Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Sikit lagi nak habis ni. By the way, kali ini 90 votes diperlukan untuk buka bab 99. Thank you sudi support and have fun guys. ❤❤
SUDAH 6 bulan berlalu sejak kes itu. Arina pun dah baik walaupun ada parut di dahinya. Tapi parutnya sudah kian pulih. Memang pada mulanya dia insecure namun atas sokongan ahli keluarga dia terus berada yakin. Tidak kisah sangat dekat dahinya itu ada parut. Pasal Puteri pula. Mereka langsung tidak menjumpai Puteri. Wanita itu hilang begitu sahaja.
Tapi sebenarnya mereka tidak tahu yang selama ini Puteri sering memerhati rumah mereka dari jauh. Hampir setiap masa dia mengintip rumah Ryan dan Hani. Dia menunggu masa sahaja mahu melaksanakan plannya itu. Dia cuma mahukan Ryan semula. Tidak kisah lah apa yang lelaki itu akan buat dengan Hani. Asalkan dia dapat Ryan semula, dia puas. Tidak kisah lah apa yang terjadi.
Kemudian Puteri tidak sengaja terpandang ke arah perut Hani. Tiupan angin itu menyebabkan bentuk perut Hani yang selama ini tersembunyi, kelihatan. Mata Puteri membulat. Dia tidak tahu Hani mengandung kerana selama ini Hani pandai menyembunyikan perutnya itu. Sudah masuk hampir 7 bulan lebih usia kandungannya tapi kerana perutnya kecil sahaja, memang senang dia sembunyikan baby bumpnya itu.
Tidak ramai yang tahu kerana gambar-gambar yang dipost di dalam sosial mereka, Hani amat berjaga-jaga. Memang langsung tidak kelihatan bentuk perutnya itu.
Bukan setakat kawan-kawan, ahli keluarga dua belah pihak pun tidak tahu juga. Hanya Hani, suaminya serta anak-anak sahaja yang tahu. Hani sendiri yang mahu sembunyikan kandungan dia ini. Mahu membuat kejutan pada keluarga dan kawan-kawan.
Bayi dalam perut pun macam tahu-tahu sahaja. Memang dia mengandung kali ini, dia tidak ada loya dan mual. Dia cuma mengidam sahaja. Tapi mujurlah tidak mengidam benda yang bukan-bukan. Anak dalam kandungan dia ketika ini memang amat memahami situasi sekarang.
Puteri segera menghubungi kawannya. "Kenapa kau tak bagitahu dia mengandung ya?" Dia memarahi lelaki yang memberi maklumat padanya itu. "Mengandung? Siapa? Hani? Eh dia mengandung ke?" Lelaki itu terus bingung. Sakit hatinya bila lelaki itu menyembunyikan hal ini darinya. Padahal dia sudah membayar lelaki itu.
Puteri tidak menjawab pertanyaan lelaki itu kerana dia terus putuskan panggilan itu. Kembali memandang Hani. Dia panik sekejap bila tidak nampak kelibat Hani. Mungkin juga telah masuk ke dalam rumah. Tapi sebenarnya tidak. Hani berdiri di tepi keretanya.
Wanita itu terkejut bila tingkap keretanya diketuk. Dia tidak tahu yang sebenarnya Hani yang mengetuk. Jadi Puteri pun buka pintu sahaja. Terus membulat matanya bila Hani menarik rambutnya sehingga Puteri terjatuh dari kereta. Memang senang lah Hani tarik kerana Puteri tidak pakai safety belt.
Terjerit kecil dia bila punggungnya terhentak dengan jalan raya bertar itu. "Apa masalah kau ni?" Puteri memarahi Hani. "Kau yang bermalasah sekarang ni. Sudahlah hilang begitu je. Tak minta maaf pun. Tiba-tiba pun nak mengintip dekat rumah aku ni kenapa?" Hani terus menyepak kaki Puteri.
Dia sepak tidaklah seganas mana. Kesian dekat baby pula jika mama ganas-ganas. Hani terus pegang perut dia bila Puteri berdiri. Ada perasaan takut juga jika Puteri mahu mencederakan anak dalam kandungannya.
Selama ini memang dia dapat rasa ada yang selalu memerhati dia dari jauh. Tapi dia diamkan sahaja kerana tiap kali dia menoleh ke arah kereta itu pasti kereta itu akan berlalu pergi. Tapi tidak kali ini. Sebab itu lah dia berani pergi menyerang. Dia mahu tahu siapa yang selama ini mengintip dia dan keluarganya.
Bila tengok wajah Puteri memang dia tidak terkejut kerana memang sejak awal dia syak Puteri yang mengintip dirinya.
Terus Puteri tarik tudung yang dipakai oleh Hani. Hani menjerit sambil cuba melepaskan dirinya. Puteri pun apa lagi dia tendang lah perut Hani lalu melepaskan tangannya dari tudung Hani. Terus Hani terduduk di jalan itu.
Puteri tersenyum sinis. "Ni baru sikit tau. Be careful ya. Kesian kan dekat laki kau kalau kau keguguran kan? Mesti Ryan tinggalkan kau kan kalau kau keguguran." Ujarnya. Dia tertawa lalu masuk ke dalam kereta.
"Oh by the way, better kau suruh jiran-jiran kau call ambulance ya. Berdarah tu. Kesian." Ujar Puteri lalu keretanya dipandu pergi meninggalkan kawasan perumahan itu. Serentak dengan itu Hani rasa sakit di bahagian bawahnya dan ada cecair yang mengalir keluar dari celah kakinya.
RYAN terus sahaja memandu laju keretanya ke hospital bila mendapat khabar berita buruk itu dari jirannya. Tika itu dia dalam perjalanan ke Hulu Langat mahu bertemu kawannya pasal Puteri. Terus dia buat u-turn dan menuju ke Hospital Tunku Azizah kerana itu antara paling hampir dengan rumah mereka.(maafkan author kalau ada tersilap ya bahagian ni sebab author bukan duduk di Kl ya)
Terus sahaja dia ke kaunter bertanyakan wad isterinya. "Izzah Hanani." Serta merta dia memberi tahu nama isterinya. "Isteri encik berada di labour room." Pekerja kaunter itu memberitahu. Ryan angguk kepalanya lalu menuju ke bilik bersalin. Tika perjalanan ke sana dia berfikir. Kandungan isterinya baru 6 bulan. Tak kan lah sudah beranak. Tak kan lah anaknya lahir pramatang pula.
Bila dia tiba di hadapan bilik bersalin itu, kebetulan seorang doktor wanita keluaer. Ryan terus menghampiri doktor wanita itu kerana mahu bertanyakan khabar isterinya di dalam. "Suami pada Puan Izzah Hanani ya?" Doktor itu bertanya. Ryan terus angguk.
"Memandang encik suami dia... apa kata dia bincang dalam bilik saya sekejap. Isteri encik tak bangun lagi tu." Ryan angguk sahaja lalu mengikuti doktor itu masuk ke dalam bilik pejabatnya. "Ada apa-apa masalah ke doktor sampai kena bincang di sini?" Ryan mula serius memandang doktor itu. Masa ini bukan untuk membuat lawak. Dia tengah serius jadi tidak mahu lah jika doktor itu ajaknya bergurau.
"Pasal kandungan isteri encik. Tika kami periksa tadi, anak encik kedudukan dia songsang. Sangatlah di bawah seperti sudah menunggu hari. Mungkin akibat kesan hentakan kuat dan stress menyebabkan semua ini berlaku. Kami akan tahan isteri encik di wad untuk 1 minggu ini sehingga kedudukan bayi kembali normal. Rahim isteri encik tidak kuat jadi ada kemungkinan anak encik lahir pramatang." Doktor itu menerangkan. Ryan mengangguk sahaja mendengar.
"Tambahan pula isteri encik hampir keguguran. Jadi untuk keselamatan bayi dan isteri encik, kami minta kebenaran dari encik untuk meneruskan proses melahirkan anak encik. Jika terlambat kemungkinan besar bayi dalam kandungan lemas dan boleh membahayakan anak serta isteri encik jika terlambat." Doktor itu menerangkan.
"Semasa isteri tiba di hospital tadi dia mengadu yang bahagian abdomen dan bawahnya sakit. Ini menyebabkan kegagalan plasenta. Jadi bayi perlu dilahirkan dengan segera." Tambah doktor itu. Jadi Ryan putuskan dia bersetuju sahaja dengan cadangan doktor. Sedang mereka berdua berbincang, pintu bilik itu dikuak. "Doktor, tekanan jantung pesakit menurun." Jantung Ryan terus berdegup kencang bila mendapat khabar berita itu.
Segera dia turut sama bergegas ke bilik bersalin itu. Memang kecoh lah keadaan ketika itu kerana degupan jantung Hani semakin lemah. Terus Ryan terduduk lemah di bangku itu. Seorang lagi doktor menghampiri dirinya. "Kami minta maaf sebab harini, isteri encik kena beranak juga." Ryan sekadar mengangguk sahaja. Dia serahkan semua pada doktor yang bertugas.
Bila pintu itu ditutup terus dia mencapai telefonnya. Tangannya terketar-ketar memegang telefon untuk menghubunyi mentuanya. "Assalammualaikum abah, Hani dalam bilik bersalin sekarang ni. Tolong doakan dia dan cucu abah ya." Haji Haris pun apa lagi, memang terkejut lah sebab dia tidak tahu anaknya mengandung.
"Nanti Ryan terangkan bila abah dengan yang lain dapat hospital. Hospital Tunku Azizah." Dia memberitahu lalu panggilan itu. Dia dengar jelas kekecohan di dalam bilik itu. Tidak tahu apa yang terjadi di dalam bilik itu. Dia berserah sahaja. Walau apapun berita yang dia terima, dia reda sahaja.
-----
Korang rasa apa jadi dengan Hani? And apa balasan yang perempuan tak guna tu patut terima? Komen dekat bawah ya.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...