Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Kali ini 70 votes diperlukan untuk buka bab 69. Thanks sudi support and have fun guys
LAJU sahaja Aryan merangkak menghampiri Hani. Budak kecil itu terus memeluk kaki mamanya lalu menyembunyikan kepalanya di antara kaki Hani. "Kenapa ni?" Hani terus menunduk memandang anaknya itu.
"Susahlah nak main dengan Aryan ni kakak. Dia asyik nak lari je." Adu Rania dengan muka yang tidak berpuas hati. Ryang yang ketika itu berada di ruang tamu bersama mereka segera menyampuk.
"Aryan memang pemilih. Dengan Hani je dia nak. Dengan abang sendiri pun kadang-kala dia tidak mahu." Beritahu Ryan. Anaknya yang sorang ini terlebih manja dengan Hani. Pemilih nombor satu. Kalau orang dah dukung dia pun dia tolak sahaja. Tapi kalau Hani laju sahaja dia tertawa dan minta dukung.
Dengan mama sahaja dia mahu. Dengan papanya pula selalu dia tolak Ryan. Sampai sanggup tarik rambut papanya.
Hani senyum sahaja dan angkat Aryan. Dia dudukkan anak lelakinya itu di atas ribanya. Terus Aryan bersandar di dada Hani. Tangan kecilnya terus memeluk mamanya itu. Ryan pandang sahaja perangai anaknya yang seorang itu.
Haziqah pula rileks sahaja bermain dengan makciknya itu. Tak macam adiknya. Haziqah tidak memilih orang. Sesiapa sahaja yang ambilnya dia terus suka. Kalau penculik pun ambil dia terima sahaja. Tapi berdoa lah supaya Haziqah tidak diculik. Sepatutnya mengelaklah dari terjadi semua itu.
"Dah perangai Aryan macam kamu dulu Ryan. Kecik-kecik pemilih. Aryan ok lagi nak dekat Hani. Kamu dulu dengan mama pun tak nak. Lebih pilih mainan berbanding mama." Datin Fauzian yang tadinya mendiamkan diri terus bersuara.
Ryan terus tersengih. Dia ingat lagi dulu Datin Fauzian pernah menceritakan padanya perangai dia ketika itu. Memang sebiji macam Aryan. Tapi lagi teruk.
"Serius ma?" Hani bertanya. Datin Fauzian angguk. "Dia tu jual mahal. Tapi Ryan dulu dalam umur 5 tahun macam tu memang miang. Kalau kamu nak tahu dia suka sangat kena peluk oleh perempuan." Beritahu Datin Fauzian.
Hani terus memandang suaminya itu. Tak sangka pula suaminya ini gatal ketika kecil. Janganlah Aryan ikut perangai Ryan nanti. Susah mereka.
"Alah mama masa tu kan orang kecik lagi. Sunat pun belum." Ryan mempertahankan dirinya. "Tahu. Tapi nasiblah bila dah sekolah perangai dia berubah. Dah tak layan perempuan." Ujar Datin Fauzian sebab Ryan berkawan dengan Ikhwan dan Irfan. Ketiga-tiga mereka nakal masa sekolah rendah.
Mujurlah bila naik tingkatan 4 Ryan dah tak nakal lagi. Jika tidak sudah pasti bila habis sekolah Ryan bergaul bebas. Jadi liar. Tapi mujurlah dia tidak. Dan Datin Fauzian bersyukur kerana Ryan tidak pernah merosakkan anak dara orang sebelum ini.
Tidak pernah bawa perempuan tidur di dalam bilik. Ketika dengan Puteri dahulu pun Ryan tak pernah benarkan Puteri menjejak kakinya ke dalam bilik anak terunanya itu.
Hanya Hani sahaja yang pernah masuk dan tidur di dalam bilik Ryan ketika mereka bertunang dahulu. Tapi Ryan tidak tidur di dalam bilik. Dia tidur di ruang tamu. Hanya Hani di dalam biliknya ketika itu. Serta pernah pakai baju Ryan kerana ketika itu dia tak bawa baju.
Datin Fauzian juga berasa lega bila Ryan tidak pernah menyentuh Hani sebelum mereka bernikah.
Sedang mereka bersembang tiba-tiba pula Aryan memicit buah dadanya mamanya. Hani terkejut sedikit. Dia terus tunduk memandang Aryan. Anaknya itu kelihatan seperti sedang menghisap.
Hani terus meminta diri untuk naik. Dia malu lah bila hendak menyusukan anaknya di hadapan keluarga mentuanya walaupun semuanya wanita dan suaminya sahaja di ruang tamu.
Bila masuk sahaja ke dalam bilik Hani bersandar di kepala katil lalu menyelak bahunya. Mata hitam Aryan terus membulat dan dia tersenyum suka.
Tangan Hani mengusap perlahan rambut hitam anaknya yang lebat itu. Aryan pula memandang sahaja mamanya sambil menyusu.
HANI terjaga dari tidurnya kerana bunyi ketukan pintu. Dia segera menoleh memandang Ryan di sebelahnya itu. Nyenyak sungguh suaminya tidur sambil memeluk pinggang Hani.
Bila Hani mahu duduk tiba-tiba Ryan menarik Hani supaya dekat dengannya. "Abang saya nak bangun." Ujar Hani perlahan. Terus Ryan mencelik matanya lalu dipandang wajah Hani. Baru sahaja dia hendak membuka mulutnya kedengaran lagi bunyi ketukan pintu.
Ryan menolak Hani supaya Hani berbaring semula manakala dia pula turun dari katil. Bila dia membuka pintu biliknya terus matanya dihiasi dengan sengihan dari adiknya. "Kenapa? Orang nak tidur pun dia nak ganggu." Ryan bertanya pada adiknya itu. "Baru jam 11 malam kot. Tak kan dah nak tidur." Ujar Rania.
"Esok aku kena balik rumah aku lah. Hantar bini dengan anak-anak aku. Lepastu nak pergi kerja. Kau apa tahu. Duduk membuta dalam rumah ni sampai pagi." Hah sudah. Ryan dah mula membebel.
Dia memang penat gila dan mengantuk sebab tadi dia menyemak beberapa fail yang dihantar oleh Lia melalui e-mel.
"Hah apa tujuan kau datang ni? Kacau aku nak tidur je." Ryan bertanya. "Nak bawa Haziqah tidur boleh?" Rania bertanya. "Dia tempat mama dah." Tadi dia hantar Haziqah ke bilik papa dan mamanya. "Lah ke ye. Aryan pula?" Rania bertanya lagi. "Ada kat dalam tu tengah tidur." Ryan memberitahu.
"Kalau nak bawa dia boleh?" Tanya Rania. Ryan angkat bahu sebelum kepalanya menoleh ke dalam biliknya semula. Dilihat Aryan yang nyenyak sahaja tidur di samping isterinya. Tak kan dia mahu mengganggu tidur si kecil itu. Nanti ada juga yang melalak.
Rania memandang abangnya menunggu jawapan. "Kau pun tahu kan Aryan tu pemilih. Dia tengah nyenyak tidur tu. Malas aku nak ganggu. Nanti-nanti je lah kau tidur dengan dia. Macam lah lepasni aku tak balik sini lagi." Ujar Ryan. Rania angguk sahaja dan mengundur diri. Balik semula ke biliknya.
Ryan terus menutup pintu lalu mengunci pinti biliknya. Dia melangkah ke tandas dahulu sebelum berbaring di sebelah Hani. Dia memeluk isterinya lalu mencium pipi dan leher Hani. Sempat lagi dia menghidu aroma rambut Hani yang wangi itu.
"Rania nak bawa Aryan tidur tadi. Tapi Abang tengok dia nyenyak betul tidur dengan Sayang. Jadi dia tak jadi nak bawa." Ryan memberitahu Hani . Hani angguk sahaja lalu memeluk leher suaminya.
Ryan terus bertindak membenamkan mukanya di leher Hani lalu mencium leher Hani. "Abang jangan tinggalkan kesan ya." Hani berpesan. "Hmm ye lah." Balas Ryan.
Hani membiarkan sahaja Ryan yang sedang mencium lehernya itu. Sambil itu tangannya mengusap rambut lebat suaminya. Dia memesan pada Ryan agar tidak meninggalkan kesan kerana dia tahu lama untuk kesan itu hilang.
"Sayang you're not period right now kan?" Ryan bertanya setelah dia mendongak memandang Hani. Hani angguk. "Belum lagi. Ikut kiraan dalam minggu depan." Beritahu Hani.
Ryan angguk sahaja lalu tersengih. Sebelum bibirnya mencium bibir Hani, lantas tangan Hani menahan dada suaminya menggunakan tangannya. "Kita dekat rumah mama ni Abang . Aryan pun ada ni. Lagipun Abang kata penat kan tadi? Jadi tidurlah." Hani pun penat juga. Tak ada tenaga lah nak layan suaminya. Dia nak tidur ja sekarang ni.
Ryan sudah menunjuk muka tidak puas hati. "Esok je. Boleh? Sekarang ni saya betul-betul mengantuk. Please." Rayu Hani. "Hmm ye lah. Esok malam Abang tuntut." Ujar Ryan lalu mencium dahi Hani pula. Dia berbaring semula di sebelah Hani lalu membenamkan semula wajahnya di leher Hani. Sekadar untuk menghidu bau badan Hani. Dia boleh ketagih dengan bau badan Hani. Bau lavender.
Her scent make him addicted on her body.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...