BAB 54

3.3K 104 0
                                    

   Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 60 votes diperlukan untuk buka bab 55. Thanks sudi support and have fun guys ♥️





             "KAU apa? Nak kahwin? Bila?" Hani bertanya pada Zura. Gadis itu asyik tersengih sahaja dari tadi. Denisha dan Mira pun kelihatan teruja bila mendapat tahu berita tersebut dari Zura.

"Ya aku nak kahwin. Tapi bukan sekarang lah. Lepas kau beranak baru aku bertunang. Mungkin tahun depan kot aku nikah." Beritahu Zura. "Asal lepas aku beranak pula? Tak boleh ke sebelum?" Hani bertanya.

Zura terus pandang Hani. "Dah kau dengan perut kau tu. Ingat kau tu larat sangat ke. Biarlah lepas kau pantang. Nak juga tengok kau naik pelamin lagi. Kali ni dengan babies." Kata Zura. Hani bingung sekejap. "Laki aku nak ajak bersanding lagi ke? Ish tak nak aku." Kata Hani.

"Bukan lah. Nanti masa aku bertunang aku tempah pelamin kecil. Nak lah juga ambil gambar sama korang berempat. Ajak anak-anak kau sekali. Tu maksud aku." Hani terus angguk kepala dan sengih. "Cakap lah. Ni tak aku ingatkan laki aku nak ajak naik pelamin lagi." Ujar Hani. Zura geleng kepala sahaja.

"Tema apa?" Denisha kemudian bertanya. "Hijau. Korang kena pakai baju hijau tau. Wajib." Zura mengingatkan. "Tapi aku tak ada baju hijau." Kata Hani.

Dia banyak baju warna pastel sahaja. Tak banyak baju warna hijau. Ada pun baju tidur. Tak kan dia nak pakai baju tidurnya yang seksi tu pula. Hairan nanti tetamu Zura. Habis dia kena bagi ceramah oleh suaminya.

"Kau pinjam lah baju laki kau. Apa guna ada laki kalau kau tak rembat baju dia." Ujar Mira. Yang lain ketawa sahaja. "Nasib aku ni mengandung tau kalau tak naik kaki aku ni. Aku selalu juga lah pakai baju dia. Tapi sekarang tak boleh lah. Koyak baju dia nanti." Balas Hani dengan muka yang menyampah.

"Hani kau dah sedia ke nak beranak?" Tiba-tiba Denisha bertanya. Dia ni sebenarnya belajar bahagian perubatan tau. Dia belajar bahagian pakar sakit puan. Nanti ada lah dia sambut baby. "Dah kot. Tapi dorang kata sakit. Aku takut lah." Kata Hani. Maklumlah bukan seorang yang keluar tapi dua orang. "Memang lah sakit. Tapi kau ikut je lah semua arahan doktor. Dia kata tolak, kau tolak. Dia suruh kau bernafas normal buat. Jangan pula kau tahan nafas. Tak pasal-pasal laki kau meroyan." Nasihat Denisha.

Denisha dah pernah praktikal sambut budak. Jadi dia tahu. Pengalaman ngeri tu lah jadi sumber pendapatannya nanti. Kerjanya bila dia dah graduate nanti.

"Entah-entah aku yang sambut anak kau nanti. Dapat juga lah tengok laki kau kalut kan?" Gurau Denisha. "Ish tak nak aku. Tapikan doktor Marlina yang sambut nanti. Laki aku dah booking awal-awal." Beritahu Hani. "Tak sabar pula tunggu kau beranak tau." Ujar Mira dengan teruja. Lagi teruja dari si ibu.

"Sabar lah. Sikit lagi ni. Aku dah terasa bawah sangat dah budak berdua ni." Dan sebab itu lah dia tak berjalan keluar lagi. Kawan-kawannya yang datang rumah. Hani dah sukar untuk berjalan dan dia cepat penat.

"Eh jemput lah minum. Lepastu kalau lapar masuk je dapur tu ambil makanan. Laki aku masak tadi." Bila Ryan tahu kawan-kawan isterinya nak datang dia terus tawarkan dirinya untuk masak. Sekali-sekala kan. Tak salah.

Zura terus berdiri dan melangkah ke dapur. "Amboi rajin pula laki kau masak ya. Oh ya dia mana? Tak nampak pun. Harini kan sabtu. Kerja juga ke?" Hani terus geleng kepala. "Dia keluar kejap lah jumpa kawan dia. Nak lepak luar katanya sebab korang datang kan." Beritahu Hani. "Lah tak kan masih segan dengan kitorang. Dah setahun kot korang kahwin." Ujar Denisha pula. Mereka berempat sama-sama ke dapur.

Hani angkat bahu sahaja. Entah lah kenapa suaminya itu macam tak biasa dekat kawan-kawannya kecuali Zura lah. Sebab Zura tu bila-bila masa je tiba-tiba datang. Tak bagitahu pula tu.

    "KAU lepak dengan aku ni bini kau tahu ke?" Airil bertanya pada Ryan. "Tahu lah. Kalau tak telefon aku ni berhenti tau berbunyi." Sebab Hani akan call dia balik-balik.

Kemudian Airil sekadar memandang Ryan yang tengah sedap menyuap mee goreng itu ke dalam mulutnya. Serupa orang tak makan setahun. Bini dia tak masak ke? Terus Airil menegur.

"Kau ni gelojoh lah makan. Macam bini kau tak bagi makan dekat rumah." Katanya. "Aku tak makan tadi dekat rumah sebab kau lah. Aku baru siap mandi dah di call tau." Ujar Ryan. Selepas masak dekat rumah tadi dia terus mandi lepastu terus keluar sebab Airil ajak lepak. Airil sengih sahaja. Lah salah dia rupanya.

"Kau dapat tak cerita pasal reunion sekolah nanti?" Airil kemudian bertanya. Ryan angguk. "Tapi entah lah kalau aku dapat datang atau tak. Lagi 3 minggu kot. Entah-entah masa tu bini aku beranak. Kalau dia beranak memang aku temankan lah. Memang tak pergi. Siapa yang rancang tu?" Sebab dia dah janji akan masuk bilik bersalin menemani Hani.

Lepas Hani beranak pula memang dia ambil cuti 1 bulan sebab nak jaga Hani. Nak juga belajar cara perempuan berpantang sebab bila nanti masuk anak seterusnya dia boleh uruskan pantang isterinya. Tak payah nak menyusahkan mama dan ibu mentuanya. Biar dia sahaja yang menjaga isterinya.

"Si Lana lah yang rancang. Kalau kau nak minta tunda tarikh bincang lah dengan dia." Ujar Airil. "Buat apa nak tukar tarikh. Kalau korang nak pergi aku tak kisah. Aku nak jaga bini aku. Kang aku pergi dia merajuk aku juga yang susah." Lagipun dia tahu tentu nanti banyak yang bertanya padanya macam mana dia boleh kahwin dengan adik si Ikhwan pula. Mesti mereka mention nama Puteri. Walhal dia dan Puteri dah tak ada apa-apa sebelum bertunang dengan Hani. Dah lama pun putus. Mereka kawan sahaja.

Cakap pasal Puteri dia hairan juga tiba-tiba Puteri hilang begitu sahaja. Nombor pun dah tak ada sebab Hani padam nombor Puteri di telefonnya. Malah semua yang berkaitan dengan Puteri telah hilang di telefon milik Ryan. Hani telah memadam semua jejak yang berkenaan dengan Puteri.

Sedang Ryan sibuk berbual dengan Airil, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dia segera mengangkat. "Kenapa Sayang?" Ryan bertanya. "Abang masih dekat kedai kan? Belikan buah anggur ya nanti." Beritahu Hani. Buah anggur dah habis dekat rumahnya. Nak hidang buah dekat kawan-kawannya pun tak dapat.

"Hmm ye lah nanti balik Abang singgah belikan. Oh ya dorang Zura masih ada?" Dia kemudian bertanya. "Masihlah. Nak tengok wayang ni. Guna laptop Abang. Boleh tak?" Ryan tiba-tiba angguk. Macam lah Hani boleh nampak.

"Guna lah. Tahu kan password dia. Buka bahagian movie je." Katanya. "Asal? Takut lah tu orang tengok gambar dia tu." Ujar Hani. "Bukan lah. Dalam tu kan banyak kerja Abang. Nanti terpadam siaplah korang. Maklumat syarikat pun ada juga." Dia tak nak nanti bila isterinya membuka failnya tertekan delete pula.

"Baiklah bos. Kitorang tengok dulu ya. Jangan lupa ya belikan." Pesan Hani. "Ya. Nanti balik Abang singgah beli." Airil dari tadi sekadar pasang telinga sahaja. Malas lah dia nak menyibuk sekali.

"Kenapa?" Airil bertanya setelah Ryan meletak telefonnya semula ke atas meja. "Bini aku minta beli anggur lah." Beritahu Ryan. "Mengidam ke?" Ryan terus geleng kepala.

"Dia memang suka makan anggur." Beritahu Ryan. Mengidam? Hani dah tak mengidam sejak masuk 7 bulan usia kandungannya Hani dah tak minta benda-benda pelik dekatnya. Setakat spageti atau nasi ayam selalu lah Hani minta. Selalu tengah malam pula tu. Terpaksa lah Ryan tahan matanya untuk tidur gara-gara nak masak untuk Hani.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now