BAB 12

4.1K 125 0
                                    

Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote. Kali ini nak promote lagu melayu pula. Who not kan? Mestilah kena support local. She's my fav singer from Malaysia ok


RYAN memerhati mamanya dan Rania yang sibuk menggubah hantaran miliknya. Oleh kerana keluarga Hani meminta mas kahwin sebanyak seribu serba satu maka mereka memberi Hani barang-barang perhiasan serta beberapa produk kecantikkan. Kurang dari 2 minggu lagi sebelum majlisnya dan Hani bakal berlangsung.

"Banyaknya Ma" kata Ryan sambil duduk bersila disebelah Rania. "Iyalah kamu kan dah nak kahwin. Semua ni hantaran untuk Hani" Kata Datin Fauzian sambil tangannya sibuk memotong reben-reben yang berlebihan.

Ryan hanya menjadi pemerhati setia. Satu pun dia tak faham motif Mamanya menghadiahkan Hani produk kecantikkan. Padahal Hani tu semula jadi cantik. Tapi apa salahnya kan?

"Ryan jom Papa nak cakap something dengan kamu" Kata Dato Haris lalu menapakkan kakinya ke taman di hadapan rumah mereka. Ryan hanya menuruti.

"Apa dia Pa?" Tanya Ryan sambil memadang Papanya mengusai kain pelikat yang dipakainya. Hah kau ingat Dato ta pakai kain pelikat? Kau ingat orang kaya dok pakai seluar ja 24 jam?..

"Papa nak minta tolong dekat kamu. Tolong jaga Hani sebaik yang mungkin. Jangan cuba nak angkat tangan kamu dekat dia kalau kamu tiada alasan dan bukti yang kukuh Ryan. Siasat dulu sebelum buat keputusan. Papa harap yang kamu tak pernah nak tinggikan suara dekat Hani. Jangan sengaja nak marah doa tanpa sebab. Kalau kamu nampak Hani penat tolonglah dia. Urutkan bahu dia or tolong dia buat kerja rumah. Perempuan ni Ryan diciptakan lemah oleh Allah SWT dan kita sebagai lelaki bertanggungjawab menjaga dia. Jangan nak cakap kasar-kasar dengan Hani. Lepas ja kamu akas nikah nanti semua tanggungjawab terhadap Hani jatuh dekat bahu kamu. Kamu sebagai suami dia nanti sentiasa tegur Hani. Tegur dia jangan buat salah. Maksud Papa elakkan dia dari buat dosa sebab kamu yang perlu tanggung dosa dia. Dan kalau suatu hari nanti kamu dah taknak jaga Hani dah penat dengan Hani. Atau memang sampai situ je jodoh kamu Papa harap kamu pulangkan Hani kepada keluarga dia dengan cara yang baik. Kalau kamu rasa rumah tangga kamu masih boleh diselamatkan bincang dengan Hani baik-baik. Jaga diri dia faham?" Kata Dato Haris panjang lebar.

Ryan hanya mengangguk. "Ryan janji akan buat macam apa yang Papa cakap tadi" Kata Ryan. "Jangan nak janji je kalau tak buat" Kata Dato Haris. "Ye Papa Ryan tahu. Ryan janji Ryan akan jaga Hani".

Sementara itu Hani asyik bersin dirumahnya. "Kamu ni apahal Hani? Bersin je dari tadi" Kata Zura. "Entahlah Zura" kat Hani. "Ada orang cakap belakang kot" Kata Denisha. "Ish siapa pulak nak kata Hani?" Tanya Hani. "Mana tau ada. Kita bukan tau Hani. Lain orang lain hati" Kata Denisha.

"Oh ya semua dah siap? Persiapan korang." Denisha bertanya. "Dah. Borang nikah esok kitorang hantar. Dah pi medical check up. Lepastu kursus kahwin pun dah. Semua borang dah lengkap." Hani memberitahu.

Tiba-tiba Zura memeluknya. "Tak sangka sepupu aku dah nak kahwin. Lepasni dah jadi bini orang. Susahlah nak jumpa nanti." Katanya. Zura dan Hani merupakan sepupu. Memang rapat dari dulu lagi. Hani menayangkan muka sedihnya. "Alah Zura janganlah nangis. Aku masih single ni. Belum jadi bini orang lagi." Hani berkata. Diusapnya belakang badan Zura.













KETIKA dia dan Ryan sibuk bersembang tiba-tiba ada seorang wanita menghampiri mereka. "Oh hai Ryan." Tegurnya. Ryan angguk sahaja manakala Hani memandang wanita itu lama. "Chill lah Hani. Puteri je pun." Ryan berkata.

"So ni lah Hani? Finally dapat pun jumpa awak." Puteri berkata. Dipegang kedua belah tangan gadis itu. Hani tak tahu nak buat apa. Dia sekadar tersenyum. "Donn't worry lah Hani. Saya dengan Ryan dah lama putus. Kitorang kawan biasa je. He deserve you." Kata Puteri. Kemudian Ryan berdiri. "Pi tandas kejap. Korang bual-buallah." Sebenarnya dia ajak Hani keluar sebab nak tunangnya itu bertemu sendiri dengan Puteri.

"Ryan beruntung dapat awak tau." Puteri berkata. "Kenapa pula?" Hani bertanya. "Siapa je tak nak ada isteri yang sempurna macam awak. Tutup aurat pula tu. Sedangkan saya ni. Nak pakai tudung pun susah apa tah lagi nak solat. And saya pernah ajak dia tidur hotel. Tapi Ryan macam biasa dia tolak." Puteri menceritakan semula zaman dia bercinta dengan lelaki itu.

Menurut Puteri, Ryan memang jenis yang jaga maruah perempuan. Malah ketika Puteri memakai skirt pendek dia sanggup belikan seluar. Malah Ryan tak nak keluar dengannya jika dia berpakaian seksi. Memang Puteri menyesal dahulu sebab tinggalkan Ryan. Tapi apa boleh buat. Jika dia dan lelaki itu masih bersama, akhirnya mereka bakal putus juga kerana dia bukanlah jodoh lelaki itu. Selama ini dia cuma menjaga jodoh orang. Dan kini tiba masanya gadis yang sebenarnya menjaga lelaki itu.

"Ryan memang jenis yang penyabar. Tapi kita tak tahu sampai mana tahap kesabaran dia. Jadi Hani. Jaga perasaan dia. Ye lah lelaki kan lepas dah kahwin ni memang ramai anak dara suka. Awak kena jaga dia. Ya." Puteri menasihatkan.

"Dah lah tak payah dengar pasal percintaan kitorang lagi. Hani ada nak tanya apa-apa pasal dia?" Puteri bertanya. Apa salah kalau dia kongsikan semua pasal lelaki itu dekat gadis yang bakal menjadi isteri kepada lelaki itu. "Boleh juga tu. Ryan suka makan apa?" Hani bertanya.

"Dia tu keturunan arab kan? Memang lidah arab sikit tapi jangan risaulah dia tu tekak melayu. Kalau kitorang keluar dulu memang suka order asam pedas. Hani tahan pedas tak?"

Hani menggeleng. Dia termakan cili pun sudah 3 gelas air dia minum. Apatah lagi kalau makan asam pedas.

Puteri tertawa. "Hati-hatilah Hani. Memang tak tahan punya. Tapi dia tu kebal." Ujar Puteri. Lama juga mereka berdua berbual. Dan semuanya topik berkaitan Ryan.

Bila lelaki itu datang semula Puteri meminta diri untuk pergi. Tak baik juga dia mengganggu mereka. "Kejap lah Puteri." Ryan menghalang. "Apa dia?" Puteri bertanya. Sepucuk sampul diserah kepadanya. "Ni kad jemputan kitorang. Kalau kau sudi datanglah. Sebagai kawan?" Tanya Ryan.

Puteri tersenyum. "Mestilah saya datang. Nak juga tengok ex saya ni bahagia. Lepastu banyak lagi ni gosip nak bagitau Hani. Hani nanti kita bercall ya." Katanya. Hani angguk sahaja sambil tersenyum.

"Amboi mesra ya aku tengok korang dua. Sembang apa?" Ryan bertanya setelah Puteri pergi. "Ada lah. Awak tak boleh tahu. Ni rahsia kami." Dah dia sambung tersengih sahaja.

Tak semestinya orang ketiga itu jahat. Tak semestinya dia wujud untuk merampas. Begitu juga Puteri. Dia dan Ryan sekadar kawan sahaja. Mereka sudah lama putus. Buat apa lagi dia nak ganggu lelaki yang bakal berumah tangga itu. Dia tak nak menjadi penganggu kepada rumah tangga yang bakal bekas kekasihnya bina.

Jika dia tidak boleh berkawan dengan lelaki itu dia boleh sahaja berkawan dengan Hani kerana menurut apa yang Ryan katakan dia dan gadis itu mempunyai hobi yang sama iaitu menonton drama. Mana tahu dia boleh kongsikan drama yang bagus dekat Hani.

"Balik nanti kau drive ya." Kata Ryan. "Asal pula? Awak lah drive." Hani membantah. "Eh dia ni. Kau je lah drive. Nak juga tengok tunang sendiri drive. Tak guna ada lesen kalau tak tahu drive." Perlinya. "Hmm ye lah. Kereta auto ke?" Hani bertanya.

"Ye Sayangku. Kereta auto. Kenapa kau nak manual ke?" Ryan bertanya. Hani geleng kepala lalu tertunduk. Tiba-tiba pula dia malu sendiri bila dipanggil 'Sayang' oleh lelaki itu.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now