Welcome back to another chapter. Thanks sudi singgah baca 'Dia Lah Suri Hatiku'. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Thanks sudi support and Happy Labour Day ❤
BANGUN sahaja dari tidurnya benda pertama yang dia nampak adalah wajah Hani. Nyenyak sahaja isterinya itu tidur di sebelahnya. Ryan terus turun dari katil lalu menuju ke bilik air untuk mandi. Selepas sahaja solat subuh tadi mereka berdua sambung tidur semula.
"Kita balik rumah ibu boleh?" Hani bertanya ketika dia sudah bangun. "Harini? Boleh je." Jawab Ryan sambil dia membutangkan baju kemejanya. "Bukan Abang cuti ke harini?" Hani bertanya. Sebab tu lah dia tak iron baju suaminya semalam. "Siapa kata Abang nak pi kerja. Sayang bersiap ya. Kita keluar kejap lagi." Hani angguk sahaja.
"Pakai baju lawa-lawa ya." Pesan Ryan sebelum dia melangkah keluar dari bilik mereka. Hani bingung sekejap. Lama dia duduk di birai katil kemudian baru dia teringat. Hari ini hari lahir suaminya. Esok pula ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama. Dia baru teringat.
Hani tersenyum sendiri memikirkan hadiah yang dia bakal beri pada suaminya malam ini. Dia kemudian terus melangkah ke bilik mandi.
"Abang." Panggilnya ketika dia melangkah turun. "Hmm kenapa? Dah siap?" Soal Ryan. Hani angguk sahaja. Sebelum Ryan melangkah pergi dia menahan tangan suaminya. "Kejap lah. Duduk dulu." Ujar Hani. Ryan turuti sahaja. Bila dia dah duduk semula Hani pula tanpa segan silu duduk di atas pahanya. Tangan Ryan secara automatik memeluk pinggang Hani untuk menahan Hani daripada terjatuh. Hani pula memeluk lehernya.
"Happy birthday Abang." Ucapnya lalu mencium bibir suaminya. Ryan sengih sahaja. "Thank you Sayang. Ingatkan dah lupa." Balas Ryan. "Hadiah tak de ke?" Soalnya. "Ada." Kemudian dia mendekati telinga suaminya lalu berbisik sesuatu. 'Malam nanti ya.' Hani kemudian senyum menggoda kepada suaminya lalu berdiri. "Jom kita jalan."
Bila Ryan nak masuk ke tempat duduk pemandu dia dihalang oleh Hani. "Harini saya drive. Abang duduk sebelah." Ujar Hani. "Tak pa lah. Sayang tu bawa kereta serupa jalan raya ni tak cukup. Biar Abang je bawa. Nanti kita accident pula tak sempat Abang dapat hadiah malam ni." Hani sudah memandang Ryan dengan tajam. Bukan selalu pun aku drive. Ish.
"Jadi kita nak ke mana?" Ryan bertanya. "Saya ikut Abang je." Jawab Hani. Hari ini hari suaminya. Apa sahaja yang Ryan pinta dia akan bagi. Apa sahaja. Tapi kalau nak kahwin lagi satu tu. Harap maaf. Tak ada dalam senarai ok. "Betul ni?" Hani angguk sahaja.
Sepanjang hari itu mereka berdua asyik berjalan ke sana sini. Hani belikan suaminya macam-macam. Pakaian, kasut, jam tangan dan minyak wangi. Banyak lah yang dia belikan. Dompet milik Ryan dia bagi tinggal di rumah. Jadi semuanya dibayar olehnya. Menggunakan kad kredit miliknya. Walaupun Hani tidak lagi belajar mahupun kerja, duit yang dia guna untuk berbelanja buat suaminya sebenarnya duit yang dia simpan ketika zaman diploma dulu. Memang dia simpan dan tak pakai. Dan ini masa sesuai kerana selama ini Ryan yang menanggungnya. Hari ini biarlah dia yang tanggung suaminya.
"Weii happy birthday adik iparku. Buuuu dah 26. Buuu aku masih 25. Buuu." Sempat lagi Ikhwan mengejek Ryan. Padahal dekat instagram bukan kemain lagi wish panjang-panjang. 'From friend to classmate to bestfriend to my brother in law. Happy birthday adik iparku Ryan. Wish you a good luck and semoga sentiasa bahagia bersama adikku. Kawan baik menjadi adik ipar. Dalam banyak-banyak perempuan kenapa lah kau pilih adik aku. Anyway selamat hari tua Ryan. Buuu dah 26. Buuuuuu.' Itu tulis Ikhwan. "Biarlah." Balas Ryan. Baru 26 kot. Bukan 62. Muda lagi ok.
SELESAI sahaja solat isyak Hani terus menarik tangan suaminya untuk duduk di birai katil. "Kenapa Sayang? Nak nagi hadiah ke?" Tanya Ryan. Dia tidak sabar menanti apa yang bakal Hani beri padanya. Hani angguk sahaja lalu berdiri. Dia menuju ke laci meja solek tersebut lalu mengeluarkan sesuatu. Mujurlah selepas sahaja menyambut hari lahir Ryan di rumah mentuanya mereka terus balik ke rumah mereka. Hani nak bersendirian bersama encik suaminya.
Kemudian Hani tersenyum lalu menghampiri suaminya. "Abang tutup mata." Arah Hani. Ryan kemudian menutup matanya. "Abang.... ini saja yang sana mampu bagi Abang." Kemudian Hani meletakkan sesuatu di atas tapak tangan suaminya.
"Apa ni?" Soal Ryan. "Buka lah mata tu." Bila dia membuka matanya dia melihat sebuah ayat yang tidak lagi asing baginya. Pregnancy test. "Apa ni? Sayang.... mengandung?" Dia bertanya untuk mendapatkan kepastian.
Hani senyum sahaja lalu menarik tangan suaminya untuk memegang perutnya. "3 bulan Abang." Beritahunya. Ryan pum terus tersenyum. Dia terus memeluk Hani. "Ya Allah. Sayangggggg." Dia menjerit dengan teruja. Hani senyum sahaja. Hani ingat lagi macam mana dia tahu dia mengandung.
Hani sedang menonton tv apabila dia sedar yang periodnya lewat 3 hari. Pada mulanya dia fikir mungkin periodnya tidak teratur. Tapi bila sudah sampai 3 minggu tak datang haid dia terus membeli pregnancy test. Pada mulanya keputusan 1 garis sahaja. Tapi kemudian dia cuba lagi sehingga dapat 2 garis. Setelah itu barulah dia ke klinik untuk mendapatkan kepastian.
"Tahniah nampaknya Puan sedang mengandung. 5 minggu." Beritahu doktor Marlina. Hani terus tersenyum. Dia nak terus bagitahu Ryan tapi dia teringat tidak lama lagi hari lahir suaminya. Dia nak bagitahu masa itu. "Baby duduk diam-diam dulu ya. Nanti kita suprisekan papa sama-sama." Ujarnya sambil mengusap perutnya.
"Abang janji akan lindungi Sayang dan anak kita kali ni. Abang akan pastikan anak kita ni selamat lahir." Janjinya. Hani angguk sahaja. "Keluarga kita dah tahu?" Ryan kemudian bertanya. "Belum. Abang orang pertama. Nanti minggu depan temankan saya check up ya." Selama ini dia seorang diri sahaja sampai makcik cleaner di klinik tersebut tuduh yang dia itu single mom. Walhal ada je suami. Tapi masa tu encik suami kan masih belum tahu lagi memanglah dia datang seorang diri.
"Esok kita pula anniversary. Sayang nak tak pergi Langkawi?" Ryan bertanya. "Langkawi? Bila? Esok?" Ryan angguk. "Mestilah nak. Saya nak beli banyakkkkkk coklat." Dalam fikirannya dah banyak jenis coklat yang dia fikirkan. Kalau boleh nak borong semua.
Kemudian Hani ajak Ryan untuk turun makan. Harini dia masak semua spesial untuk suaminya. "Wah Sayang. Asam pedas. Resepi dari mama ke?" Ryan bertanya sebab sebelum ini tidak pernah lagi Hani masak asam pedas. "Ha'ah saya minta dekat mama sebab orang tu asyik kata nak makan asam pedas je dari minggu lepas kan." Hani sengaja buat-buat tidak dengar kerana dia nak masak masa hari lahir suaminya.
"Hmm ok lah. Jom makan. Sayang kena makan tau. Untuk baby Sayang juga." Pesan Ryan. "Baby kita Abang. Bukan saya sorang je." Buat apa dia nak claim pula sedangkan tanpa suaminya mustahil lah untuknya mengandung. Tak kan nak minta anak dekat laki orang pula kan?
Kemudian Hani menceritakan pada Ryan pasal semua makanan yang dia mengidam sebelum ini. Sebenarnya semua dia minta beli pada Ryan tapi Ryan sahaja yang tak perasan.
Sementara itu pula di rumah keluarga Misha kelihatan dia sedang melihat post-post terbaru di instagramnya. Dia mengetap giginya bila melihat post terbaru Ryan. Hatinya bertambah panas bila melihat ada gambar Ryan bersama Hani. Kelihatan pasangan suami isterinya itu susah untuk berlepas. Dia lihat jelas tangan Ryan yang memeluk pinggang Hani. Dia cemburu. Cemburu kerana bekas suaminya tidak pernah berbuat demikian kepadanya.
Sudah 2 bulan sejak Misha dan Razali bercerai. Razali terus sahaja memutuskan apa-apa sahaja dengan Misha. Razali seolah-olah membuatkan Misha seperti tidak pernah wujud sebelum ini. Malah baru-baru ini dari cerita yang Misha dengar Razali akan bernikah dengan Syaza. Si janda anak satu.
Bila sudah bercerai barulah Misha rasa nak menghargai Razali. Tapi semuanya sudah terlambat. Ada juga perasaan menyesal dalam dirinya tapi kerana ego dan hasat dengki yang kian menebal di dalam hatinya dia telah dikaburi sendiri semua perkara baik dengan benda yang buruk. Dia sudah hilang rasa belas kasihan dalam dirinya. Kerana inginkan semua yang sempurna dia tidak sedar yang selama ini dia sudah banyak melukakan hati Razali.
Namun nasi sudah menjadi bubur. Razali bakal berkahwin lagi dan dia pula...masih dengan hasat dengkinya terhadap Hani.
Misha terus membaling telefonnya ke atas lantai sebelum dia teriak seperti orang gila. Sepupunya yang kebetulan keluar dari bilik segera menghampiri Misha. Dia menahan Misha dari bertindak mencederakan diri sendiri.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...