Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Jemput juga baca 'Dia Lah Suri Hatiku' dan kalau sudi tekankan vote sekali ya untuk semua bab di cerita itu. Thanks sudi support and have fun semua
RYAN turun dari katil lalu keluar dari bilik isterinya itu. Dia melangkah ke bilik Ikhwan. "Kenapa?" Ikhwan bertanya. "Saja datang. Kau ni macam tau suka je aku datang sini." Ujar Ryan.
"Bukan tak suka. Tapi kau tahu tak pelik tau kau tidur di bilik adik aku." Selama ini jika Ryan tidur di rumahnya pasti tidur di biliknya namun kini tidur di bilik Hani. Ryan hanya mampu tertawa. "Oh ya adik aku dah tidur?" Tanya Ikhwan.
Ryan mengangguk lalu berkata. "Dah. Lepas makan ubat terus dia baring. Dah tidur dah tadi masa aku keluar. Kenapa?" Ikhwan geleng sahaja. Fikirnya terganggu sebenarnya. Banyak benda yang dia fikir. Dia risau dekat adiknya itu. Takut Hani boleh hilang akal kerana tidak boleh menerima pemergian anaknya yang masih di dalam kandungan tersebut.
"Kau dah tahu siapa buat semua ni dekat adik aku?" Ikhwan bertanya. "Tahu dah. Tapi aku diam dulu. Tunggulah Hani dah sihat. Dah pulih semula baru aku buka mulut pasal ni." Tadi dia dah tengok sendiri rakaman cctv rumahnya. Jelas kelihatan Misha keluar dari rumahnya pada hari kejadian. Pada masa yang sama ketika Hani cuma menghubunginya banyak kali.
Hani sendiri pun dah ceritakan padanya apa yang terjadi masa itu. Jadi tak boleh dia nafikan semua ini perbuatan kakak iparnya itu. Cuma dia sahaja yang tahu pasal ini.
Ryan tidak mahu abangnya tahu. Ini halnya dengan Misha. Biarlah dia yang kasih selesai bagi pihak isterinya, bagi pihak anak syurga mereka. Dia tidak mahu abangnya masuk campur. Nanti mereka pula yang bergaduh. Dia malas nak cari gaduh dengan darah daging sendiri.
"Tapi tak boleh lah. Aku tak boleh. Wei kau tahu tak aku rasa awkward tau dekat kau yang tiba-tiba jadi adik ipar aku. Kau tu kawan baik aku tau sejak kita kecil. Tiba-tiba pula kau kahwin dengan adik aku. Itu benda terakhir tau aku bayangkan." Kata Ikhwan secara tiba-tiba. "Aku tak boleh tau Ryan dekat kau ni yang tiba-tiba kahwin dengan adik aku. Punya lah aku berusaha dulu elakkan adik aku dari suka kau. Alih-alih dia suka juga dekat kau tu." Ryan ketawa sahaja.
"Habis kau nak aku buat apa? Ceraikan adik kau? Kau nal dia jadi janda ke macam mana. Dah jodoh aku dengan dia. Tak kan aku nak tolak jodoh pula." Guraunya. "Ya aku tahu tapi. Ish." Ikhwan masih ingat lagi riak wajah kawan-kawan mereka bila mendapat tahu adiknya berkahwin dengan kawan baiknya.
Mereka memang terkejut habislah bila Ryan kahwin dengan Hani. Memang perkara yang mereka tidak pernah sangka. Dan dalam geng mereka Ryan lah yang kahwin dahulu. Yang lain pula pakat nak kahwin lambat. Makanya Ryan sorang sahajalah yang sudah bertukar status dari bujang kepada suami orang. Suami kepada adik kawan baik sendiri.
"Lepas aku tahu kan adik aku mengandung. Aku dah imagine nanti budak tu keluar sebiji muka campuran korang berdua. Aku tak tahu lah kenapa dengan otak aku ni." Kata Ikhwan lagi sambil memukul kepala sendiri. "Aku pun bayang benda yang sama. Anak aku tu keluar muka dia campuran aku dengan Hani. Tapi nak buat macam mana. Bukan rezeki lagi." Dia kemudian tersenyum kelat.
Ikhwan segera menepuk bahunya. "Kau doa je. Doa supaya adik aku cepat sembuh. Doa juga lah supaya kau orang berdua dapat anak cepat-cepat. Aku pun doakan juga." Sebab dia tak sabar nak jadi pakcik. HAHAHA. "Tapi ingat kena ada usaha. Weiiii tak boleh gila kepala aku terus fikir lain." Kata Ikhwan. Entah apa yang dah merasuk dirinya itu.
Ryan geleng sahaja kemudian tertawa. "Adik kau bini aku. Jadi........ dah jangan nak travel jauh sangat." Larang Ryan sebab nanti pun dia fikir benda-benda pelik juga.
"KAMU tak ada appointment dengan doktor ke?" Tanya Datin Fauzian pada Misha. Misha sudah gelabah ketika itu. "Ke-kejap lagi Misha pergi." Tipunya. Bibirnya terketar-ketar sambil menipu. Rania memerhati sahaja Misha dari tadi. Dia kemudian memaklumkan pada abangnya.
Rania kemudian terfikir sesuatu. Dia tersenyum sinis lalu memandang Misha. "Ha'ah lah akak jom lah. Rania kawankan akan pi klinik." Cadangnya. Misha terus memandang Rania. "Tak salah kan mama?" Datin Fauzian angguk sahaja.
"Betul juga tu." Sahut Razali pula. "Abang sibuk jadi Rania saja lah temankan boleh?" Tambah Razali. "Bo-boleh." Balas Misha. Dia kemudian memandang Rania dengan tajam. 'Kau berani ya nak musnahkan rancangan aku.' Desisnya di dalam hati.
Rania tersenyum sahaja lalu berdiri. "Akak bersiap lah ya? Rania tunggu dalam kereta. Tak sabar ni nak tengok baby." Kata Rania lalu mengambil kunci keretanya. Mata Misha sudah kelihatan merah kerana menahan amarahnya.
"Abang. Adik bawa kak Misha pi klinik ni." Rania memaklumkan pada Ryan. "Bagus. Kita tengok sampai mana dia boleh tipu kita." Rania dah tahu siapa yang buatkan kakak ipar kesayangannya itu keguguran. Sebagai balasan dia membantu Ryan untuk menjatuhkan Misha. Mahu jatuhkan Misha kerana telah menyebabkan Hani keguguran. Dia nak Misha menerima balas yang setimpal dengan perbuatannya itu.
Misha sudah gelabah di hadapan doktor. Dia tahu apa yang akan dikatakan oleh doktor berkenaan. Mujurlah dia menyuruh Rania untuk tinggal di luar. "Puan tak mengandung." Beritahu doktor tersebut. Misha angguk sahaja lalu keluar.
"Baby macam mana?" Tanya Rania dengan teruja. Sebenarnya lakonan semata-mata. Misha terus tersenyum palsu. "Baby sihat." Balasnya. Bila mereka menuju ke kereta Rania tiba-tiba sahaja berhenti. "Aku tahu akak tipu. Akak tak mengandung kan?" Ujar Rania.
Bila Misha berpusing memandangnya Rania segera member senyuman sinis. "Akak boleh tipu yang lain tapi akak tak boleh nak tipu Rania. Rania tahu semuanya." Katanya. "A-apa yang kau tahu? Bila masa pula aku menipu?" Marah Misha.
"Aku tahu semuanya. Semuanya pasal kegiatan keji akak. Akak yang tolak akak Hani. Akak yang buat akak Hani keguguran. Lepastu akak nak sembunyikan kesalahan akak dengan menipu kitorang. Konon mengandung sebenarnya tidak." Misha terus menjeling Rania.
"Kau ada bukti ke aku yang tolak Hani? Kau ada bukti ke aku ada pergi rumah dia?" Ujar Misha. "Eh saya tak tuduh pun akak pi rumah akak Hani. Saya tak cakap lagi. So betullah kan?" Misha sudah mati kata. Dia terperangkan dengan ayat sendiri.
"Jangan risaulah. Rahsiah akak selamat saya simpan. Tapi kalau sekali lagi akak kacau akak Hani." Rania mendekati Misha. "Saya akan sebarkan pasal ni. Dan termasuk juga cerita macam mana akak boleh perangkap abang Razali malam tu." Wajah Misha berubah pucat.
Malam tu. Malam dimana dia dan Razali ditangkap basah dan terpaksa berkahwin. Sebenarnya semua itu sudah dirancang oleh Misha. Dia suka dekat Ryan sebenarnya tapi bila Ryan tidak melayan mahupun memberi perhatian padanya dia menggoda Razali pula. Dia nak masuk di dalam keluarga berkenaan kerana harta.
Dia tahu Razali pewaris utama perniagaan keluarga mereka. Tapi bila Razali memilih untuk menjadi pensyarah Ryan lah yang mengambil alih tempat abangnya.
Bila Misha mengetahui perkara ini dia segera ingin menggoda Ryan. Namun Ryan langsung tidak memandangnya jadi dia beralih pada Razali pula.
Dia gembira bila rancangannya berjaya. Setelah dia berkahwin dengan Razali dia mendapat perhatian daripada Dato Aziz dan Datin Fauzian. Dia sengaja berlembut-lembut dengan mereka berdua agar harta tersebut jatuh pada Razali.
Namun semuanya berubah bila Ryan berkahwin dengan Hani. Datin Fauzian dan Dato Aziz terus memberi lebih perhatian pada Hani. Dia lebih sakit hati dan benci pada Hani bila Hani mengandung kerana Dato Aziz pernah katakan dahulu. Sesiapa sahaja yang mempunyai anak dahulu, dia akan meletak nama bayi berkenaan ke atas tanah di mana rumah mereka itu dibina.
Oleh itu secara automatik Hani akan mendapat hak dalam mewarisi tanah pusaka milik Dato Aziz. Bila mereka berdua meninggal nanti pemilik nama pada surat hartanah itu berhak memilik apa sahaja yang ada di dalam villa berkenaan.
Disebabkan itulah Misha bertindak membuatkan Hani keguguran agar dia ada peluang untuk melahirkan anak dahulu. Dia akan lakukan apa sahaja agar villa itu jatuh padanya.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...