jawab Hani. Dia ingat lagi ketika dia datang ke rumah keluarga tunangnya itu. Ketika itu ramai saudara dan keluarga Ryan. Pada mulanya dia takut mereka tidak menerimanya tapi alhamdulillah semua bersetuju dengan pilihan Ryan. Malah dia dipuji oleh makcik kepada lelaki itu.
"Cantik. Comel pula tu. Mesti anak korang comel-comel kan nanti." Kata Aunty Sara ketika dia bertemu dengan Hani tempoh hari. Siap cubit lagi pipinya. Hani ketika itu senyum sahaja. Dia bersyukur tiada sesiapa menghalang perkahwinan mereka kecuali Balqis, sepupu kepada Ryan. Gadis itu nampak tidak suka dekat Hani. Malahan sengaja nak duduk rapat dengan Ryan pada ketika itu.
"Tengah termenung apa tu? Letak tangan kau. Aku nak lukis." Kata Denisha. Hani terus meletak tangannya di atas meja. "Jangan gerak tau nanti buruk." Denisha memberitahu lagi. "Hmm ye lah." Hani pilih lukisan yang paling simple tapi last-last Denisha sendiri yang pilih. Apa guna dia pilih tadi kalah Denisha juga pilih. Tak guna pun gadis itu menunjukkan contoh lukisan inai tadi.
"KAMU dah bersedia?" Dato Aziz bertanya. "Insyaallah dah papa. Cuma ni hah nervous sikit." Balas Ryan. Siapa je tak gementar kan? Sudahlah dia yang bakal melafazkan akad nikah berkenaan. Bukannya perempuan. Kalau salah sebut nanti boleh jadi bahan ketawa tau.
"Insyaallah kamu boleh tu. Nanti kalau dah nak cakap tu bertenang. Jangan nak kalut. Kalut tu lah sebab orang boleh salah sebut." Dato Aziz memberitahu. "Nama sebenar Hani kamu ingat?" Ryan ditanya lagi.
"Ingat pa. Izzah Hanani binti Haji Haris." Nama tu lah yang dia asyik sebut sahaja supaya dia tak salah sebut nanti. "Kalau dah ingat. Boleh dah tu. Ingat jangan kalut." Ryan sekadar menangguk. Tidak lama kemudian Datin Fauzian pula memanggilnya naik ke atas.
Dengan langkah yang malas dia melangkah naik ke tingkat atas. "Kenapa mama?" Dia bertanya. Dilihatnya Datin Fauzian yang sedang sibuk menghias biliknya. Katanya nak ambil aura pengantin.
"Cantik tak?" Datin Fauzian bertanya. Dia memang suka menghias bilik. Tapi tak nak pula jadi pereka hiasan rumah. Katanya sebagai hobi sahaja. Pada waktu lapang pula dia suka menggubah bunga. "Cantik. Tapi asal nak berkelambu bagai?" Tanya Ryan.
"Alah kamu ni macam tak faham je." Datin Fauzian sudah tersenyum. "Mama ni kan. Lepas kitorang kahwin kan Hani dah nak pindah Johor. Mana lah dia duduk lama dekat sini." Katanya.
Muka mamanya kelihatan terkejut. "Hani dah kena pindah Johor ke? Bila?" Dia bertanya. Dia tahu 2 minggu yang lalu gadis itu menghadiri sesi temuduga. Jika Hani pindah ke Johor maknanya dia nak sambung degree di sana lah tu.
"Lagi 3 minggu ma. Tak banyak tu masa. Minggu ni je sibuk urus kahwin. Minggu depan pula pi honeymoon. Seminggu je dia ada free." Katanya. "Tapi Hani duduk sini kan sekejap?" Ryan mengangkat bahunya. Memang lah isteri sepatutnya duduk di rumah suami dan jika suami tak pindah maka tinggal dengan mentua lah. Tapi kalau Hani dia tak tahu pula sama ada duduk di sini atau rumah keluarga gadis itu.
"Nantilah Ryan tanya dia." Ujar Ryan. "Tanya tau. Jangan tak tanya. Mama dan excited ni nak masak untuk Hani." Ketika menyambut Misha masuk ke dalam keluarga mereka tidak pula dia excited seperti ini. Entah kenapa bila Hani yang nak masuk dia pula yang terlalu teruja. Mungkin kerana gadis itu sudah lama mengenali anaknya.
Setelah itu Ryan turun semula ke bawah. Dia lihat adiknya baru balik. Tadi Rania keluar. "Dari mana?" Ryan bertanya. "Beli kek. Birthday abang kan." Balasnya. "Eh harini ke?" Bila sudah sibuk sampai hari lahir sendiri pun dia boleh lupa. "Abang lupa?" Ryan tersengih.
"Orang sibuk lah nak urus pasal kahwin." Ryan memberi alasan. Dia menghampiri adiknya yang sedang meletak kek tersebut di atas meja. "Siapa beli? Kau?" Rania geleng kepala.
"Hani yang beli tau. Tapi dia tak dapat datang sebab di sana pun dia sibuk." Rania memberitahu. Hani menghubunginya tadi suruh beli kek untuk Ryan. Nak sahaja dia datang sambut dengan lelaki itu tapi dilarang oleh abahnya kerana banyak benda yang dia kena urus di sana.
Ryan kemudian segera menghubungi gadis itu. "Sayang. You belikan kek ni?" Dia bertanya. Ya kini tidak lagi dia memanggil 'kau-aku' dengan gadis itu. "Ye lah. Kenapa?" Tanya Hani. Dia terpaksa pasang loud speaker sebab kedua belah tangannya telah dilukiskan inai. Tengah menunggu inai kering.
Denisha yang memasang telinga sengih sahaja mendengar perbualan bakal pengantin tersebut. Setelah itu dia bangun dan pergi. Tak nak lah dengar sampai habis perbualan Hani dengan bakal suaminya itu.
"Kenapa belikan?" Ryan bertanya. "Salah ke? Ni hari lahir Abang kan." Hani membalas. "Ye memang tak salah Sayang. But tak perlu lah susah-susah nak belikan kek. Esok kan makan kek juga." Sebab majlis belah Hani nanti ada potong kek. "Kalau Abang tak nak pulangkan lah dekat kedai." Ujar Hani.
"Eh dia ni nak merajuk pula. Hmm ye lah nanti Abang potong. Tu tengah buat apa?" Ryan bertanya. "Tengah tunggu ni inai kering." Balas Hani. Sesekali Hani memandang ke arah pelaminnya yang masih dalam proses pemasangan. "Lukis inai juga ke? Kata tak nak haritu." Dia ingat lagi hari itu Hani ada cakap yang dia tak nak tangannya ada inai. Tapi akhirnya dia buat juga.
"Saya dipaksa." Ujar Hani. "Eh Abang tak cakap pun tak boleh. Lama juga mereka berdua berbual sebab banyak benda yang Ryan tanya. Hani pun jawab sahaja. "Saya letak dulu nak cuci inai ni." Hani memberitahu. Setelah itu barulah Ryan memotong kek berkenaan. Itu pun sebab Rania dari tadi asyik memandang abangnya.
"Buuu dah tua. Buuu dah 25 buuu." Rania sempat lagi mengejek. "At least aku dah nak kahwin. Kau tu belum kahwin buuu. Perempuan lagi muda dari kau pula dah nak kahwin." Ryan pun tak nak kalah. Nak juga mengejek adiknya. Yang lain pula sekadar tersenyum sahaja melihat dua beradik itu.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Lãng mạn[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...