Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Jemput juga baca 'Dia Lah Suri Hatiku' dan kalau sudi tekankan vote sekali ya untuk semua bab di cerita itu. Thanks sudi support and have fun semuaSUDAH sebulan sejak kes Hani keguguran. Pasal Misha tu mereka diam sahaja. Tapi bila Misha berani untuk mencederakan Hani lagi Ryan tak teragak-agak untuk membongkarkan rahsiah Misha.
"Kita nak ke mana Abang?" Hani bertanya. "Datinglah." Jawab Ryan sambil tersenyum. Selepas sahaja Hani pulih dia terus sibuk dengan kerjanya. Hujung minggu pun dia sibuk juga. Jadi harini baru dia tak sibuk dan terus ajak Hani keluar. Dia ajak ke Melaka terus.
"Tapi kenapa suruh bawa baju?" Hani bertanya. "Kita pi Melaka. Esok baru balik sini ya. Nak ambil aura." Kemudian Ryan memegang tangan isterinya. "Bolehkan?" Dia berharap. Hani memandang sahaja suaminya sambil tersebut. "Kalau saya tak mahu?" Usiknya.
"Sayang dah sebulan kot. Tak kan nak seksa Abang pula. Tak kan Sayang tak mahu mengandung lagi." Pujuk Ryan. Mukanya mengharap sangat. Hani pula yang rasa bersalah bila abaikan tanggungjawab suaminya itu untuk memberi nafkah. Dia kena ikut cakap suaminya jika tidak nanti jadi nusyuz pula.
"Baiklah. Saya bagi." Terus Ryan tersenyum seperti seorang kanak-kanak yang mendapat gula-gula. "Oh ya. Abang tak buat apa-apa ke dekat akak Misha?" Hani bertanya. Selama sebulan ini Misha senyap sahaja. Begitu juga suaminya.
Ryan diam seketika. Matanya fokus pada pemanduannya. "Dia tak apa-apa kan Sayang jadi Abang senyap. Tapi tak bermaksud Abang maafka dia. Selagi dia tak minta maaf dekat Sayang selagi tu lah Abang tak kan bercakap mahupun melihat muka dia. Lebih parah lagi Abang tak kan makan masakan yang dia masak." Ujar Ryan.
Hani tergamam. "Sampai begitu sekali?" Ryan angguk. "Habis Sayang nak Abang senang-senang je minta maaf dekat dia atas apa yang dia dah buat dekat Sayang. Walaupun dia tu kakak ipar Abang, biras Sayang. Tapi dia bunuh anak kita Sayang. Dia sanggup bunuh anak kita. Cuba bayangkan kalau Sayang juga terbunuh masa tu. Sayang ingat senang Abang nak maafkan dia?" Hani diam sahaja. Dia tidak mahu menyampuk. Biar suaminya habiskan cakap dahulu.
"Kalaulah membunuh tu tak berdosa. Tak ada hukuman. Tak ada undang-undang Abang dah lama bunuh dia. She trying to kill you and kill our baby Sayang." Tambah Ryan dengan wajah yang serius.
Hani kemudian memegang lengan suaminya. "Abang jangan risau. Saya kan jarang jumpa dia. Kita jarang dah balik rumah mama. Kalau dia cuba nak apa-apakan saya lagi. Abang jangan risau. Sayang akan lawan." Kata Hani.
"Habis haritu kenapa tak lawan?" Soal Ryan. "Saya kan tengah mengandung. Lebih-lebih lagi masa tu saya tak sedar pun dia nak tolak saya. Dia tolak saya sampai kena bucu meja tau. Lepastu dia tendang perut saya." Masa itu Hani hanya mampu mempertahankan perutnya dengan meletak kedua belah tangannya di atas perutnya. Dia cuba menepis tendangan dari Misha tapi ketika itu fikirannya cuma pada anaknya sahaja.
Terus mukanya kelihatan terkejut sebelum riak wajahnya berubah serius. "Apa Sayang kata? Dia tendang Sayang? Tendang perut Sayang? Jadi Sayang keguguran bukan sebab jatuh?" Hani angguk. Bukan dia dah bagitahu ke haritu? Oh dia lupa. HAHAHA. Maaflah ketika itu fikirnya serabut.
"Mula-mula saya jatuh tu memang kuat. Lepastu dia tendanglah sampai keluar darah." Beritahu Hani. "Berani dia." Ryan memegang stereng kereta dengan kuat.
Hani terus menyabarkan suaminya. "Tak perlulah fikir. Sekarang ni kan kita nak cuti-cuti. Nak berehat. Abang kan dah penat kerja berapa minggu ni tak ada rehat. Usah fikir lah pasal tu. Abang fikir saya je." Kemudian Hani tersengih.
SEMENTARA itu pula di rumah keluarga Ryan, Misha sedang duduk bersantai sambil melihat tv manakala Datin Fauzian sedang memasak. Sejak dia menipu dia mengandung dia terus jadi malas kerana semua benda dibuat oleh Datin Fauzian.
Kini Misha menganggap dirinya sebagai pemaisuri di villa berkenaan. Malah dia berani untuk menyuruh Datin Fauzian untuk mengambilkannya air. Malah pernah juga dia suruh Rania untuk mengemas bilik tidur mereka. Tapi Rania tak pernah buat.
Misha dah anggap Datin Fauzian macam orang gajinya. Dia juga pernah menengking mama mentuanya itu. Bila di hadapan Razali sahaja dia baik. Jika tidak dia anggap macam dialah queen di dalam rumah berkenaan.
"Mama lambat lagi ke masak?" Soalnya. Sedangkan Rania yang merupakan anak kandungan Datin Fauzian pun tak pernah mengawal mamanya. Rania tidak pernah lagi meminta buat segalanya dekat Datin Fauzian sejak dia remaja hingga kini. Misha sungguh berani bila dia sanggup ambil kad kredit milik Dato Aziz untuk dia gunakan shopping. Setiap hujung minggu pasti dia akan keluar untuk membeli barang yang sebenarnya dia langsung tak guna. Sekadar hendak menunjuk pada kawan-kawannya.
Dulu Misha juga pernah menjual nombor dan gambar Ryan yang dia ambil secara sembunyi-sembunyi pada kawan-kawannya. Perbuatannya itu menyebabkan Ryan terpaksa menukar nombor telefon berkali-kali kerana sering diganggu oleh kawan-kawan kepada Misha.
"Kejap lagi masak lah." Jawab Datin Fauzian. Dia kecik hati bila dilayan serupa orang gaji di villa berkenaan. Tapi dia gembirakan sahaja dirinya dengan kehamilan Misha yang sebenarnya dia tidak tahu dirinya ditipu.
Tidak lama kemudian Rania balik dari kolejnya. Dia segera menapak ke dapur untuk membantu mamanya. Nak harapkan kakak iparnya itu tak perlulah. "Mama tahu tak abang Ryan dengan kak Hani pi Melaka?" Rania bertanya.
Datin Fauzian senyum dahulu melihat anaknya itu. "Tahu. Hani ada call tadi. Kamu jangan kacau lah dulu dorang dua tu ya. Jangan mengada nak minta beli apa-apa dekat abang Ryan kamu tu. Bagi dorang masa lah." Datin Fauzian faham kenapa Ryan ajak menantunya itu ke Melaka. Dorang berdua dalam usaha nak dapatkan anak.
Hani memang kecewa dengan pemergiaan anaknya itu. Jadi dia tidak sabar untuk mengandung sekali lagi. Dia nak ada pengalaman mengandung. Dia nak rasa sendiri apa yang ibu-ibu diluar sana rasa. Dia nak alami sendiri saat-saat bayi dalam kandungannya memberi respon. Hani nak dukung bayi. Hani nak menyusukan bayi. Hani juga nak tengok anak-anaknya membesar.
Begitu juga Ryan. Dia tidak sabar menanti saat pertama kali mendukung bayinya. Saat pertama kali mengazan di telinga anaknya. Dia nak juga merasai apa yang lelaki luar sana alami ketika menemani isteri di dalam bilik bersalin. Dia nak berada di sebelah Hani. Memberi kata-kata semangat pada Hani saat isterinya itu berjuang untuk melahirkan anaknya.
Misha pun pasang telinga juga. Mendengar perbualan adik iparnya bersama mama mentuanya itu. Kemudian dia membuka aplikasi instagram dan terus cari story milik Hani. Dia cemburu. Cemburu bila melihat Hani dilayan serupa tuan puteri oleh Ryan. Sepatutnya dia yang dilayan serupa itu. Sepatutnya dia yang berkahwin dengan Ryan. Dia tidak mahu dekat Razali.
Walaupun selama ini Razali sudah banyak berkorban buatnya. Tapi kerana ego dan sikap Misha yang terlalu pentingkan dirinya dia mengabaikan Razali. Mengabaikan suami sendiri demi adik iparnya. Tapi dia tak sedar ke selama ini Ryan langsung tidak memandangnya? Malah sebenarnya Razali ada berkawan dengan seorang janda anak satu. Kawan sekolahnya dulu kerana Razali sedar Misha berkahwin bukan kerana cinta tapi terpaksa.
Razali sendiri pun bukannya sayang dekat Misha sangat pun. Walaupun sudah 5 tahun berkahwin Razali masih tidak memaafkan Misha atas perbuatan Misha yang memerangkap dirinya.
Dia menunggu masa yang sesuai sahaja untuk menceraikan Misha. Kerana dia mahu berkahwin dengan wanita yang bernama Syaza itu. Dia tidak kisahlah Syaza merupakan seorang janda beranak satu kerana dia ikhlas berkawan dengan Syaza.
Razali juga tahu sebenarnya Misha senyap-senyap bertemu lelaki dibelakangnya. Dia tengah kumpul bukti untuk menjatuhkan Misha. Dia nak Misha kena atas batang hidung sendiri perbuatannya dahulu. Dia mahu membalas dendam pada Misha.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...