BAB 38

3.7K 126 3
                                    

Welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. Jemput juga baca 'Dia Lah Suri Hatiku' dan kalau sudi tekankan vote sekali ya untuk semua bab di cerita itu. Thanks sudi support and have fun semua






  MEREKA semua kelihatan terkejut bila Hani mengumumkan mengenai kehamilannya itu. Mereka semua menerima dan tak sabar menanti kelahiran anak sulung Hani dan Ryan.

"Patutlah mama nampak Hani ni makin berisi. Dah berapa bulan?" Datin Fauzian bertanya. "Dah nak masuk 3 bulan ma." Jawab Hani. "Jaga diri tau. Kalau boleh jangan duduk sorang di rumah selalu. Ajak lah kawan-kawan adik tu datang rumah." Pesan Hajah Rudiah. Hari ini sengaja dia dan suaminya datang melawat rumah besannya. Alah bukan selalu pun.

"Ye adik faham. Jangan risau lah." Kali ini Ryan memang menjaga Hani dengan sebaik mungkin. Turun tangga pun nak kena pimpin. Semuanya untuk kebaikan Hani dan juga bayi di dalam kandungannya itu. Ryan tak nak pisang berbuah dua kali. Cukuplah haritu dia merasa terlalu sakit bila kehilangan anaknya itu. Dia tak nak lagi benda yang sama berlalu.

"Ma, ibu kami pi klinik dulu ya. Nak check up." Tiba-tiba Ryan muncul dari ruang tamu. Datin Fauzian dan Hajah Rudiah angguk sahaja. Setelah Hani dan Ryan bersalam dengan mereka berdua terus sambung bersembang lagi. Pasal Razali yang dah nak kahwin. Bulan depan kahwin dia kahwin dengan Syaza.

Mereka berdua sama-sama menanti  imbasan kandungan Hani kerana doktor Marlina tidak menayangkan kepada mereka lagi sementara doktor Marlina masih lagi menggerakkan alat tersebut di atas perut Hani. Doktor Marlina kemudian baru perasaan yang saiz uterus yang membesar lebih daripada normal yang menunjukkan ada dua embrio.

"Hani saya ada soalan ni." Ujar doktor Marlina. "Apa dia doktor?" Hani bertanya. "Hani kata Hani selalu rasa mual kan?" Hani mengangguk. "Kenapa doktor?" Ryan pula bertanya kerana tiba-tiba pula dia risau bila doktor Marlina bertanya begitu.

"Hani dalam keluarga ada yang kembar ke?" Doktor Marlina bertanya lagi. "Ada. Abang saya kembar." Tetapi kembar kepada Ikhwan meninggal akibat kemalangan jalan raya 4 tahun yang lalu. Doktor Marlina angguk lalu dia mengambil stetoskop lalu dia meletak di atas perut Hani untuk mendengar dengupan jantung.

Kemudian dia tersenyum lalu memandang Hani. Memang betullah apa yang dia fikirkan. Malah di skrin tersenyum juga jelas menunjukkan dua embrio.

"Tahniah Hani. Hani mengandung anak kembar." Kemudian dia menunjukkan kepada mereka imbasan kandungan Hani yang jelas menunjukkan 2 janin yang sudah berpisah. Ryan terus menggenggam tangan Hani. "Terima kasih Sayang." Hani senyum sahaja. Satu lagi berita baik untuk keluarga mereka.

Doktor Marlina pun gembira juga kerana akhirnya bukan sorang tapi dua orang bayi yang dikandungkan oleh Hani ketika ini. Berkat usaha juga.

"Hani kena allert sikit pasal benda ni sebab kalau mengandung kembar ni risiko untuk keguguran tinggi. Tapi Hani jangan risau kalau Hani jaga kesihatan, jaga keselamatan diri insyaallah bulan 9 ni Hani boleh beranak. Tapi saya sarankan Hani untuk caesar boleh? Pembedahan akan dijadualkan pada minggu ke-3 hingga ke-37 atau lebih awal bergantung pada keadaan ibu dan janin dan juga bergantung kepada jenis kembar." Terang doktor Marlina.

"Saya akan jadualkan lebih awal proses Hani beranak nanti. Hani jangan risau. Ini untuk keselamatan Hani dan juga babies." Tambahnya lagi. Hani angguk sahaja mendengar penerangan dari doktor Marlina. "Tak boleh beranak normal ke doktor?" Ryan pula bertanya.

"Boleh sahaja Ryan. Itu bergantung dengan tahap kesihatan Hani dan juga babies. Kalau songsang lebih baik secara caesar." Terangnya. Juga doktor Marlina ada katakan bahawa risiko untuk kelahiran pramatang itu tinggi bila mempunyai komplikasi jantung atau masalah lain. Tapi doktor Marlina akan memantau kehamilan Hani dari minggu ke minggu supaya tiada masalah ketika Hani melahirkan nanti.

 

  "YA Allah. Hani serius ke ni?" Tanya Dato Aziz bila anaknya memaklumkan Hani mengandung anak kembar. "Serius lah papa." Jawab Hani. "Ish tak sabar lah mama nak tunggu Hani beranak nanti." Kata Datin Fauzian sambil dia membayangkan dirinya mendukung dua orang cucu. Tak sabar rasanya nak menimang cucu sendiri. Dia juga dah terfikir nak belikan baju dan permainan buat cucunya itu. Dia teruja nak tengok cucu kembarnya itu memakai baju yang sama.

"Jantina? Dah tahu?" Tanya Haji Haris pula. "Belum. Tak nampak lagi. Tapi kemungkinan besar sorang lelaki sorang perempuan." Sebab janinnya tidak di dalam plasenta yang sama. Bukan 1 plasenta tapi 2 plasenta. Maknanya bukan kembar seiras.

Kemudian Hani meminta diri untuk ke tandas. Ryan pun ekori Hani ke tandas. "Sayang kenapa ni?" Dia bertanya. "Nak muntah." Jawab Hani. Memang dia kerap kali rasa loya dan mual tapi selama ini dia sembunyikan semua itu dari Ryan. Mujurlah tidak teruk mana. Tapi sejak seminggu yang lalu Habi kerap muntah-muntah. Sampai dia dah tak bermaya nak bangun.

"Kenapa ni? Makin pucat je muka kamu." Soal Hajah Rudiah kepada anaknya itu. "Kamu bawa lah adik rehat dulu Ryan." Takut pula nanti ada juga yang pengsan. Ryan angguk kepalanya lalu membawa Hani berehat di dalam biliknya.

"Sayang rehat ok." Ujar Ryan. Hani angguk sahaja. Bila Ryan nak berdiri semula Hani terus menarik tangan suaminya menyebabkan Ryan terduduk semula. "Kenapa ni Sayang? Nak muntah lagi ke?" Dia bertanya terus sebab dia risau tadi Hani banyak muntah. Hani geleng sahaja. "Abang temankan." Beritahu Hani. Tak salah pun dia nak bermanja-manja dengan encik suami.

"Hmm baiklah. Abang temankan Sayang." Ujarnya lalu berbaring di sebelah Hani. Kemudian Hani memandang Ryan. "Abang buka lah baju." Terus mata Ryan membulat. "Eh? Buat apa? Nanti lain pula yang jadi Sayang." Dia hairan tiba-tiba pula diminta untuk membuka baju. "Alah Abang tahan lah diri tu. Saya nak peluk." Dia memang suka peluk suaminya jika Ryan tak berbaju.

Ryan berbaring di sebelah Hani sambil mengusap perut isterinya itu sehingga dia sendiri tak sedar yang dia tertidur. Dia terbangun pun sebab telefonnya berbunyi. Dia segera mencapai telefonnya lalu mengangkat. "Hmm kenapa?" Dia bertanya dalam keadaan yang masih separuh bangun itu. Ryan belum lagi bangun sepenuhnya. Macam khayal pun ada juga. HAHAHA.

"Lepak? Malam ni? Tengok lah dulu macam mana. Aku kena tanya bini aku dulu." Walaupun dia suami dia kena lah juga memaklumkan pada Hani terlebih dahulu supaya nanti Hani tak risau padanya. "Hmm ye lah nanti aku tanya lah. Kau ni kacau lah aku nak tidur." Ujarnya pada Afiq .. Kawannya sekolah juga.

Kemudian bila dia meletak telefonnya semula ke atas meja dan nak sambung tidur pintu biliknya pula diketuk. "Ish! Satu per satu. Aku nak tidur ni." Omelnya lalu melangkah turun dari katilnya. "Nak apa?" Ryan bertanya pasal adiknya yang tersengih sahaja.

"Parents akak Hani dah nak balik. Lagi satu tolonglah pakai baju." Beritahu Rania lalu beredar pergi. "Suka hati aku lah nak pakai baju ke tak. Bilik aku juga." Omel Ryan sambil dia menutup semula pintu biliknya. Sehelai t shirt diambil sebelum dia turun ke bawah.

"Hani tidur nyenyak sangat tu yang Ryan tak bagi kejut." Ryan memberitahu pada Hajah Rudiah ketika dia menghantar mentuanya itu ke pintu rumah. Hajah Rudiah senyum sahaja lalu memegang tanga menantunya itu. "Tak pa lah. Biarkan dia rehat. Ingat pesan ibu tau. Jangan bagi Hani buat kerja-kerja berat. Nanti dia pengsan lagi." Pesannya.

Ryan angguk sahaja. "Baiklah ibu. Ryan pun terfikir juga nak ambil pembantu rumah. Nanti lah bincang dengan Hani. Insyaallah minggu depan kami pergi sana ya." Ujarnya. Hajah Rudiah angguk sahaja.

"Jaga diri tu. Jaga anak abah. Jaga cucu-cucu abah ya. Suruh Hani jangan lupa telefon kami selalu." Pesan Haji Haris pula. "Baiklah abah." Jawab Ryan. Dia bersama dengan mereka. Dia pandang sahaja pemergian kereta mentuanya itu sebelum dia masuk semula ke dalam.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now