Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. 60 votes diperlukan utk author publish bab 51. Thanks sudi support and have fun ❤
RYAN memandang beberapa orang remaja lelaki yang sedang berjalan di luar restoran berkenaan. Dia dan Hani tengah makan tengah hari sambil menunggu Ikhwan datang. Hari ini dia akan ke Pulau Tioman bersama kawan-kawannya. Hani pun ikut juga.
Sebenarnya Ryan tak sangka pula kawan-kawannya benarkan dia membawa Hani sekali walaupun percutian mereka itu selalunya untuk lelaki sahaja. Tidak pernah lagi perempuan ikut. Dan Hani orang pertama yang ikut.
Bila dia melihat remaja-remaja tersebut dia teringat ketika dia zaman sekolah menengah dahulu. Zaman jahilnya.
"Weii kau ada rokok tak?" Hazim bertanya pada Ryan. Mereka sedang bersembungi di tempat rahsia mereka iaitu belakang surau sekolah. "Tak de gila. Kantoi dekat abang aku. Dia bakar semua rokok tu. Nasib bapak aku tak tahu." Beritahu nRyan. Semalam Razali tak sengaja ternampak 2 kotak rokok yang belum berbuka di bilik Ryan tika dia meletak baju lelaki itu di dalam bilik tersebut.
Razali tidak memberitahu pada mama dan papa mereka kerana dia tahu tentu adiknya itu nanti teruk dikerjakan oleh papa mereka.
"Fuhh nasib tak kantaoi. Kalau tak mesti habis kau kan kena belasah oleh bapak kau." Ryan angguk. "Mati aku weii kalau kantoi." Memang seram lah kalau papanya marah. Lari rumah terus dia kalau kantoi. Sebab dia ingat lagi dulu dia pernah kena marah sebab pecahkan pasu milik mamanya. Memang teruk lah tangan dia kena pukul oleh papanya menggunakan rotan.
"Abang?" Tiba-tiba lamunannya terhenti bila suara Hani memanggilnya. Ryan terus memandang Hani. "Eh Sayang. Kenapa?" Ryan bertanya. "Abang dari tadi asyik termenung je. Saya dah nak habis makan pun." Ujar Hani. Ryan terus geleng kepala. "Tak. Abang teringat kembali masa zaman sekolah menengah dulu." Jawab Ryan lalu sambung makan semula. Dah kena tegur kan.
"Zaman jahil Abang ke?" Hani bertanya. Ryan terus sengih. Zaman jahil. Jahat sangat ke dia dulu. "Jahat sangat ke Abang ni dulu?" Hani senyum saja dan angguk. Ryan terus memandang Hani. "Betullah apa yang saya kata. Bukan sebulan dua saya kenal Abang. Dari kecik kan kenal Abang." Walaupun dia tak ambil kisah pasal lelaki itu tapi dia selalu dengar pasal Ryan dari abangnya.
Tidak lama kemudian Ikhwan sampai. "Dah lama ke tunggu aku?" Ikhwan bertanya. "Ha'ah. Sempat lah kami makan lagi. Tu hah lapar saja." Ryan terus tunjuk Hani. Biarlah orang nak makan pun. Dalam perut dia kan ada anak lelaki itu. Kalau dia tak makan kesian dekat anak dalam perut.
Mereka nak ke Pulau Tioman harini. Sebenarnya cuma mereka berenam sahaja tapi Airil yang bagi cadangan untuk Ryan bawa Hani sekali. Katanya kesian dekat isteri kawannya itu. Suami sedang bersuka ria, si isteri pula tinggal di rumah. Jadi merekap pun ajak lah Hani pergi sekali.
Mereka booking 2 bilik sahaja. Selalunya 1 sahaja. Mereka berenam akan tidur di dalam sebuah bilik sahaja. Tapi bila ada seorang perempuan ikut jadi tempat 2 bilik lah. Mereka berlima akan tidur di satu bilik yang sama kecuali Ryan dan Hani. Nak bagi mereka berdua privasi.
"Tapi tak pe ke adik ikut? Tak kacau korang ke?" Hani bertanya. Dia tidak mahu menyusahkan mereka nanti apatah lagi suaminya. Dia seolah-olah memikir dirinya itu sekadar mengganggu suaminya sahaja. Biarlah Ryan luangkan masa dengan kawan-kawannya. Tapi mereka pula yang ajak dia datang.
"Tak pe lah. Bukan selalu pun. Lagipun kalau adik ada tak dapat lah Ryan ni nak ngorat nanti." Hani terus menjeling suaminya. Alamak kantoi. HAHAHAHA. Tak ada lah. Dia tak terfikir pun nak mengorat dekat sana. Dah ada isteri lawa buat apa nak cari lain kan?
HANI sekadar berehat di dalam bilik, manakala suaminya keluar bersama yang lain. Dia malas nak ikut. Sejujurnya dia nak duduk dalam bilik sahaja selama 3 hari di situ. Biarlah suaminya keluar bersama kawan-kawannya. Dia nak rehatkan dirinya.
"Babies duduk diam ya. Temankan mama. Papa keluar dengan kawan-kawan dia." Diusap perutnya itu. Bila mama usap, si kembar terus menendang. Hani tersenyum sendiri. Senak juga lah bila dua orang menendang dengan serentak. Tapi dia lega kerana babies menunjukkan tindak balas positif.
Dah ada banyak kes bayi meninggal di dalam perut. Itu yang paling Hani takutkan. Tapi bila ada pergerakkan di dalam perut dia lega. Namun kerisauan itu masih ada kerana dia tidak tahu yang mana satu menendang. Hani memang tidak pernah tak ke klinik untuk check up. Dia paling suka bila dapat tengok anak kembarnya melalui skrin. Dia rasa tenang melihat mereka. Tak sabar rasanya menunggu kelahiran anak kembarnya.
Sementara itu pula , Syafiq duduk di sebelah Ryan lalu memandang lelaki itu. "So macam mana diri kau bila dah jadi laki orang ni? Jadi bapa muda." Kemudian dia tertawa kecil. "Bapa muda kepala otak kau. Umur dah 27 muda apanya. Lain lah aku kahwin umur 19. Setakat ni semua ok." Balas Ryan.
"Gaduh pernah?" Airil pula bertanya. Masing-masing nak tahu. Maklumlah antara mereka berenam Ryan yang terlebih dahulu kahwin. Yang lain masih bujang. "Tipulah kalau aku kata tak pernah gaduh. Gaduh biasa je. Tak pernah lagi dia lari dari aku." Jawab Ryan lalu tertawa kecil.
Kalau Hani lari pun balik rumah ibunya juga. Senang je dia nak pujuk. "Tapi kami gaduh sebab dia lah. Ada je benda dia tak puas hati dekat aku." Tambah Ryan. Ryan pegany telefon sekejap pun Hani dah ajak gaduh. Itu dulu tika Hani belum mengandung. Tapi sekarang ni dia lebih cepat merajuk. Memang penat lah Ryan nak pujuk.
"Biasalah perempuan kan. Kalau tak gaduh memang tak sah. Dengan aku pun dia selalu cari pasal. Apatah lagi kau." Sampuk Ikhwan. Yang lain sekadar angguk kepala. "Tapi kan macam mana kau boleh suka dekat adik si Ikhwan tu? Aku pelik juga tiba-tiba kau nak kahwin." Tanya Zidan pula.
"Eh dah setahun berlalu masih nak tahu juga ke? Sebenarnya perkahwinan kami kena rancang oleh family." Beritahu Ryan. Memang lah dulu dia pernah juga terniat nak melamar Hani tapi impiannya itu dia simpan sahaja kerana tidak mahu mengkhianati hubungan persahabatan dia dengan Ikhwan dan Irfan. Masa Datin Fauzian mengatakan bahawa dia dan Hani bakal dinikahkan memang dia terkejut. Tak sangka pula impiannya tercapai.
"Kau pun terima saja sebab dia adik Ikhwan kan? Orangnya lawa memanglah. Kalau kau tak terima mesti dulu tika kau dengan dia bertunang tak ada muka kau gembira gila." Airil ingat lagi dulu semasa majlis pertunangan Ryan dan Hani dia nampak jelas muka lelaki itu yang berseri-seri dan gembira. Lebih gembira dari si perempuan.
Ryan senyum sahaja. "Bini kau bila beranak?" Afiq kemudian bertanya. "Bulan 9 ni. Tak lama lagi lah." Balas Ryan. "Berpantang lah juga kau kan? HAHAHAHAH puasa lah kau 44 hari." Sempat lagi mereka mengusik lelaki itu. Ryan jeling sahaja kawan-kawannya yang galak mengusik dia.
Ryan biarlah sahaja mereka mengusiknya kerana nanti ada masa dia balas semula. Dia tahan dahulu. Nanti kalau lagi sorang gengnya kahwin memang dia usik habis-habisan lah.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...