BAB 86

3K 110 2
                                    

Welcome back to another chapter <3 seperti biasa kalau sudi tekanlah vote sekali ya. 75 votes sahaja diperlukan untuk buka bab 87. Thank you sudi support and have fun guys <3333



       SEMPAT lagi Ryan mengusik Ikhwan yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya itu. 2 bulan yang lalu  Ikhwan memutuskan untuk bertunang dengan Marlina dan kini telahpun bergelar suami kepada doktor Marlina. Jika kelmarin merupakan majlis akad nikah dan majlis resepsi bagi pihak pengantin perempuan, harini pula majlis resepsi bagi pihak pengantin lelaki.

"Ni sorang lagi rare tau. Lagi hebat dari kau Ryan. Kalau kau kahwin dengan adik kawan baik sendiri, abang ipar kau ni pula kahwin dengan doktor yang rawat bini kau. Hebat ya keluarga kau ni Ikhwan." Sempat lagi Zidan mengusik Ikhwan. 

Ryan tertawa sahaja. "Dulu masa aku kahwin kau seronok ya usik aku. Sekarang ni turn aku pula usik kau." Ujar Ryan. Memang dia tunggu-tunggu detik ini. Memang berdendam betul Ryan pada Ikhwan.

Yang lain sekadar tertawa sahaja. Ikhwan akan bersanding dalam jam 2 petang nanti. Sekarang baru jam 10 pagi. Tetamu pun belum datang. Hanya ahli keluarga dan gengnya sahaja yang datang. Tetamu akan datang dalam jam 12 tengah hari nanti.

"And lagi satu  bilik kau tu sebelah je dengan bilik bini aku  jadi aku mohon tolonglah jangan nak keluarkan bunyi yang pelik-pelik ya. Anak-anak dengan bini aku nak tidur." Ujar Ryan. Terus Ikhwan mahu memukul Ryan. Tapi Ryan sempat mengelak.

"Jangan wei. Anak aku tengah tidur ni. Kang dia terjaga meraung pula dia menangis. Nanti dia nangis kau pujuk ya. Aku tak nak. Sebab bukan salah aku." Ujar Ryan. Dia kemudian tunduk memandang Arina yang nyenyak sahaja dalam dukungannya. Nyenyak sahaja Arina tidur sambil tangannya menggenggam jari milik papanya itu.

"Ya Allah aku hampir lupa lah pasal anak buah aku yang sorang ni." Ujar Ikhwan. Kemudian Airil terniat hendak mengusik Ryan pula. "Bini kau dah habis pantang kan?" Dia bertanya.

Ryan angguk sahaja. Matanya masih lagi memandang Arina. "Kau tak nak tambah lagi sorang ke? Dah habis pantang tu. Dah boleh tu." Terus Ryan memandang Airil. Belum pun sempat dia berbuat apa-apa, Ikhwan terlebih dahulu mengetuk kepala Airil menggunakan cawan.

"Mulut kau tu. Bagi lah adik aku rehat. Ingat dia kilang lahirkan anak ke. Kau pun sama Ryan. Jangan nak terniat buat adik aku mengandung lagi dalam masa terdekat ni." Ujarnya. Little them doesn't know that take a long time for Hani to get pregnant again.

"Aku tahu lah. Aku pun tak nak lah tambah anak buat sementara waktu ni. Anak-anak aku semua masih kecil lagi tau. Kesian lah wife aku." Ujarnya. Dia dah pun berbincang dengan Hani mengenai hal ini.

Afiq kemudian tersengih. "Ye lah tu. Entah-entah tak lama lagi aku dengarkan berita bini kau mengandung lagi. Kau ni bukan boleh percaya sangat. Lepas kahwin kau punya naf-" Tidak sempat dia menghabiskan ayatnya apabila Hani berdiri di belakang abangnya.

Ryan sudah tersengih. "Korang ni macam tak ada benda lah nak dibincangkan. Mengarut je." Ujar Hani. Afiq tersengih sahaja lalu meminta maaf.

"Abang bagi Arina dekat saya. Nak baringkan dia dekat bilik" Beritahu Hani. Ryan angguk sahaja lalu dia berdiri. Diserahkan Arina pada isterinya. Terus si kecil itu terbangun bila mendengar suara mamanya. Lalu dia tersenyum  suka apabila melihat wajah mamanya.

Hani tersenyum sahaja sebelum dia mencium pipi anaknya itu. "Abang saya masuk dalam. Kalau twins cari bagitahu je saya dalam bilik ya." Ryan angguk sahaja. Dia sekadar memerhati sahaja isterinya berjalan masuk ke dalam rumah.

Bibirnya menyenget membentuk sengihan di hujung bibirnya. "Kau fikir apa tu gila." Terus Ikhwan menegur. "Eh mana ada lah." Tipu Ryan. Entah apa yang dia fikir dalam kepalanya itu.

             HANI dan doktor Marlina sekadar menjadi penonton sahaja apabila Ikhwan dan Ryan yang dari tadi tidak selesai menyanyi lagi. Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Majlis pun dah selesai. Cuma tinggal beberapa orang sanak saudara sahaja. Semua pun dah bersih. Hanya beberapa orang keluarga Hani dari Kelantan sahaja yang tidur di rumah berkenaan.

"Abang saya naik dulu lah. Akak, saya naik dulu ya." Hani memberitahu. Risau juga akan anaknya di dalam bilik itu. Doktor Marlina mengangguk sahaja.

Bila nampak Hani naik ke atas Ryan terus berhenti. "Dah lah aku penat. Nak naik atas." Ryan memberitahu. "Eh masih awal lah. Tak kan kau tak boleh sabar." Sepatutnya ayat itu keluar dari mulut Ryan dan bukannya dari si pengantin lelaki. "Ah biarlah. Aku belum mandi lagi ni." Dari petang lagi dia tak mandi. Terlalu sibuk kan. Padahal dia duduk bersembang sahaja dengan kawan-kawannya.

"By the way kalau nak tips tanya je dekat aku ya. Tapi bukan malam ni lah. Aku mengantuk." Sempat lagi Ryan mengusik sebelum dia naik ke atas.

Wajah doktor Marlina terus berubah kemerah-merahan. Ikhwan pula sudah tersengih sebelum memandang si isteri. Yeay dah tak single.

Sementara itu pula bila Ryan melangkah masuk ke dalam bilik dia hairan apabila melihat anak kembarnya yang nyenyak tidur di atas katil itu. "Eh Sayang. Bukan budak berdua tu nak tidur dengan abah ke?" Dia bertanya. "Dorang tak nak. Nak tidur dengan kita." Hani membalas.

"Ganggu je lah. Baru nak-" Mata Hani tajam menikam anak mata suaminya. "Jangan nak fikir tu je. Dah pergi mandi sana. Dari petang tak mandi." Ujar Hani. "Memang nak mandi lah ni." Jawab Ryan. Dia mengambil tuala di dalam almari sebelum melangkah keluar dari bilik isterinya itu.

Bila dia keluar dari bilik mandi berkenaan, dia terserempak dengan sepupu Hani. Ryan memberikan senyuman sahaja lalu berjalan ke bilik isterinya.

"Ya Allah hensemnya laki kau Hani." Ujar sepupunya itu. Mujurlah tidak didengari oleh Ryan.

Hani yang sedang menyusukan Arina segera menoleh ke arah suaminya yang baru masuk itu sebelum dia tunduk memandang Arina semula. "Esok kita kena balik rumah semula ya Sayang." Ryan memberitahu. "Kenapa pula?" Hani bertanya.

Abangnya itu baru sahaja kahwin. Tak kan esok mereka dah kena balik rumah mereka semula. "Abang kerja esok Sayang. Lagipun si Ikhwan tu kan nak pergi honeymoon." Tadi dia terdengarlah perbualan Ikhwan dengan Marlina petang tadi.

Hani sekadar mengangguk sahaja. Setelah siap berbaju barulah Ryan ke katil. Dia memandang sekejap dua beradik itu sebelum dia memandang isterinya. "Yang, tak boleh ke pindahkan budak berdua ni?" Dia bertanya. "Abang nak apa sebenarnya ni? Tak kan untuk satu malam tak tidur sebelah saya tak boleh." Ujar Hani.

Pelik sungguh suaminya ini. Tak bolehlah dia tidur jauh sikit dari Ryan. Mesti Ryan akan tarik dia semula untuk dekat dengan lelaki itu. "Sayang ni tak faham lah." Dia dah bagi hint pun.

"Tak faham apa?" Tanya Hani. "Abang nak tu lah." Ryan memberitahu. "Tak perlulah. Kita dekat rumah abah ni. Nanti anak-anak terjaga macam mana?" Kang tak pasal-pasal kantoi pula.

Tapi Ryan tetap memujuk sehingga akhirnya Hani bersetuju juga. Ryan pun apa lagi tersengih lah.

Hani terjaga dari tidurnya apabila terasa perutnya memulas. Dia segera bangun untuk ke tandas. "Abang tepilah. Orang nak pergi tandas ni." Dia nak ketepikan lengan suaminya tapi Ryan memeluk dia dengan erat. "Nak pergi mana Sayang? Abang penat lah." Ryan berkata dalam tidurnya. "Saya nak pergi tandas lah." Akhirnya bila Ryan lepaskan dia, lantas Hani ke tandas.

"Kenapa Sayang?" Ryan bertanya bila dia ternampak isterinya kelam-kabut mengambil sesuatu dari dalam laci. "Saya period lah Abang." Hani memberitahu sebelum dia ke tandas semula.

Ryan pun terus bangun lalu mengikuti Hani ke tandas. Bila Hani keluar dari tandas dia terkejut melihat wajah Ryan di hadapan pintu tandas. "Abang ni terkejut saya." Nasib tiada sakit jantung.

"Abang risau lah sebab Sayang kata Sayang period. Baru lagi ke?" Ryan bertanya. "Ha'ah baru lagi. Jangan risau lah. Jom lah sambung tidur semula." Ajak Hani.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now