Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 70 votes diperlukan untuk buka bab 74. Thank you sudi support and have fun guys ❤
HANI kerap kali termenung sejak dua menjak ini. Dia lebih banyak diam berbanding dahulu. Keadaan Hani ketika ini memang merisaukan Ryan. Dia sampai sanggup hantar anak kembarnya ke rumah mamanya.
"Sayang jom makan." Ajaknya. Tapi Hani senyap sahaja. "Dah nak sebulan pun pun ibu pergi. Kita kena lah reda Sayang." Bulan lepas, seminggu setelah Hajah Rudiah koma dia telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi hari khamis. Dalam tempoh masa 3 hari selepas pemergian arwah Hani telahpun bertindak seperti orang tidak waras. Dia sering kali meroyan dan menangis tidak tentu pasal.
Dan kini Hani lebih banyak mendiamkan diri berbanding bercakap.
"Sayang tak kesian ke dekat baby dalam perut tu?" Ryan memujuk lagi kali ini menggunakan bayi di dalam kandungan isterinya itu.
Hani terus mendongak memandang Ryan yang ketika itu berdiri di hadapannya. "Abang maaflah." Ucapnya. "Its ok lah Sayang. Dah pergi lah bersiap." Ujar Ryan. Dia terus membantu Hani untuk turun dari kerusi berkenaan.
"Tadi kata nak makan. Lepastu nak bersiap pula." Dia bingung seketika. "Kita makan dekat luar lah. Sayang cakap je nak makan dekat mana. Abang bawakan." Ryan memberitahu.
Sebenarnya dia tak nak Hani memasak hari ini dan dia pula malas nak masak. Alang-alang anak-anak di rumah mamanya lebih baik dia ajak Hani makan di luar. Dapatlah berdua sekejap. Selalu ada dua beradik itu menganggu mereka. Kali ini tidak.
Hani sekadar menangguk lalu melangkah ke atas. Begitu juga Ryan. Dia pun nak tukar seluar. Tak kan dia keluar dengan seluar pendeknya yang di atas lutut itu.
Bila Hani selesai bersiap dia terus terpandang suaminya yang tengah sibuk mengemas. Mengemas pakaian.
"Abang kata nak makan kat luar je. Kenapa sampai kemas baju?" Soal Hani. "Siapa kata kita makan kat sini. Kita makan di Melaka lah Sayang. Lepastu tidur di sana 1 malam." Memang sudah lama dia mahu membawa Hani berjalan-jalan.
Sudah 40 hari sejak Hajah Rudiah meninggal dunia jadi barulah Ryan membawa Hani bercuti untuk merehatkan isterinya itu. Dia menghormati akan pemergian ibu mentuanya dan sebab itu lah selepas 40 hari baru dia ajak isterinya bercuti.
Selesai memasukkan baju ke dalam bonet kereta barulah mereka bertolak ke Melaka. Tapi sebelum itu singgah di rumah keluarga Ryan terlebih dahulu.
"Abang ajak twins sekali ke?" Hani bertanya. Ryan angguk sahaja sebelum keluar dari keretanya. Dia terus menghampiri Datin Fauzian yang sedang berdiri di muka pintu berkenaan.
"Hani dah ok?" Datin Fauzian segera bertanya. "Macam tu lah ibu. Sehari makan sekali je. Kadang-kala tak makan. Sampai Ryan terpaksa suap dia." Dia terpaksa bertindak tegas kerana Hani berdegil tidak mahu makan.
"Tapi mama rasa Hani tu dah ok. Muka dia pun dah pucat." Ujar Datin Fauzian. Kali terakhir dia jumpa Hani pada 3 minggu yang lalu wajah menantunya itu sungguh pucah seolah-olah sudah tidak bernyawa lagi. Tapi kini sudah tidak pucat seperti dahulu lagi. Hani pun dah tersenyum semula.
"Ok lah Ryan gerak dulu. Aryan, Haziqah pergi masuk kereta." Dua beradik itu terus melangkah masuk ke dalam kereta papanya. "Hati-hati bawa kereta tu. Bukan 3 orang kamu bawa Ryan. 4 orang kamu bawa. Menantu mama tu mengandung jadi jaga Hani ya." Pesan Datin Fauzian. Ryan sekadar menangguk kemudian bersalam dengan mamanya sebelum melangkah semula ke keretanya.
Aryan terus menghampiri Hani lalu bertanya. "Bila adik nak keluar?" Hani senyum sahaja lalu memandang Aryan dan Haziqah. "Adik baru 4 bulan sayang. Tunggu lagi 5 bulan ya baru adik keluar." Hani menjawab.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...