BAB 3

6.4K 207 4
                                    

Seperti biasa jangan lupa tekan vote

"IBU masak banyak-banyak ni kenapa?" Hani memandang ibunya. "Ada tetamu nak datang hari ni. Dah jangan kacau ibu. Kamu naik pergi tukar baju. Pakai lawa-lawa sikit" Hani hanya mengangguk lalu menuju ke biliknya.

"Assalammualaikum" Hajah Rudiah memandang Hani. "Hani pergi sambut" Hani hanya mengangguk. Dia berjalan menuju ke pintu. "Waalaikumsalam. Makcik pakcik jemputlah masuk" Hani mempersilakan tetamu tersebut masuk.

Dia kembali ke dapur. "Hani kau tolong buat nanti hidang kat depan lepastu masuk bilik. Jangan cuba-cuba nak dengat perbualan kami faham?" Hani hanya mengangguk.

Selepas menghidangkan air Hani masuk ke biliknya.

"Itu ke anak perempuan awak yang awak cakapkan haritu?" Datin Fauzian bertanya kepada Hajah Rudiah. "Ha'ah satu-satunya anak dara" Mereka hanya bersenyum.

"Beginilah macam yang kita pernah bincang dulu apa kata kita kahwinkan si Hani tu dengan anak lelaki kamu" Abah Hani memaling Dato Aziz. "Kami pun bercadang macam tu. So Ryan tu dah 25 tahun masih lagi membujang. Lagipun Ryan dengan si Hani tu kenal bukan dua tiga hari. Dah bertahun"

"Tapi si Hani tu mahu ke kat anak kami ni?" Datin Fauzian bertanya. "Pandai-pandailah saya nanti pujuk si Hani tu" Hajah Rudiah sudah tahu yang Ryan bersetuju untuk memperisterikan Hani.

Mereka meneruskan pembincangan mengenai penjodohan Hani dan juga Ryan. "Nanti saya bincanglah dengan Hani. Jangan risau saya yakin Hani bersetuju. Dia tu bukannya banyak melawan" Abah Hani berkata kepada Datin Fauzian dan Dato Aziz untuk menyakinkan mereka tentang perkahwinan tersebut.

Ikhwan pula terkejut apabila ibu bapa Ryan datang. 'Apasal keluarga si Ryan ada kat sini?' Dia melihat ke arah mereka. "Eh Ikhwan tak kerja?" Dato Aziz memandang Ikhwan. "Tak memang off day" Dia kemudian bersalam dengan bapa kawam baiknya itu.

"Ryan tak ikut?" Ikhwna bertanyakan. Selalunya Ryan pasti akan datang ke rumahnya tapi minggu ini dia langsung tak datang. "Ryan ada kat rumah. Cuma tak kasih benar dia ikut. Biar kami ja yang bincang" Ikhwan memandang ibunya dengan wajah yang pelik.

"Bincang pasal apa ibu?" Hajah Ruziah memandang anak terunanya. "Bincang pasal adik kamu dengan Ryan. Ibu dengan abah nak jodohkan Hani dengan Ryan" Ikhwan hanya mengangguk. "Adik tahu?" Mereka menggeleng.

"Pandai-pandai ibu lah cakap dengan dia" Ikhwan kemudian menghadap abah si Ryan. Diorang ni kalau kes jodohkan si Ryan memang serius. Tapi kenapa mesti Hani? Ikhwan bertanya kepada dirinya.

MALAMNYA Hajah Rudiah mengambil keputusan untuk berbincang perkara tersebut dengan Hani.

"Hani boleh ibu masuk?" Dia mengetuk bilik Hani. "Masuklah ibu" Hani membuka pintu biliknya. "Kenapa bu?" Dia duduk kembali ke katilnya. "Kalau ibu cakap Hani jangan marah ok?" Hani hanya mengangguk.

"Ibu nak Hani kahwin" Hani hampir menjatuhkan gelas ditangannya. "Apa? Kahwin? Tak nak lah bu. Abang Wan tu lagi tua dari Hani tapi kenapa mesti Hani yang kahwin dulu". Dia memandang wajah ibunya. Serius. Tak nampak macam bergurau.

"Hani masih belajarlah ibu. Lagipun ini tahun terakhir. Takkan Hani nak kahwin?" Ibunya memandang Hani. "Hani dia bukannya orang lain pun. Kawan abang kamu juga. Si Ryan" Matanya terus terbuka dengan luasnya kerana nama yang disebut oleh ibunya. Dia? Kenapa dia?

"WHAT? Ryan? Ibu please no i don't want to get marry to early and i don't like him" Hani mula melawan. "Hani ibu bapa dia berkenan betul dengan kamu. Lagipun abah kamu tu nak sangat tengok anak dia bersanding. Kamu pun tahu juga abah kamu tu dah tak sihat macam dulu" Hajah Rudiah cuma memujuk Hani.

"Taknak lah Ibu" Hani menghentak kakinya. Aku dah nak menangis ni. "Nak tak nak bulan depan kamu bertunang dengan Ryan" Ibunya kemudian berlalu keluar dari biliknya. Meninggalkan anak daranya itu meroyan.

Apa salah aku wei? Kenapa tiba-tiba ibu nak jodohkan aku dengan mamat tu. Eih tak sukalah begini. Hani kemudian memandang ke arah lantai.

Lawa lagi ni lantai dari muka dia tu. Hani berkata dalam hatinya.

HANI hanya mendengar apa yang dijelaskan oleh pensyarahnya. "Wei Hani kau ok tak?" Zura sebagai kawan baiknya bertanya kepadanya. "Tak ok tak ok. Aku kena suruh kahwin dengan Ryan weii. Aku tak nak lahh." Adunya. "Ryan? Bestfriend abang kau tu? Ok lah. Kau pun suka dia. Dia pun kalau begitu dah suka kau. Senang cite kau orang kahwin lah." Cadang Zura.

"Tu dulu. Dulu kan aku suka dia tapi tak sekarang. Dia dah ada girlfriend wei. Nanti apa pula awek dia kata. Tak nak aku. Lagipun aku kan dalam proses kenal Zarif sekarang ni." Zarif merupakan antara jejaka yang hot di kelas mereka. Padahal lelaki itu biasa-biasa sahaja. Tiada keistimewaan. Cuma Hani sahaja yang tergila-gilakan dia.

"Alah kau ni belum tentu Zarif tu nak dekat kau? Macam mana kalau dia nak main-main kan kau je. Kau tak kenal siapa pun dia yang sebenar." Zura bukan mahu memburukkan nama Zarif namun dia asyik dengar sahaja dari pelajar jurusan arkitek yang sebenarnya banyak perempuan sudah dipermainkan oleh Zarif. Zura tak nak Hani menjadi mangsa penipuan Zarif.

"Ah biarlah. Aku tak kisah." Balas Hani. Zura cuma geleng kepala lalu sambung menyalin perkara penting yang diterangkan oleh pensyarahnya itu.

Selesai sahaja kelas mereka pada waktu petang itu Hani segera berjumpa dengan Zarif. "Kau baliklah dulu. Aku nanti." Hani memberitahu Zura. Zura sekadar mengangguk lalu melangkah keluar dari dewan kuliah mereka. Dia sebenarnya nak cepat juga. Nak ke tandas. Dah tak tahan sangat ni nak terkucil. HAHAH.

Zarif ketika itu sedang mengemas begnya ketika Hani datang bertemu dengannya. "Eh Hani. Kenapa?" Zarif bertanya. Hani senyum sahaja dan memberi ruang untuk Zarif mengemas terlebih dahulu begnya. "Awak busy tak tengah hari esok?" Hani bertanya. "Tak. Kenapa?" Zarif bertanya.

Hani tersenyum malu lalu mengajak Zarif keluar makan bersamanya. "Kalau begitu esok tengah hari lepas kelas awak kita keluar makan ya." Ujarnya.

Zarif sekadar mengangguk. "Nanti text je location rumah kau ya. Aku ambik." Ujarnya. Hani lantas mengangguk. "Ok lah bye. Saya balik dulu. Jumpa esok." Zarif mengangguk sahaja lalu menghantar pergi pemergian gadis berkenaan.

"Kau ingat aku nak ke keluar dengan kau perempuan?" Zarif tersenyum sinis. Ketika itu dia tak sedar yang Razali terdengar apa yang Zarif katakan. Razali lantas memberitahu adiknya Ryan mengenai hal berkenaan.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now