BAB 30

4.6K 119 2
                                    

     Welcome back to chapter 30. Seperti biasa jangan lupa untuk tekan vote ya. And jangan lupa juga singgah baca ' DIA LAH SURI HATIKU ' and kalau sudi tekanlah vote untuk setiap bab dicerita berkenaan. Also terima kasih sudi support cerita author. Ok lah have fun guys ❤

     "HANI ni makin berisi lah mama tengok. Muka pun berseri-seri je. Hani mengandung ya?" Tanya Datin Fauzian. Hani yang ketika itu sedang makan terus memandang suaminya. Ryan faham apa yang Hani mahukan.

"Mana ada lah ma. Kalau Hani ni mengandung mesti kitorang bagitahu kan Sayang." Hani sengih sahaja. Tapi mereka berdua tak sedar yang Misha memerhati mereka dari tadi. Dia perasan ada benda yang tak kena.

Selepas makan Hani membantu Datin Fauzian membersihkan meja manakala Misha pula membasuh pinggan. "Mama tak tahu lah antara korang berdua siapa dulu mengandung tapi apa yang penting mama harap sangat yang cucu pertama mama lelaki tau." Beritahu Datin Fauzian. "Insyallah ma." Jawab Hani lalu melihat perutnya. Sekali lagi Misha memerhati Hani.

"Apa kata mama rehat. Kami dua je basuh pinggan ni. Mama kan dah penat-penat masak untuk Ryan dengan Hani. Biarlah kami je yang kemas semuanya." Cadang Misha. Sebenarnya dia ada muslihat lain. Bila mama mentua mereka keluar dari dapur Misha lantas menghampiri Hani.

"Weii perempuan. Kau mengandung kan?" Dia bertanya. "Apa akak ni. Sakitlah." Hani terkejut bila lengannya dipegang oleh Misha dengan kuat. "Jawab soalan aku. Kau mengandung kan." Dia bertanya lagi. Sesekali dia memandang pintu dapur bagi memastikan tiada sesiapa masuk. Dia tak kan terkantoi pula. "Tak. Saya tak mengandung." Tipu Hani.

"Baguslah kalau macam tu. Ingat Hani. Kau jangan cuba-cuba nak mengandung dulu. Biar mama bagi aku perhatian dulu. Aku nak aku yang mengandung dulu. Tapi kalau aku tahu kau mengandung dulu." Dia memandang perut Hani. "Aku pastikan kau dan anak kau. M. A. T. I. Faham." Ugutnya lalu berlalu pergi.

Hani terdiam. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat. Salahkan dia mengandung dahulu? Bukan dirinya yang mengawal semua ini. Semuanya telah ditetapkan. Tak kan lah dia nak gugurkan pula kandungannya hanya kerana Misha benci dia mengandung dahulu? 

Dengan muka yang tidak berpuas hati Misha duduk di sebelah suaminya itu. Ryan segera memandang kakak iparnya. "Hani mana?" Dia bertanya. "Kat dapur. Akak nak tolong tadi tapi dia tak bagi." Tipunya walhal dia tinggalkan Hani seorang diri di dapur. Ryan lantas segera ke dapur.

"Kenapa sorang je? Kenapa tak panggil Abang.?" Ryan bertanya. "Tak apa lah sikit je lagi. Abang pergilah rehat kat dalam tu." Ujar Hani. "Mana boleh Abang buat macam tu Sayang kan tengah mengandung. Nanti ada apa-apa yang jadi dekat Sayang Abang pula yang rasa bersalah tau." Katanya.

"Mengandung? Hani mengandung? Ya Allah betul ke ni?" Tanya Datin Fauzian yang kebetulan ke dapur. Hani dengan Ryan saling memandang antara satu sama lain. Habislah dah kantoi.

"Kenapa tak bagitahu kitorang yang Hani mengandung?" Dato Aziz bertanya bila mereka semua berkumpul di ruang tamu apabila mendapat beritahu tentang kehamilan Hani.

Hani tunduk sahaja. Dia tidak berani mahu melihat Misha kerana muka Misha serupa seorang pembunuh sahaja. "Kami pun baru tahu juga ma. Minggu lepas. Hani tak nak bagitahu lagi sebab masih awal." Ryan memberitahu.

"Tak nak bagitahu pasal tu atau sebab tak nak ada anak? Terfikir nak gugurkan kandungan jadi sebab tu tak nak bagitahu family sendiri. Kenapa? Rasa tak puas lagi hidup membujang? Tak nak ada anak lagi?" Sampuk Misha. "Akak bukan tu yang saya maksudkan...." Hani memandang Misha.

Misha pula sedang memeluk tubuhnya sambil memandang Hani. Dia sakit hati bila Hani mengandung dahulu kerana nanti semua perhatian akan diberi pada Hani dan dia pula diabaikan. Dia nak semua orang cuma memberikan perhatian padanya sahaja. Sepatutnya dia sahaja menantu perempuan di dalam keluarga itu dan sepatutnya dia yang mengandung dahulu.

Oh My HusbandWhere stories live. Discover now