BAB 44

3.8K 115 0
                                    

 Selamat hari raya guys ❤ tahun ni author tema hijau korang pula. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Nanti petang lagi author sambung update nak makan biskut raya 😂 selamat hari raya dan stay safe semua. Bersyukurlah kita dapat beraya walaupun pkp. Doakan yang terbaik buat keluarga kita di Palestine ya. ❤❤ Maafkan author kalau selama ini ada tersalah cakap dan tak terbalas comments korang. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa. Maafkan juga kalau author bersikap kejam selama ini. Maafkan author ya. 🥺🥺🥺🥺🥺🥺 







              RYAN menghampiri Hani yang terbaring lemah di atas katil. Dia terus duduk di sebelah Hani. "Sayang ok tak?" Dia bertanya. Hani angguk sahaja. Dibiarkan sahaja Ryan yang sedang membelai perutnya itu.

"Abang kan dah kata kalau tak tahan buka je puasa." Ujar Ryan. Kini sudah masuk bulan ramadan. Tahun kedua berpuasa bersama Hani. Hani terus geleng. "Saya tahan lagi. Cuma penat sikit." Katanya. "Sayang kan tengah mengandung. Tak pa lah. Buka puasa. Doktor pun benarkan. Sayang tu lemah. Stamina tak kuat. Buka puasa ya." Hani terpaksa angguk.

"Abang nak ambil dulu. Buka puasa ya." Pujuknya. Hani angguk sahaja lalu bangun. Dia pun kena fikir juga. Jangan nak pentingkan diri. Dia tengah mengandung. Kembar pula tu. Di trimester kedua ini bayi memerlukan banyak nutrien untuk proses pembesaran.

Bila Ryan melangkah masuk ke dalam bilik air Hani pula turun ke bawah. Dilihatnya ada bekas makanan di atas meja. Siap ada nota lagi. 'Sayang makan ni tau. Abang belikan.' Hani tersenyum sendiri. Suaminya lebih banyak buat kerja rumah berbandinnya sejak bulan ramadan ini. Malahan juga Ryan telah melarang Hani untuk memasak. Sepanjang bulan ramadan ini dia yang ambil alih tugas Hani. Sepanjang ramadan Hani duduk goyang kaki sahaja.

Dia beruntung kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang seperti Ryan. Bukan setakat itu Ryan juga seorang suami yang romantik. 🤪. Hani beruntung kerana berkahwin dengan lelaki itu.

Dulu dia takut untuk berkahwin kerana dia ada terbaca beberapa artikel berkenaan kes suami dera isteri. Baru kahwin sudah bercerai. Dimadukan. Dan banyak lagi. Hani takut nak berkahwin kerana takut nanti mendapat suami yang panas baran. Dia takut dipukul dan didera.

Tapi alhamdulillah tidak. Ryan bukan seorang panas baran mahupun kaki pukul. Tapi tidak bermakna Ryan tidak pernah marah. Dia pernah juga memarahi Hani. Tapi tidaklah sampai meninggikan suaranya mahupun menaikkan tangannya. Dia tak pernah lagi mencederakan Hani selama mereka menjadi suami isteri. Bila Hani buat salah dia akan tegur. Teguran secara lembut tapi tegas. Ini cara dia untuk mendidik Hani.

Masalah tak ada selesai dengan cara meninggikan suara mahupun memukul. Itu dikira sebagai dayus.

"Abang tahun ni balik rumah mana dulu?" Hani bertanya tika dia sudah selesai makan dan Ryan pun dah siap mandi. "Entah. Ikut Sayanglah." Jawabnya. "Apa pula saya. Abanglah. Abang kan ketua keluarga. Saya ikut je." Ujarnya. Ryan memandang Hani lalu tersenyum. "Tak semua benda Abang yang tentukan. Sayang pun ada hak juga. Kalau tak puas hati cakap. Jangan pendam." Terus Hani pukul bahunya.

"Sakitlah Sayang. Kenapa?" Terus Hani memuncungkan bibirnya. Nasiblah puasa. Kalau tak. "Nanti dah habis puasa Abang kena temankan saya ganti puasa. 16 hari. Boleh?" Ujar Hani.

Ryan dia seketika. Dia mencongak. Raya bulan Julai. Hani beranak bulan 9. Pantang 44 hari. Lepastu 100 hari.

"Tahun depan lah." Kata Ryan. "Kenapa pula?" Tanya Hani. "Sayang lepas beranak nak berpantang kan. Tahun depan lah. Bila twins dah 3 bulan macam tu." Ujar Ryan. Hani diam lalu pandang tv semula. Dia ikut sahaja lah apa yang Ryan sedang tengok.

Bila dah selesai tengok tv Ryan terus berdiri. "Abang nak pergi mana?" Hani bertanya. "Ambil wuduk. Nak sambung baca." Memang sejak awal ramadan lagi dia sudah mula membaca al-quran semula. Niatnya nak khatam sebelum bulan ramadan ini tamat. Lagi beberapa surah yang tinggal. Selepas itu dia dah khatam. Hani angguk sahaja dan sambung tengok tv semula.

Ryan dah pasang niat jika dia berjaya khatam sebelum 25 ramadan dia nak jemput anak yatim datang ke rumahnya untuk majlis khatam nanti.




    USAI membaca lagi 3 surah Ryan terus mengikuti Hani yang tengah berbaring di atas katil. "Sayang ok?" Ryan bertanya. Hani angguk sahaja sambil mengusap perutnya. "Anak-anak papa ni nakal tak?" Dia kemudian mencium perut Hani.

"Tadi masa Abang baca tu kan dorang asyik menendang je. Entah yang mana satu yang terlampau aktif." Beritahu Hani. Babies seronok tu dengan papa mengaji. "Kesian dekat mama korang tau. Asyik nak tendang je." Ujar Ryan. Hani senyum sahaja sebelum memandang suaminya. "Bila nak beli baju raya?" Hani bertanya. Dia dah tak sabar nak beraya tahun ni.

"Esok Abang sibuk. Kalau khamis boleh? Lepas dari klinik kita terus lah beli." Cadang Ryan. Esok memang dia sibuk sedikit kerana ada mesyuarat dan nak semak tender yang dihantar kepadanya. Dia nak siapkan semula sebelum hari raya. Malas nak hadap kerja masa raya.

Raya ini dia dah pelan nak balik ke Kelantan. Ke rumah nenek Hani. Mereka nak beraya di sana. Ikhwan, ibu dan abah juga akan balik. Tapi Ryan tak tidur di rumah neneknya. Mereka tidur di homestay saja kerana tak muat rumah nenek Hani. Sebab ramai sanak saudara Hani yang ada tidur di sana. Tapi nenek awal-awal lagi sudah sediakan 1 bilik untuk Hani dan Ryan. Cucu kesayangan kan. Ikhwan tu tak. Dia tu tidur luar pun tak kisah.

Jadi Ryan tak boleh nak tolak. Homestay pun dia terpaksa cancle. Memang dia rasa bersalah sebab buat owner homestay tu kecewa tapi sebenarnya keluarga dia pun nak juga merasai sendiri pengalaman beraya di kampung. Mereka dah pakat nak beraya di rumah nenek Hani. Jadi homestay tu keluarga Ryan yang guna. Sebenarnya itu homestay milik pakcik Hani.

Memang dia gembira lah bila nanti homestay disewa untuk 4 hari 3 malam. Tak ada lah sunyi kampung mereka tahun ini.

Mereka tak berniat pun nak baik Kelantan tapi Ikhwan yang cadangkan. Lagipun konon dia nak tunjukkan dekat Ryan dusun buah milik arwah atuknya dekat Ryan. Itu pun Ikhwan baru bagi tahu 2 jam yang lalu. Jika tidak mereka tak balik Kelantan.

"Abang nak makan puding buah lah." Beritahu Hani sambil tangannya bermain dengan rambut tebal suaminya. Rambut Ryan dah panjang. Tapi dia tak nak potong lagi sebab Hani suka sangat main dengan rambutnya. Dia cadang sebelum balik Kelantan nantilah baru potong rambut. Itu pun kalau dia teringat.

"Puding buat? Nak Abang buat?" Hani terus angguk. "Lambat lagi Sayang kena tunggu. Kalau smootie nak? Abang buat guna strawberi." Hani angguk sahaja. Asalkan dibuat dari buah dia masukkan juga dalam mulutnya. "Tapi jangan lupa letak strawberi atas tu ya kalau dah siap." Ryan angguk sahaja lalu turun dari katil.

Dia sempat mengerling jam dinding. Sudah jam 10 malam tapi Hani tak mengantuk lagi.

Tidak lama kemudian Hani pun turut turun ke dapur. Dilihat encik suami yang sedang memotong strawberi. Dia terus mengambil sebiji lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. "Abang tak cuci lagi tu." Beritahu Ryan. "Dah masuk dalam mulut pun." Balas Hani sambil mengunyah. "Kalau sakit perut jangan salahkan Abang ya." Awal-awal lagi Ryan dah kasih ingat. Hani angguk sahaja. Bila dia nak ambil lagi satu tangannya dipukul oleh Ryan. "Cuci dulu lah. Dia ni kan." Hani sengih sahaja lalu memberitahu. "Lapar."

"Tadi berbuka kan dah makan. Lepastu jam 9 Sayang makan lagi. Sekarang ni masih lapar lagi?" Terus Hani memuncungkan bibirnya. "Babies pun lapar juga." Beritahu Hani. "Hah baguslah tu salahkan babies." Hani sengih sahaja. "Abang tak kesian ke dekat isteri Abang ni." Ujarnya.

"Kesian tu memanglah tapi Sayang...... kurangkan makan sikit boleh?" Hani geleng. Penatlah dia nak melayan perangai Hani yang kadang-kala membuatkan dia sakit hati.

Bila dah siap semua dia letak atas meja. Hani lantas duduk lalu makan lagi. Ryan perhatikan sahaja. "Abang tak nak?" Ryan geleng. "Nak kiss." Katanya. Hani terus berdiri lalu mencium bibir suaminya. Ryan tak cakap pun dekat bibir tapi bila dah dapat memang dia suka lah. Rezeki."Rasa strawberi." Kata Ryan. Hani sengih sahaja lalu sambung makan semula.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now