Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. 60 votes diperlukan untuk bab 52 ♥️ thanks sudi support and have fun guys ♥️
HANI lantas memeluk suaminya yang baru balik itu. Ryan terkejut bila tiba-tiba dia dipeluk. Dia terus mengajak Hani masuk. Beg kerjanya diletakkan di atas meja lalu dia bertanya. "Kenapa Sayang?" Dia kemudian mengusap kepala isterinya lalu dikucup.
"Kenapa Abang tak angkat. Saya balik-balik call tau." Beritahu Hani. Dia risau ada sesuatu yang terjadi pada suaminya itu. "Oh pasal tu. Abang ada mesyuarat tadi. Lepastu telefon silent. Sorrylah tak angkat. Jadi kenapa Sayang call?" Soal Ryan. Hari ini dia sibuk sangat nak selesai kerjanya kerana tidak lama lagi Hani akan beranak.
Bila Hani dah beranak nanti dia minta cuti 1 bulan dari papanya sebab nak jaga Hani yang sedang berpantang ketika itu.
"Doktor suruh saya datang hospital esok." Beritahunya. "Buat apa? Bukan appointment Sayang dah pergi ke haritu?" Ryan bertanya sambil dia membuka satu per satu butang bajunya itu. "Ya memanglah dah pergi haritu. Tapi esok kena suruh datang balik. Ada benda nak bincang." Beritahu Hani.
Kemudian dia bertanya. "Abang sibuk tak esok?" Hani kemudian mendongak memandang wajah Ryan. "Ya Abang sibuk. Nak pergi Perak esok jumpa klien. Pastu petang ada mesyuarat. Sayang nak minta temankan ke?" Hani terus angguk.
"Tapi tak pa lah kalau Abang sibuk. Saya drive sendiri je lah." Ujarnya lalu menyandarkan kepalanya di dada suaminya. Ryan terus tersenyum hambar lalu mengusap perut Hani. "Sorrylah sebab tak dapat temankan. Abang janji masa Sayang beranak nanti Abang temankan dalam delivery room nanti lah." Kata Ryan lalu mengucup ubun-ubun isterinya.
"Sayang dah makan?" Hani terus geleng. "Saya tunggu Abang balik." Jawabnya. "Abang naik tukar baju dulu ya. Lepastu kita makan." Hani angguk sahaja. Bila Ryan naik ke atas dia pula ke dapur untuk menyediakan makan malam mereka.
Ryan segera turun setelah dia menukar bajunya. Dilihat Hani yang sedang mengupas kulit buah epal. Dia terus menghampiri Hani. "Hati-hati nanti luka lagi." Buat epal dan pisau pengupas kulit itu diamb dari tangan isterinya. "Kenapa tak makan je dengan kulit dia?" Ryan bertanya sambil dia mengupas kulit buah epal berkenaan.
"Saya tak suka lah kalau ada kulit." Sebab tu lah dia sanggup mengupas walaupun haritu tangannya pernah terluka akibat terkena pisau pengupas buah berkenaan.
"Lepas makan nasi baru makan buah ya." Ujar Ryan. Tetapi Hani geleng dan mencapai beberapa potongan buat epal yang sudah siap dikupas dan dipotong itu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. "Sayanggg." Dia meleret memanggil isterinya. Hani terus sengih dan ajak Ryan duduk di hadapannya.
"Ye lah nanti sambung makan lagi. Ni hah Rania hantar asam pedas tadi. Mama masak." Beritahu Hani dengan muka yang teruja. Ryan angguk sahaja dan membaca doa makan.
Bila dia rasa asam pedas tersebut dia diam seketika. Mengintai sedikit melihat wajah Hani yang kelihatan tertunggu-tunggu sesuatu darinya. "Kurang pedas sikit. Kalau mama masak selalu pedas ni." Katanya.
Hani terus tertunduk lalu menyuap makan. Dia tak ambik pun tu asam pedas. Dia ambil ayam masak kicap. Ryan sudah tersenyum melihat perangai Hani yang tiba-tiba berubah.
"Orang baru belajar masak kan? Tak selalu masak asam pedas tu yang rasa kurang. Tapi tak pa Abang makan juga. Dah jangan sedihlah." Ujar Ryan. Dia tahu Hani yang masak. Air tangan mama dan isterinya berbeza. Dia boleh tahu jika itu asam pedas mamanya yang masak. Dia kenal sangat. Tapi ni Hani yang masak. Dia dapat tangkap semua tu kerana wajah Hani yang tertunggu-tunggu jawapan darinya.
"Sayang yang masak kan? Abang kenal lah masakan mama. Berbeza dengan Sayang. Ni resepi minta dari mama ke?" Hani terus angguk. "Betul ni ok?" Soal Hani. Ryan terus angguk.
"Jangan risaulah. Kalau tak cirit-birit maknanya ok. Oh ya lagi satu lain kali kalau nak masak asam pedas jangan guna resepi mama lagi. Guna resepi Sayang sendiri. Abang nak makan asam pedas resepi isteri Abang ni boleh?" Hani terus angguk. Teruja pula dia nak masak asam pedas lagi. Tak sabar nak dengar komen dari suaminya itu.
MEREKA lantas menunduk hormat apabila Ryan melangkah masuk ke dalam bangunan berkenaan. Masing-masing terus memandang Ryan yang datang bersama seorang wanita. Tak lain tak bukan ialah Hani.
Selesai sahaja berjumpa dengan klien di Subang dia terus balik semula ke rumahnya untuk mengambil Hani. Mujurlah kliennya itu berada di Selangor ketika ini kerana dia tidak perlu bersusah payah ke Perak berjumpa dengan kliennya itu.
Setelah selesai berurusan di klinik Ryan mengajak Hani datang ke tempat kerjanya pula sebab lepas kerja dia nak ajak Hani keluar dating. Bukan berdua tapi berempat ya. Babies dalam perut pun termasuk juga ya.
Ryan memegang erat tangan Hani sambil dia perlahan-lahan memimpin Hani masuk ke dalam lif. Ofisnya di tingkthat 7 jadi memang gun lift lah naik. Tak kan dia nak ajak Hani naik tangga pula. Dah lah orang sarat 7 bulan lebih. Ada juga nanti terberanak dekat tangga.
Lia terus sahaja menghampiri bosnya itu lalu menyapa Hani. "Selamat datang puan." Ujarnya. Hani senyum sahaja dan menunduk hormat pada Lia. Semua pekerja yang terserempak lalu berjumpa dengannya pasti akan memanggilnya 'puan.' Dulu tika masih bertunang dia dipanggil 'cik' sahaja. Maklumlah sekarang dah jadi isteri orang. Gelaran pun dah berubah lah.
'Lia tolong buatkan air milo ya." Beritahu Ryan pada Lia. Hani terus memegang tangan suaminya. "Tak pa lah. Saya boleh buat sendiri. Abang ada mesyuarat lagi kan? Saya tunggu lah dalam bilik Abang. Akak Lia jom." Hani kemudian mengajak Lia ke pantri manakala Ryan ke bilik mesyuarat.
"Akak dah lama ke kerja dengan Abang?" Hani bertanya tika mereka sedang membuat air di pantri. Lia senyum sahaja sambil mengacau airnya. "Lama dah. 3 tahun macam tu lah. Kenapa?" Hani terus geleng.
Lia tersenyum lalu pegang bahu Hani. "Puan jangan risaulah. Saya ni cuma pekerja sahaja. Tak pernah pun suka dekat bos tu. Puan jangan risau lah. Dia selamat. Milik puan sorang." Pipi Hani berubah merah kerana dia malu. "Bukan tu lah maksud saya. Saya nak tanya ni selama ni pernah tak perempuan lain masuk ofis dia?" Hani kemudian bertanya.
Dia nak tahu semuanya mengenai suaminya di tempat kerja. Bukan ragu-ragu tapi sebagai langkah sahaja. Jika ada perempuan yang mengganggu suaminya dia tak kan duduk diam. Dia pasti menegur perempuan berkenaan.
"Kalau pasal kerja selalu. Tapi tak ramai. Kalau puan nak tahu sejak korang berkahwin bos dah jarang minta tolong pekerja perempuan tau. Selalunya pekerja lelaki je masuk bilik dia tu. Bos dah jarang berurusan dengan pekerja perempuan. Lebih-lebih lagi bila puan sedang mengandungkan anak dia. Langsung lah tak pernah dia berurusan dengan pekerja perempuan kecuali kalau terlalu sibuk. Kalau klien pun sama juga. Dari apa yang saya tahu kalau dapat klien perempuan pasti bos besar ataupun pekerja lain yang pergi jumpa. Bos selalu jumpa klien lelaki sahaja." Beritahu Lia. Dia perasan semua itu tika Ryan datang semula kerja setelah majlis perkahwinan lelaki itu setahun yang lalu.
"Puan jangan risau lah. Saya yakin bos tu loyal dengan puan sorang je. Lebih-lebih lagi bila puan tengah mengandung sekarang. Anak kembar pula tu. Tambah lah dia sayang dekat puan." Hani sekadar tersengih sahaja.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...