Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 65 votes diperlukan untuk open bab seterusnya.
RYAN bersandar lemah di kerusinya. Jam baru menunjukkan pukul 2 petang. Masa berbuka puasa lambat lagi. Dia mengeluh sekejap dan kemudian menghubungi seseorang.
Bibirnya mengukirkan senyuman apabila mendengar suara si dia. Kurang sikit rasa penat dalam dirinya bila mendengar suara Hani dalam talian. "Sayang buat apa tu?" Dia bertanya.
"Tak de apa-apa. Tengah tengok movie ni." Jawab Hani dalam talian. Matanya fokus sahaja melihat wayang yang dia tengah tengok sekarang ini. The Conjuring: The Devil Made Me Do It. Dia tidak berani nak tengok malam-malam. Nanti tak dapat tidur malam.
"Oh. Twins mana? Tidur?" Dia bertanya lagi. "Tak. Tengah main. Tadikan Abang Haziqah cuba nak berjalan sendiri. Tapi dia jatuh. Aryan malas. Tak nak. Dia tengok je kakak dia tadi." Hani memberitahu. "Haziqah dah boleh jalan? Berapa langkah." Ni satu perkembangan yang bagus ni. "3 langkah macam tu je. Dia tak pegang mana-mana pun Abang." Beritahu Hani dengan teruja.
"Baguslah tu. Aryan? Tak nak langsung berdiri?" Hani angguk. Eh macam lah Ryan nampak. "Dia tengok je. Tak ambil kisah pun." Beritahu Hani. "Dorang baru pun 9 bulan. Tak pa lah. Nanti boleh lah tu. Ok lah Abang ada kerja lagi ni. Nanti petang Abang balik ya." Ryan berkata. "Hmm ok lah. Saya nak sambung tengok wayang ni."
Bila sudah mendengar suara Hani barulah dia rasa macam bertenaga semula. Terus bersemangat nak buat kerja semula. Dia kembali menyiapkan semula kerja yang tertangguh tadi.
Sementara pula di rumah, sedang Hani menonton wayang berkenaan tiba-tiba Aryan menarik seluar yang Hani pakai. Budak kecil itu memandang sahaja wajah mamanya sambil masih menarik seluar Hani. "Kenapa ni? Nak dukung ke?" Dengar sahaja perkataan dukung Aryan terus tertawa.
Hani mencium pipi Aryan sepuas hatinya sebelum mendudukkan budak kecil itu di ribanya. Aryan mendongak memandang Hani sebelum dia menarik baju mamanya. Dia membuat gaya seolah-oleh sedang menyusu.
Hani segera memahami permintaan Aryan. Bila dia menyelak bajunya ke atas tambahlah Aryan suka. Dia menjerit suka. "Amboi anak mama ni. Tak sabar ya." Rambut lebat Aryan diusap perlahan sambil tangannya menepuk perlahan punggung anaknya itu.
Hani kemudian memandang pula Haziqah. Yang sorang itu masih lagi bermain. Tak puas-puas. Aryan yang sudah tidur. Mulut kecil anaknya itu sudah terlepas daripada buah dada mamanya. Hani mengelap sisa air susu di tepi bibir anaknya itu sebelum perlahan-lahan meletak Aryan ke atas tilam nipis itu.
"Haziqah tidur ya sayang." Kata Hani. Haziqah mendongak memandang Hani. Budak kecil itu terus menggeleng. "Tak penat ke? Nak susu?" Haziqah terus minta dukung. Mesti dia cemburu sebab adiknya menyusu tadi. Bayi perempuan itu terus sahaja latching. Rakus sahaja dia menghisap. Mungkin haus sebab tunggu adiknya kenyang.
Haziqah memang akan mengalah selalu. Bayi itu selalu membenarkan dahulu adiknya menyusu barulah dia.
Memang bila menyusukan twins cepat haus. Dan sejak bermula puasa dia selalu cepat haus. Air susunya juga semakin berkurangan dan terpaksalah dia bancu susu formula. "Nampaknya kena ambil ubat lagi ni." Ujarnya. Punggung Haziqah ditepuk perlahan supaya bayi kecil itu tertidur.
Akan tetapi selesa selesai menyusu Haziqah langsung tidak mengantuk. Malah bertambah aktif. Dia terus bermain semula. Hani benarkan sahaja kerana bila Haziqah aktif sekarang nanti malam dia akan terus tidur hingga ke pagi. Haziqah tak kan terjaga waktu tengah malam.
"ABANG saya rasa kena makan ubat lagi lah." Hani memberitahu Ryan ketika suaminya itu baru balik dari solat terawih di masjid. "Kenapa Sayang? Breastmilk dah kurang lagi ke?"
Sejak awal puasa memang Hani kerap mengadu mengenai air susunya yang tidak mencukupi untuk anak kembar mereka. Hani juga mengadu padanya mengenai breast nya yang selalu sahaja sakit.
Hani angguk. "Tadi pun sebelum Abang balik petang saya terpaksa buatkan susu formula untuk Haziqah." Hani memaklumkan. Ini lah salah satu sebab kenapa dia tidak mahu menambah lagi seorang anak. "Abang dah kata kan tak payah puasa. Sayang tu tengah menyusukan twins. Kan kena minum banyak air." Ujar Ryan. Setelah menukar baju dia duduk di sebelah Hani. Bahu isterinya itu dipegang.
"Tahu. Tapi saya malaslah nak ganti puasa lagi. Awal tahun ni je dah 20 hari saya ganti." Ujar Hani.
"Sesungguhnya Allah 'azza wa jalla meringankan s solat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanit ahamil dan menyusui,"(HR. An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4:347. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan shahih).
"Keringanan separuh dari solat telah dikhususkan bagi musafir. Sedangkan bagi ibu hamil dan menyusui, tidak perlu menqada solat. Keringanan puasa bagi ibu hamil dan menyusui sama halnya dengan keringanan puasa bagi musafir. Keringanan bagi musafir yang tidak berpuasa adalah mereka boleh qada puasa, tanpa membayar fidyah. Ini juga merupakan satu kelebihan yang diberikan kepada wanita hamil dan menyusukan anak. Hal ini juga menunjukkan bahwa tidak ada perbezaan antara ibu hamil dan menyusui jika mereka risau sekiranya berpuasa boleh membahayakan dirinya atau anaknya.
"Abang tahu Sayang dapat tahan berpuasa tapi kan sekarang ni twins masih menyusu badan lagi. What if something bad happen to you?" Kata Ryan. "Lagi 15 hari nak raya. Esok kalau Sayang tak tahan Sayang berbuka je. Nanti lepas raya Abang temankan lah Sayang puasa. Boleh?" Tanya Ryan. Hani angguk sahaja.
"Jangan nak seksa diri tu. Kalau tak mampu nak menyusukan twins Abang tak kisah. Bagi je susu formula tu." Dia pun faham juga keadaan Hani. Mana nak menyusukan anak kembar mereka, lepastu berpuasa lagi. Memang penat lah jaga Aryan dengan Haziqah.
Hani angguk sahaja. "Tak pa lah saya ganti sorang je." Awal tahun ketika sudah habis berpantang suaminya itu menemaninya untuk ganti puasa. 20 hari, Ryan temankan Hani ganti puasa. Hani tidak mahu lah suaminya menemani dia ganti puasa lagi nanti. Kesian pula dekat Ryan.
Hani kemudian memandang Haziqah yang sudah tidur di atas katil mereka. Tu lah tadi petang main sangat. Kan dah penat.
"Tak de tidur petang ke Haziqah?" Ryan bertanya. Masa dia balik tadi pun Haziqah main lagi. "Sekejap je. Dalam sejam gitu. Aryan je yang asyik tidur." Hani memberitahu.
Hani kemudian hendak mendukunh Haziqah tapi budak kecil itu merengek dalam tidurnya. "Tak pa lah Sayang. Biarlah malam ni dia tidur dengan kita." Ryan tak sampai hati hendak mengganggu tidur si kecil itu. Haziqah tengah nyenyak tidur nanti dia terbangun tidak pula dia hendak tidur semula.
Hani angguk sahaja dan biarlah Haziqah tidur bersama mereka. Dia terus menepuk perlahan punggung Haziqah. Supaya anak kecilnya itu lagi nyenyak.
Ryan pula dia tunduk lalu mencium dahi Haziqah dan kemudian pipi Hani. "Abang banyak kerja lagi kena siapkan. Kalau Sayang mengantuk Sayang tidurlah dulu." Dia memberitahu lalu turun dari katil.
Ryan terus berjalan keluar dari bilik mereka lalu menuju ke bilik kerjanya. Dia memang selalu buat kerja di sana. Kadang-kala sampai tertidur di bilik itu.
Langkahnya terus diatur ke bilik berkenaan. Rumah mereka ini ada 7 bilik kesemuanya memandangkan anak mereka masih kecil dan baru 2 orang jadi dia menjadikan bilik kosong itu kepada mini pejabatnya.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...