Hi guys welcome back to another chapter. Seperti biasa jangan lupa tekan vote ya. 60 votes diperlukan untuk buka bab 53. Thanks sudi support and have fun semua
RYAN memandang lelaki dihadapannya dengan pandangan tidak puas hati. Siapa je lah yang tak marah bila secara tiba-tiba ada lelaki menegur isterinya. Lelaki itu lagi dia benci.
Hani dengan senyumannya terus menegur Zul. "Buat apa datang KL ni?" Hani bertanya pada Zul. Ryan yang sedang membulat matanya bila Hani menegur Zul. Zul sudah tersenyum lalu membalas. "Saja. Dah lama tak jalan-jalan dekat KL ni." Kemudian matanya melihat perut Hani.
"Dah berapa bulan?" Dia menghampiri Hani kerana mahu memegang perut wanita berkenaan. Ryan lantas menghalang lelaki itu. "Tak payah nak sibuk. Sayang jom." Dia terus mengajak Hani pergi. Hani tak sempat pun menjawab soalan Zul kerana dibawa pergi oleh suaminya.
"Tak payah lah nak layan dia tu." Ujar Ryan. Dia terus mengajak Hani ke tempat letak kereta. Moodnya terus terbantut bila melihat lelaki itu. Dah tak ada mood nak cari baju babies. "Abang ni kuat cemburu sangat lah. Dia tanya je pun. Tak kan tu pun tak boleh." Ujar Hani.
Ryan diam sahaja sambil kakinya lalu melangkah ke arah kereta mereka. "Kita balik je lah. Esok baru cari ya." Kata Ryan. Hani terus geleng kepala. "Kalau Abang tak nak cari dekat sini kita cari tempat lain lah. Saya nak beli harini juga." Pujuk Hani.
"Hmm ye lah. Dah masuk kereta." Hani terus senyum dan masuk ke tempat duduk penumpang. "Nanti singgah drive thru Mcdonald ya." Beritahunya. Ryan angguk sahaja. Semua yang Hani mahu dia tentu akan usaha dapatkan. Sehingga haritu sanggup ke Johor sebab Hani nak makan laksa Johor. Dia nak laksa dari sana. Ryan pun bawa lah Hani ke Johor. Dapat juga lah dia makan laksa dan berjumpa kawan-kawannya di sana.
Mereka ke sebuah butik menjual pakaian bayi setelah membeli makanan buat Hani. "Abang ni comel lah." Dia menunjukkan sehelai pakaian bayi berwarna kelabu tersebut. Satu set dengan stokin dan kasut pula tu. "Harga berapa?" Tanya Ryan. "Tak de lah mahal sangat. Kenapa Abang?" Ryan geleng.
Kemudian Hani letak semula baju tersebut. "Kita cari yang murah lah ya." Ryan terus pegang tangan Hani. "Kenapa pula? Ambik lah tu. Tak kan Abang nak kedekut dekat anak sendiri. Ambiklah. Abang bayar." Tak kan lah dekat anak pun dia nak berkira. Sudahlah ini anak pertama mereka.
"Betul ni? Tapi gaya Abang tadi lain je." Ryan terus senyum. "Abang gurau je lah Yang. Pilih lah. Abang tak kisah." Katanya. Dia tanya harga je. Bukan bermaksud dia tak nak beli. Bajet dia banyak untuk anak kembarnya itu. Dia tak kisah pun habiskan banyak duit untuk kelahiran bayi kembarnya kerana anak-anak kan pembawa rezeki. Mana tahu nanti dibalas dengan ganjaran yang lebih banyak dari apa yang dia keluarkan.
Setelah mendapatkan semua yang dia mahukan dia terus membawa ke kaunter untuk dibayar. "Tu je? Tak kan tambah lagi?" Ryan bertanya. Memang dah banyak mereka beli tapi mungkin Hani tak habis lagi nak beli baju untuk anak kembar mereka itu. Hani geleng kepala. "Nanti je lah kita tambah." Katanya. Ryan angguk sahaja dan menyuruh adik penjaga kaunter itu menscan semuanya.
Mata Hani terus membulat bila tengok harga keseluruhan hampir RM1000. Ryan tersenyum sahaja memandang Hani sambil mengeluarkan kadnya untuk membayar semuanya.
Tadi mereka dah beli katil dan bantal dekat ikea. Itu pun nak RM800 juga semuanya. Sebab bukan setakat untuk babies, mak babies pula beli juga. Beli bantal dan cadar baru untuk katil mereka.
"Lepasni kita tengok baju untuk Sayang pula ya." Ajak Ryan. Hani terus geleng kepala. "Tak perlu lah. Banyak lagi kan baju saya. Membazir je lah Abang." Ujar Hani. Dah banyak duit suaminya keluar dalam persiapan menimang cahaya mata mereka yang pertama ini. Banyak lagi duit yang mereka nak guna. Nak bayar bil elektrik, bil air, bayar rumah, bayar kereta lepastu nak beli barang keperluan lagi. Memang banyak lah kena guna duit.
Lepastu nanti bila Hani beranak nak bayar bil hospital. Beranak pun nak bayar juga tau. Bukan murah. Semua termasuk dalam bil hospital lah. Bayar sekali.
USAI solat asar berjemaah Hani terus merebahkan dirinya ke atas katil. Begitu juga si suami. Dua-dua mesti kepenatan kerana dari awal pagi mereka sudah keluar.
Bila Ryan berbaring di sebelahnya Hani terus menarik lengan suaminya untuk dijadikan bantal. "Selesa ke baring macam ni Yang? Tengkuk tu tak sakit ke?" Hani geleng sahaja.
Memang banyak posisi tidur yang tidak selesa buatnya tapi bila berbaring mengiring menghadap suaminya dia rasa selesa pula. Jika tidak mesti dia guna bantal yang ibu mengandung selalu gunakan. Sebab itu lah Ryan dah jarang peluknya tika tidur kerana tidak mahu mengganggu keselesaan Hani. Tak pa lah peluk diri sendiri sahaja je lah.
"Abang nanti bangunkan saya sebelum maghrib ya." Pesan Hani. "Ye nanti Abang bangunkan. Dah tidur." Dia kemudian mengucup ubun-ubun dan dahi isterinya sebelum dia tunduk mengusap perut isterinya dan dicium dengan penuh kasih sayang perut wanita yang sedang membawa anaknya itu.
Ryan terjaga dari tidurnya bila kedengaran bunyi telefon isterinya berbunyi. Dia segera mengangkat panggilan berkenaan dan kemudian dia turun ke bawah kerana ada pekerja penghantar barangan j&t datang. Selepas mengambjl bungkusan berkenaan dia ke dapur pula. Hendak masak untuk Hani. Dia mengurut pelipisnya dengan dahi yang berkerut. Memikir menu yang hendak dia masak buat isterinya.
Sejak kebelakangan ini selera Hani memang lain macam. Maklumlah dah masuk 8 bulan. Tak lama lagi dah nak beranak. Memang makin kuat lah Hani makan.
"Abang buat apa tu?" Kedengaran suara Hani bertanya. Ryan terus menoleh memandang isterinya yang sedang menggosok mata itu. "Masak lah. Oh ya tadi ada barang sampai. Abang letak atas meja dekat dalam tu. Pergi lah tengok. Barang Sayang tu." Dia memaklumkan sebelum dia terlupa. Jika tidak nanti Hani tak tahu pula barangnya sampai.
Hani terus angguk dan melangkah ke dalam ruang tamu. "Barang apa tu Yang?" Dia bertanya. Dia pun turut sama melangkah ke ruang tamu, hendak melihat apa yang Hani beli. "Saya beli baju. Lawa-lawa. Murah pula tu. " dia beli masa ada jualan haritu. Baju untuk suaminya pun ada.
"Tapi kenapa parcel dia besar betul?" Ryan bertanya. "Bukan baju saya sorang. Untuk Abang pun ada. Tapi tak tahu lah muat ke tak. Semua ambil saiz xl. Paling besar." Beritahu Hani. Selalu Ryan pakai saiz L. Tapi sebab takut saiznya kecil dia ambil yang paling besar.
Ryan kemudian duduk di sebelah Hani. "Sayang saja je kan beli saiz paling besar supaya nanti Sayang boleh pakai. Betul tak Yang?" Ujar Ryan. Dia tahu sangat isterinya itu. Dulu tika belum mengandung dan tika babies bump tak muncul lagi memang keraplah Hani pakai baju miliknya. Tak kira lah kemeja atau t-shirt.
Hani sengih sahaja. "Sebab baju Abang selesa." Tu yang dia selalu pakai. Ryan geleng kepala sahaja lalu berdiri semula. "Abang nak masak ni. Nak request apa-apa tak Yang?" Dia selalu panggil Hani sama ada 'Sayang' atau 'Yang.' Kalau 'Baby' dia jarang lah panggil Hani begitu. Kecuali bila dia berchat mahupun bila dia speaking English. Suka hati dia lah nak panggil apa pun. Jangan dia panggil janda jiran mereka tu 'Sayang' sudahlah. Memang kena lah oleh Hani.
"Nasi minyak." Beritahu Hani. "Ni hint bagi Abang kahwin lagi satu ke?" Guraunya. "Hei!" Hani sudah berdiri lalu memandang suaminya dengan tajam. "Dah kata nak makan nasi minyak. Tak de lah Abang gurau je lah. Tak kan lah Abang tergamak nak tambah lagi satu walaupun dalam Islam kata boleh." Ujarnya. Dia orangnya setia ya. Tak curang.
"Jangan risau lah Sayang. Kalau Abang buat hal bagitahu je dekat Ikhwan. Suruh dia belasah Abang." Katanya lalu memegang tangan Hani. "Janji tau." Kata Hani. Ryan angguk lalu angkat tangan kanannya. "Sumpah. Abang janji." Ujarnya.
"Tak baik main sumpah-sumpah." Ujar Hani. "Tahu. Jadi nak makan apa? Tak kan nasi minyak. Lama tu nak masak tau." Tanya Ryan. "Ikut Abang lah." Sebab semua pun dia makan. Dia bukan pemilih makan ya.
Ryan kemudian melangkah ke dapur semula manakala Hani sambung tengok baju-baju yang dia telah beli. Tak dapat nak cuba kerana sudah tentu tak muat kerana perutnya. Dia bukan beli baju mengandung tapi blouse biasa.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...