Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 65 votes diperlukan untuk open bab 68. Thank sudi support and have fun guys. Anyway tak lama lagi author akan masuk U which is Uitm (Hi orang Uitm) and memang busy lah since ni first year diploma but insyaallah author akan finish kan publish semua 101 bab sebelum bulan oktober.
PIPI Ryan ditampar halus oleh Hani. "Abang bangunlah. Dah jam 8 ni. Subuh pun Abang tak solat lagi. Sekejap lagi kan ada mesyuarat pula." Tadi masa dia nak bangunkan solat subuh Ryan tidak terjaga pun. Nyenyak sangat dia tidur.
"Hmm kejap lagi lah." Omel Ryan. Tangan Hani dipegang sebelum dia mencium tangan Hani. Betul-betul pada jari yang ada cincin kahwin mereka. "Bangunlah. Twins pun dah bangun." Ujar Hani.
Sekarang sudah masuk bulan mei. Lagi 2 minggu puasa bermula. Kembar pun sudah 8 bulan. Dah boleh merangkak dan berjalan sikit-sikit. Sekejap sahaja masa berlalu.
"Abang penat lah Yang." Ujarnya. Dia memandang Hani. "Semalam sampai jam berapa kita belum tidur." Tambahnya. Pipi Hani sudah memerah. "Bangunlah. Mandi. Lepastu solat. Abang tak solat subuh. Cepatlah ganti." Hani menarik lengan suaminya untuk bangun. "Hmm ye lah. Ambiklah dulu telefon Abang." Hani menjuling matanya ke atas lalu menghampiri night stand di sebelah kanan.
Bila Ryan dapat telefonnya dia terus duduk bersandar di kepala katil. Hani pula ikut serta duduk di sebelah suaminya. Nombor seseorang didail. Selang 4 saat panggilan itu diangkat. "Lia boleh tak kau cancel kan meeting tu harini. Aku tak sedap badan ni. Aku ambik cuti. Esok baru masuk pejabat semula." Dia memberitahu.
"Kenapa pula? Abang bukannya sakit pun. Demam pun tak." Hani bertanya setelah Ryan menamatkan panggilan berkenaan. "Abang penatlah Sayang. Bagilah Abang rehat satu hari ni." Ujar Ryan. "Hmm ye lah. Dah pergilah bangun mandi lepastu solat subuh. Saya nak cuci cadar." Ujar Hani.
"Hmm ye lah. Ambilkan lah tuala." Sempat lagi dia mengarah. Hani memandang tajam suaminya sebelum dia melangkah untuk mengambil tuala. Tuala itu dihumban ke muka Ryan. "Saya nak bagi makan twins. Pastikan Abang mandi lepastu solat. Kalau tak malam ni saya tidur dalam bilik twins." Pesan Hani lalu melangkah keluar dari bilik mereka. Dia terus menuju ke bilik anak kembarnya.
Setelah bersiap Ryan terus turun ke bawah. Dia tersenyum melihat isterinya sedang melayan anak-anak mereka. Dia terus menghampiri keluarga kecilnya itu. Haziqah yang melihat papanya datang terus tertawa suka. Ryan bercangkung di hadapan Haziqah lalu dia mendukung si kecil itu.
Pipi Haziqah yang tembam itu digomolnya. Habis meraung meminta tolong Haziqah. "Abang dah lah tu." Marah Hani. "Tengok tu mama awak. Terlampau overprotective." Kata Ryan lalu meletak Haziqah semula ke atas lantai.
Lantas si kecil itu merangkak menghampiri kembarnya. Haziqah sambung bermain semula dengan aduik kembarnya itu. Ryan pula melabuhkan punggungnya di tepi Hani. Rambut Hani diselit di belakang telinga. "Kita balik rumah mama ya harini." Cadangnya. "Kenapa? Nak bincang pasal majlis Rania ke?" Hani menyoal. "Ha'ah lah. Tapi jangan tanggalkan tudung pula nanti." Sempat dia berpesan.
"Asal pula?" Jari Ryan naik menyentuh tengkuk Hani. "Leher awak banyak merah-merah." Muka Hani terus memerah lalu dia menepis jari suaminya itu. Dia terus tutup menggunakan rambutnya. "Abang lah punya pasal." Marah Hani. Ryan senyum sahaja dan mengucup salah satu dari kesan berkenaan. Love bites darinya.
"Tapi memang perlu pun saya pakai kan? Abang Razali kan ada dalam rumah tu." Kata Hani. "Tak de. Dia balik Pahang. Rumah mentua dia." Sebab Syaza sudah lama tidak balik ke sana. Tak salah pun. "Ni semua salah Abang lah. Nanti kan sana Abang kena tolong cover or reka depan mama dengan papa ya." Ryan angguk sahaja.
"Of course my love. Dah pergilah bersiap. Abang tengok-tengoklan twins." Hani angguk sahaja dan melangkah ke atas. Ryan perhatikan sahaja Hani yang telah berlalu pergi itu sebelum dia memandang semula pada anaknya.
DATIN Fauzian kelihatan teruja dengan kunjungan dari anak, menantu dan cucunya itu. Dia terus mengambil Haziqah dari dukungan Ryan. Cucu sulung kan? Tapi dia tidak pernah pun pilih kasih antara Haziqah dan Aryan. Dua-dua dia sayang. Begitu juga Haikal. Dia tak kisahlah kalau Haikal tu cuma anak tiri pada Razali sahaja. Dia tetap sayang seperti cucu sebenarnya.
"Eh bukan kamu cuti ke Ryan? Kata sakit. Kenapa datang?" Dato Aziz bertanya. Ryan sengih sahaja sambil memeluk bahu Hani. "Dia tipu je pa." Balas Hani.
"Suka hati kamu je. Terpaksa papa turun mesyuarat tadi." Ryan sengih sahaja. Baru sahaja nak duduk Aryan sudah merengek mahu menyusu. Hani terus meminta diri untuk masuk ke bilik suaminya.
Dalam 10 minit kemudian barulah dia muncul semula. "Eh kenapa tak buka tudung tu? Bukannya ada Razali pun." Dato Aziz bertanya. Hani sengih sahaja lalu mengambil tempat di sebelah suaminya. Haziqah yang berada di riba neneknya sekadar melihat mamanya sebelum dia menggigit biskut yang khas untuk bayi itu.
Datin Fauzian pula terus memandang anak lelakinya yang tengah tersengih tu. Dia faham sangat maksud sengihan dari anaknya itu. "Hani bila nak tambah sorang lagi? Ke dah ada isi dalam tu?" Datin Fauzian bertanya.
Hani sudah cuak. 'Hah habislah aku. Soalan maut ni'. Desisnya di dalam hati. Baru sahaja dia hendak membuka mulut Ryan terlebih dahulu menjaga. "Tengah nak tambah lah ni. Sabar ya ma, pa. Ryan tahu lah mama dengan papa dah rindu nak dukung baby lagi." Beritahu dengan selamba.
Mata Hani sudah membulat. Dia terus mencubit pinggang suaminya itu. "Belum fikir lagi lah ma. Twins pun baru nak masuk 1 tahun. Masih menyusu badan lagi."
Kadang-kala menyusu susu formula. Itu pun sebab Hani tak dapat nak hasilkan air susunya. Ye lah nak bagi 2 orang bayi minum. Dua-dua pula tu rakus. Pentingkan diri. Nasiblah dua-dua tembam. Tak ada yang kurus. Kembar comel dengan pipi bulat mereka.
"Rania mana?" Ryan bertanya. "Dalam bilik dia. Tengah bersiap nak pergi kursus kahwin." Beritahu Datin Fauzian. Padahal lagi 1 bulan nak nikah baru nak pergi. Ryan dengan Hani dulu 3 bulan sebelum tarikh nikah mereka.
Tapi Ryan pergi kursus kahwin 2 kali. Sebab sebelum itu dia sudah pernah pergi. Konon nak kahwin dengan Puteri. Tapi lain jadinya. Lepastu dia pergi dengan Hani untuk temankan Hani ketika itu.
"Lambatnya. Bulan depan nak kahwin sekarang baru nak pergi?" Ujar Ryan. "Kamu tahu lah adik kamu tu. Nak juga Ilham temankan dia." Ilham nama tunang Rania. Mereka bertunang pada bulan Februari tahun ni dah bulan Jun nikah. Selepas puasa. Raya ke-5.
"Mengada je." Omel Ryan. "Habis kamu tu dulu kalau Hani tak ajak awal-awal kamu mana lah nak temankan Hani dulu." Dia ingat lagi dulu Hani memujuk Ryan untuk menemaninya kursus kahwin. Sebab yang lain masing-masing datang dengan pasangan. Hani pula seorang diri. Sendu.
Ryan tersengih bila ingat semula itu. Dia lupa lah. Kalau bukan atas pujukan Hani lambatlah isterinya itu mengikuti kursus kahwin ketika itu.
Haziqah yang berada dipangkuan neneknya perlahan-lahan menutup matanya. Dah penat sangat tu main. Biskut di tangannya pun dah jatuh. "Hani bawalah Haziqah ni naik tidur. Tidur dah dia ni." Datin Fauzian memberitahu Hani. Hani terus berdiri dan mengambil Haziqah dari Datin Fauzian. Tapi si kecil itu merengek. Terus tidurnya terjaga.
"Tak pa lah kalau macam tu. Mama je dukung." Hani angguk sahaja. Kalau dah anaknya mahu dengan neneknya tak salah pun. Haziqah memang suka dekat Datin Fauzian. Aryan pula pemilih orang. Kadang-kala dengan Ryan pun dia tidak mahu. Asyik nak mengendeng dengan mamanya. Anak mama. Ryan pun selalu tidak berpuas hati kerana layanan Hani pada anak lelakinya itu.
Lah dengan anak pun nak cemburu. Tak dapat apa pun. Nanti bila Aryan dah besar mesti dia nak ada kekasih sendiri dan tak kan lah dia nak kahwin denga mama sendiri kan? Kadang-kala punca Ryan cemburu tidak masuk akal. Hani pula yang pening.
Anyway can you guys guess what bidang yang author ambil?
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...