BAB 81

2.9K 108 0
                                    

  Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya? Next update? Kalau bab ni reach 75 votes baru author update ya.Thank you sudi support and have fun guys <3

    


     "KAMU tu tengah berpantang Hani. Tak perlulah buat kerja angkat-angkat barang tu. Kamu rehat lah." Tegur Datin Fauzian. Risau pula dia dekat menantunya yang sorang ini. Terlebih rajin pula Hani membantu.

Hani tersenyum sahaja. "Tak pa lah mama. Orang dulu-dulu kan begini juga. Baru beranak dah turun ke sawah tu. Tak pa lah. Selagi saya boleh tolong saya tolong. Lagipun untuk cukur jambul Arina juga kan." Esok adik iparnya itu akan diijab kabul dengan Faris, tunangnya juga merangkap kawan ketika sekolah menengah dahulu.

"Mama tahu tapi awak tu baru je 2 minggu lalu beranak tau. Pergi lah berehat. Nanti sakit pula." Ujar Datin Fauzian. Hani tersengih sahaja. Dia tidak ada kerja mahu dibuat jadi dia tolonglah apa yang patut. Nanti apa pula kata keluarga suaminya jika dia duduk goyang kaki pula.

Datin Fauzian menggelengkan kepalanya perlahan lalu memanggil anaknya itu. "Ryan sini lah kejap." Kemudian muncul lah Ryan di pintu dapur. "Kenapa ma? Eh Sayang bukan dekat atas ke tadi?" Dia bertanya.

"Tu lah tu bini kamu ni keras kepala sikit. Mama suruh berehat dia tak nak. Kamu bawa lah Hani naik atas." Ryan terus memandang Hani yang sedang tersengih itu. "Sayang jom." Dia menarik tangan Hani untuk naik ke atas bersamanya.

"Abang dah kata kan tak perlu tolong. Duduk je dalam bilik." Ujar Ryan. Dia memandang sekilas wajah isterinya itu. "Saya bosanlah Abang. Dah lah Abang macam kurung saya dalam bilik Abang tu. Abang tak nak orang tahu ke pasal saya?" Hani bertanya.

"Eh tak. Bukan Abang nak kurung Sayang dalam bilik tu. Tapi kan Sayang tu baru je beranak 2 minggu yang lalu. Masih berpantang lagi. Jadi rehatkan lah badan tu. Nanti bila dah habis berpantang Sayang nak kemas rumah pun Abang tak kisah lah. Bersihkan lah rumah kita sampai berkilat sekali pun. Tapi sekarang ni Sayang rehatkan lah diri tu ya." Nasihat suaminya.

Hani menangguk lemah. Betul juga apa yang suaminya kata. Badan masih dalam keadaan lemah sudah mahu menyibuk menolong. Nanti jatuh sakit siapa juga yang susah kan. Diri sendiri juga.

Baru sahaja dia mahu melangkah naik ke atas semula dia terdengar suara abahnya. Hani segera menoleh memandang ke arah pintu rumah. "Abah." Dia tersenyum lalu menghampiri Haji Haris. Haji Haris tersenyum sahaja memandang anaknya.

"Arina mana?" Haji Haris bertanya. "Ada dekat atas. Abah nak tengok ke?" Hani bertanya. Haji Haris menangguk sahaja. Tidak lama kemudian Ryan pula muncul. Dia terus bersama dengan bapa mentuanya itu. "Bila sampai? Siapa hantar?" Dia bertanya.

"Baru je sampai. Abah naik teksi. Ikhwan kerja. Tu lah naik teksi." Penglihatannya sudah tidak jelas jadi dia takut untuk memandu sendiri. "Abah ni kalau nak datang lain kali call lah dulu. Ryan ni kan ada boleh ambil." Hani memang risau jika abahnya pergi keluar rumah seorang diri. Kalau boleh dia mahu ada orang menemani abahnya itu.

"Tak pa lah. Abah tak nak susahkan menantu abah ni. Lagipun abah faham yang Ryan pun sibuk juga kan." Ujar Haji Haris. Dia tidak lah mahu menyusahkan pula menantunya ini. "Ish tak ada lah menyusahkan. Abah tu kan tak boleh nak jalan lama sangat. Lain kali kalau nak ke mana-mana call je. Call je Ryan atau anak abah ni kalau si Ikhwan tu sibuk."

Tak kan lah dengan mentua sendiri pun nak berkira. Setakat tolong hantar, tak kan itu pun nak berkira. Tak habis pun minyak lah kalau bawa ke hospital. Bukannya Haji Haris minta bawa sampai ke Vietnam.

 


        MATA bulatnya terkebil-kebil sahaja memandang wajah papanya itu. Apabila Ryan tunduk melihat Arina yang sedang dipangku di atas pahanya lantas bayi kecil itu tersenyum. Ryan pun turut tersenyum juga.

"Abang boleh ke dukung Arina tu?" Hani bertanya. Risau pula dia melihat keadaan duduk suaminya yang kelihana tidak stabil itu. "Ok lah Sayang. Kalau Arina jatuh pun atas katil ni juga." Terus mata Hani membulat sebelum dia bertindak memukul bahu suaminya itu.

"Jangan nak cari penyakit ya Abang. Arina tu baru 2 minggu tau. Abang pula dah nak buat benda yang bukan-bukan. Kalau betul-betul dia terjatuh siaplah Abang." Hani memberi amarah. Ryan sekadar tersengih sahaja.

"Abang gurau je lah Sayang. Tak nak lah anak sendiri nak dijatuhkan. Susah payah Abang kerja keras tau. Ingat tak penat ke." Lantas tangan Hani mengambil bantal kecil milik Arina lalu dibaling ke muka suaminya.

Mujurlah bantal itu tidak terkena dekat Arina. Mata Ryan sudah membulat bila bantal itu dibaling tepat pada mukanya. "Sayang. Nasib tak kena Arina tau." Dia kemudian meletakkan Arina ke atas katil mereka. Matanya mencerung memandang isterinya.

"Tak kena juga kan. Saya tahu lah. Tak kan lah sampai nak kena kan anak sendiri." Omel Hani. "Habis kalau suami awak ni? Boleh?" Hani tersengih. Ryan geleng kepala sahaja.

"Ok lah Abang turun bawah kejap. Nanti mama cari pula. Sayang rehatlah kalau nak." Ujar Ryan. Belum pun sempat dia turun dari katil Hani sudah memegang lengannya. "Kenapa Sayang?" Ryan bertanya.

"Twins macam mana? Nanti panggil dorang naik ya." Ujar Hani. Ryan tersenyum sahaja lalu mencium dahi isterinya. "Tak pa. Biar Abang je yang urus. Sayang tu baru je beranak 2 minggu yang lalu. Jadi Sayang rehat lah ya. Pandai-pandai lah Abang bagi budak berdua tu makan." Hani sekadar mengangguk sahaja.

Dia kemudian keluar dari biliknya lalu turun ke bawah. Ketika dia menuju ke dapur untuk minum air kedengaran suara Datin Fauzian bertanya.

"Hani mana?" Dia bertanya. Ryan terus menoleh memandang mamanya. "Ada dekat atas tu. Ryan suruh dia rehat kejap." Balasnya. Datin Fauzian sekadar mengangguk sahaja.

Setelah minum Ryan terus ke dalam mencari anak-anaknya. "Aryan, Haziqah meh sini makan dulu." Dua beradik yang sedang bermain dengan Haikal terus menoleh memandang papa mereka serentak. "Makan? Makan apa?" Aryan bertanya. Soal makan dia memang laju sahaja.

"Ada ayam masak kicap maktok masak tadi. Jom makan lepastu baru sambung main ya." Dua beradik itu sekadar mengangguk. "Papa kakak mengantuk." Haziqah memberitahu. "Lepas makan kakak teruslah naik atas tidur ya. Mama dengan adik ada di atas tu." Anak gadisnya itu sekadar mengangguk sahaja sambil melangkah laju ke dapur. Dia nak makan cepat supaya dapat tidur.

Selepas sahaja makan Haziqah terus menuju ke bilik mama dan papanya. Masa makan tadi pun dia hampir sahaja tertidur. "Kakak boleh ke jalan sendiri tu? Kalau tak papa tolong dukung." Risau dia melihat keadaan anaknya yang sungguh mengantuk itu. Nanti ada pula yang terjatuh deka tangga.

Haziqah tidak menjawab namun dia terus menghampiri semula papanya itu. "Aryan, papa naik atas kejap hantar kakak. Kamu duduk diam-diam ya dengan mak tok." Dia berpesan pada Aryan.

Budak kecil itu sekadar menangguk lalu sambung makan semula. Dia suka sangat salad buah yang dibuat oleh mamanya tadi. Memang asyik menambah lah gayanya.

Hani yang ketika itu sedang menyusukan Arina terus mendongak memandang pintu bilik yang dikuak itu. Dia baru sahaja mahu mengambil bantal untuk menutup dadanya yang terdedah itu apabila suaminya melangkah masuk bersama Haziqah.

"Lah ingatkan siapa lah tadi. Kenapa tu Abang? Dah tidur ke?" Hani bertanya sambil matanya melihat ke arah Haziqah yang sudahpun melentokkan kepalanya di bahu Ryan.

"Ha'ah Sayang. Mengantuk sangat dah dia ni. Kan semalam sampai jam berapa dia berjaga. Bangun pula awal harini. Memang lah mengantuk." Ujar Ryan sambil perlahan-lahan meletak tubuh anak daranya itu ke atas katil.

Haziqah merengek kecil dalam tidurnya sebelum dengkuran halus mula kedengaran. Ryan mencium dahi anaknya itu sebelum duduk di sebelah isterinya. Matanya elok sahaja memerhati Arina yang sedang menghisap di dada isterinya itu. Mata bulat Arina setia memandang wajah Hani.

"Dah berapa lama dia menyusu?" Ryan bertanya. "Lama juga lah Abang. Dah masuk puting ke dua ni. Tadi dekat belah kanan. Lepastu nak belah kiri pula." Mujurlah bukan kembar. Kalau kembar susah Hani dibuatnya.

Ryan sekadar mengangguk sahaja lalu sambung memerhati anaknya itu yang sedang menyusu. Sesekali  bibirnya mengukirkan senyuman.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now