BAB 56

3.4K 114 1
                                    

 
    Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote and also thanks sudi datang baca cerita ni.





      RYAN dari tadi tidak dapat fokus ketika mesyuarat sedang berjalan. Dato Aziz yang perasan terus menegur anaknya itu. "Ryan? Kamu ada masalah ke? Termenung je." Tanya Dato Aziz.

"Eh papa. Tak de lah." Katanya. Bila dia pandang depan semua pekerja yang sedang berada di dalam bilik mesyuarat itu kesemuanya memandang dia. Ryan terus berdiri dan meminta diri untuk keluar sekejap.

Dato Aziz menggelengkan sahaja kepalanya. "Biasalah menantu nak beranak. Tu yang dia macam tak betul sikit tu. Bini dia nak beranak. Ok lah kita sambung mesyuarat semula ya." Kata Dato Aziz.

Bila Ryan keluar dia segera menghubungi Hani. "Sayang ok tak?" Dia bertanya. "Ok lah. Kenapa Abang?" Hani terkejut sedikit bila dengar suara suaminya yang kedengaran penuh kerisauan itu. Ryan mengeluh kecil. Lega sedikit hatinya bila tahu Hani baik-baik sahaja.

"Abang jangan risaulah. Babies tak nak keluar lagi. Saya pergi check kan tadi. Belum masanya lagi. Abang jangan fikir banyak lah. Fokus je dekat kerja Abang sekarang ni. Kalau nak beranak saya bagitahu Abang juga." Pesan Hani.

Dia tahu tentu suaminya itu risau. Siapa je tak risau kan? Bini dah nak beranak si suami pula masih kerja lagi. Tapi harini hari terakhir Ryan bekerja. Bukan sebab dia nak berhenti kerja tapi sebab dia ambil cuti. Cuti nak jaga Hani lepas bersalin nanti.

"Mestilah Abang risau. Sayang tu dah nak dekat due bersalin tau. Kang bersalin masa Abang tengah sibuk kerja macam mana." Ujar Ryan. "Alah Abang ni. Abang kerja sampai harini je kan? Esok dah cuti. Tak payah nak risau lah." Jawab Hani. Suaminya pula yang terlebih risau. Dia rileks sahaja. Tak gelabah pun walaupun nanti dia yang beranak bukan suaminya.

"Hmm ye lah. Abang masuk bilik mesyuarat ni. Nak sambung balik mesyuarat. Kalau rasa perut tu sakit terus call Abang tau." Pesan Ryan. "Ye lah. Nanti saya call lah. Dah pergi lah mesyuarat. Saya nak sambung makan ni." Hani tengah makan tadi tika Ryan menghubunginya.

Bila selesai Ryan masuk semula ke dalam. Dato Aziz terus bertanya. "Macam mana?" Ryan senyum sahaja. "Belum lagi. Tak ada tanda lagi tu." Jawab Ryan.

Apabila selesai mesyuarat pula Ryan terus balik. Dia tak tahan nak duduk lama dalam pejabat sebab dah gelabah bila fikirkan tarikh Hani bakal beranak. Lagi 5 hari.

"Bos dah nak balik ke?" Lia bertanya pada Ryan. "Ha'ah. Risau lah dekat wife di rumah." Beritahu Ryan. Lia angguk sahaja. "Bila beranak nanti bagitahu ya. Saya nak lawat." Pesan Lia. Ryan angguk sahaja lalu meminta diri untuk pergi.

Sampai sahaja di rumah keluarga mentuanya dia segera menghampiri Hani. "Sayang ok?" Dia bertanya. Mata Hani terkebil-kebil sahaja pandang suaminya yang baru balik itu. "Saya ok lah Abang." Jawabnya.

"Ryan jangan risau lah. Tak de tanda lagi ni adik nak beranak." Ujar Hajah Rudiah. Dia kesian melihat menantunya itu yang kelihatan terlebih risau. Walhal anaknya tenang sahaja.

    TIKA selesai solat isyak berjemaah Hani tiba-tiba sahaja rasa tak sedap badan. Dia terus menoleh Ryan yang sedang membaca al-quran berkenaan. Malam jumaat kan. Tak salah kalau nak mengaji. Hani rasa lain macam sahaja.

"Abang." Panggilnya. Ryan terhenti membaca lalu menoleh memandang Hani yang duduk di birai katil sambil memandangnya. "Kenapa Sayang?" Soalnya.

"Ada rasa sakit sikit dah." Beritahu Hani. Petanda kot dia nak beranak. Tapi air ketubannya belum pecah lagi. Ryan lantas berdiri lalu menghampirinya. "Kenapa? Dah nak beranak ke? Sayang bersiap ya. Kita pergi hospital sekarang juga." Bila Ryan nak berlalu pergi Hani terus tahan suaminya dengan memegang lengan suaminya itu. Kan dah batal air wuduk.

"Abang. Rileks lah. Belum lagi lah. Saya bagitahu je sakit sikit. Tapi belum masanya. Kalau pecah air ketuban baru kita pi hospital ya." Ujar Hani. "Betul ni?" Tanya Ryan untuk mendapatkan kepastian. Hani angguk.

"Betullah. Dah lah saya nak buang air dulu. Abang tolong." Hani terus minta bantu suaminya untuk berdiri. Kemudian Ryan membantu pula dia ke bilik air.

Setelah itu Hani terus baring. Dia kata badannya penat. "Sayang tidurlah awal. Abang keluar kejap nak sembang dengan Ikhwan." Beritahu Ryan. Dia tunduk mencium dahi Hani dan perut isterinya.

"Kau dah bersedia nak jadi bapa?" Ikhwab menyoal tika Ryan datang ke biliknya. "Sedia lah." Jawab Ryan. "Tak sabar pula aku nak tengok kawan baik aku yang tak reti jaga budak kecil dan anti pada budak ni jadi bapa. Jangan pula nanti anak kau nangis kau yang kalut." Usik Ikhwan lalu dia tertawa kecil.

"Hei aku dah tengok tau tutorial nak bagi pujuk bayi menangis tau." Ujar Ryan dengan penuh bangga. "Tu dalam video. Belum yang sebenar. Kang nanti anak kau buang air, adik aku juga yang bersihkan. Merasa lah kau nanti kena tembak dengan air kencing budak. Lebih-lebih lagi bila tu lelaki." Sembang Ikhwan. Dia berkata demikian seolah-olah dia ada pengalaman pula jaga budak. Cakap je lebih. Dia pun kalau kena serahkan bayi untuk dijaga merangkak juga nak jaga budak tu.

"Ah kau sembang lebih macam lah ada pengalaman jaga budak. Setahu aku adik kau je pernah jaga budak. Kau tu tak pernah." Ujar Ryan. Ikhwan sengih sahaja bila termalu sendiri. Tu lah cakap lebih je tahu.

Tengah seronok bersembang tiba-tiba kedengaran suara Hani memanggil. Ryan pun apa lagi segera lah berlari ke bilik. "Kenapa Sayang? Dah nak beranak ke?" Dia bertanya dalam keadaannya yang cemas itu.

Hani pula terkebil-kebil sahaja memandang suaminya. Dia panggil macam biasa je. Tak ada pun menjerit. "Bukan lah. Ni hah telefon bunyi." Beritahunya. "Dia ni buat orang kalut je lah. Ingat dah nak beranak." Kata Ryan lalu menghampiri Hani. Hani sengih sahaja. Tidak lama kemudian Ikhwan pula datang.

"Dah nak beranak ke? Ryan cepat bawa pergi hospital. Kang terberanak dalam kereta pula." Bila dia memandang Hani, adiknya itu buat muka menyampah sahaja. "Adik belum nak beranak lagi. Tadi panggil Abang Ryan sebab telefon dia bunyi. Orang tak jerit pun kan. Panggil macam biasa je. Korang ni cepat kalut lah." Dia yang nak beranak orang lain pula yang cemas.

Mahu sahaja Ikhwan ketuk kepala adiknya tapi bila teringat yang adiknya tengah mengandung dia tak jadi nak ketuk. Takut nanti tak dapat nak dukung anak buah sendiri. HAHAHAH. Anak buah punya pasal jadi baik lah dia. Ikhwan kemudian beredar dari biliknya. Tak nak mengganggu privasi adik dan  kawan baiknya itu.

"Siapa Natasha Abang?" Hani bertanya pada Ryan kerana nama yang tertera tadi ialah Natasha. "Oh dia urus pasal kewangan syarikat. Bukan skandal Abang ok." Ryan memberitahu. "Saya tak cakap pun pasal skandal kan? Ke memang betul tu skandal Abang?" Hani mempersoalkan.

"Betullah apa Abang cakap. Abang bagitahu tu bukan skandal Abang supaya Sayang tak fikir lain pula. Ye lah perempuan kan. Semua benda nak disiasat." Hani sengih sahaja.

"Kalau saya tahu Abang ada skandal siap Abang tau." Awal-awal lagi Hani memberi amaran. "Ye Sayangku. Tak cari lain punya lah. Kalau ada Abang bagi Sayang kebenaran kerat jari Abang ya." Balas Ryan.

Tak kan lah dia nak berlaku curang pula. Sebelum Hani kerat jarinya pasti Ikhwan yang terlebih dahulu membelasahnya. Bukan dia tidak tahu perangai overprotective si Ikhwan tu. Tak boleh buat main tau.

Puas dah selama dia berkawan baik dengan Ikhwan dia nampak banyak budak lelaki yang telah dibelasah oleh Ikhwan kerana mengganggu Hani. Takut lah dia nak buat masalah. Silap hari bulan masuk icu tau sebab Ikhwan.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now