Seperti biasa jangan lupa tekan vote. Seperti apa yang author bagitahu pada bab sebelum ini, 80% jalan cerita untuk keseluruhan bab ini akan diubah ya. Bermakna Hani dan Ryan tak kan bercerai seperti dalam mimpi Ryan. Dan watak Syaza tidak lagi wujud. Seperti yang korang tahu dalam versi lama, Syaza terlalu suka dengan Ryan tapi bagi versi baru ini author tidak wujudkan watak Syaza tapi digantikan dengan Puteri which is kawan sekolahnya dari dulu. Konflik kali ini ada timbul disebabkan Puteri. Kalau nak tahu konflik apa sila lah stay tune ya.
"UNTUNG ler dapat bakal bini pandai masak. Kalau aku lah memang aku tak lepaskan perempuan sesempurna Hani tu. Kalau papa tak jodohkan dia dengan kau dah lama tau aku jadikan Hani bini aku" Komen Razali setelah mereka balik dari rumah keluarga Hani.
"Aik? Nak cari pasal nampaknya" Balas Ryan. "Alah siapa je tak nak dekat Hani tu. Dah lah baik lepastu pandai masak. Ayu lagi. Sopan. Muka dia pun lawa sangat. Dan paling penting dia tutup aurat. Sejuk hati aku ni tengok dia" Puji Razali. Saja nak buat adiknya itu panas.
"Aik memuji habis nampaknya? Kau ada hati ke dengan Hani?" Tanya Ryan. "Kau rasa? Orang gila je tak jatuh hati dengan dia" Balas Razali. "Oh jadi kau suka Hani lah? Tapi maaflah aku dapat dulu" Kata Ryan dengan selamba. Walhal sebenarnya dalam hati dia tu tak tenang. "Aku gurau je lah. Mana lah aku ada hati dekat Hani tu. Kau ni pun. Aku tak sekejam itu tau nak rampas bakal tunang adik sendiri" Kemudian dia tertawa.
"Lagipun dia kan pelajar aku. Gila ke apa nak suka pelajar sendiri." Tambah Razali. "Tahu tak pa." Jawab Ryan pula.
"Oh ya cakap pasal Hani. Kau urus kelas dia kan? Aku dengar kau suka buli dia. Even assignment yang recently punya. Kau kasih short masa untuk dia siapkan kan?" Ujar Rya. Razali sengih sahaja.
"Sejak dah dekat-dekat final exam dia ni kau punya perangai lain macam tau. Tahu lah lepas tu korang bertunang tapi aku ada sebab tau buat semua itu." Razali menerangkan. Dia mengerling memandang adiknya itu
"Apa sebab?" Ryan bertanya. "Dia selalu datang tau." Beritahu Razali. "Tak kan sebab tu je? Kau datang kerja lambat tak pa pula. Kan kak Isha." Ryan kemudian memandang kakak iparnya. Misha angguk sahaja. "Awak pun selalu lambat bangun. Tak da pula saya suruh buat kerja rumah." Misha menyokong Ryan.
Razali segera memandang isterinya. "Asal nak support Ryan pula." Misha cuma tersengih. Bila masing-masing sudah senyap Razali tiba-tiba teringat sesuatu.
Ketika dia melintasi blok menuju ke pejabat tempat dia berada di ternampak Zarif bersama rakan rempitnya. Dia tahu anak muridnya yang sorang itu merupakan kaki rempit. Memang sudah banyak kali dia tegur namun Zarif tidak mengambil kisah. Semua teguran dari Razali masuk telinga kanan dan keluar telinga kirinya.
"Tadi kan masa aku nak pi pejabat pensyarah aku dengar yang budak yang Hani usha tu cakap pasal dia. Aku dengar dorang nak jadikan Hani pertaruhan rempit dorang." Razali memberitahu.
"Serius?" Razali menangguk. "Hujung minggu ni aku dengar dia nak ajak Hani tu pi lumba motor dorang. Kau ajaklah Hani keluar." Cadang Razali. "Bagus juga idea tu. Hujung minggu ni lah aku ajak dia keluar." Kata Ryan.
SEPERTI cadangan Razali pada hujung minggu awal pagi lagi dia sudah berada di hadapan rumah gadis berkenaan. Tujuannya hendak membawa Hani jalan-jalan ke Ipoh. Saja nak makan angin katanya. Walhal nak elakkan Hani dari diajak keluar oleh Zarif.
"Korang tidur sana ke?" Ikhwan bertanya. Dia berdiri sambil memeluk tubuh memandang Ryan. Kawan baiknya itu. "Tak. Balik harini juga. Gila ke apa aku nak bawa dia 2 hari 1 malam. Anak dara orang tu. Sudahlah adik kau. Nanti apa pula kata papa aku." Memanglah dia tak kan membuat perkara terkutuk itu tapi tak manislah jika orang lihat dia dan Hani tidur semalam di Ipoh. Nanti ada yang menyangka mereka tidur sebilik.
Walaupun Hani bakal menjadi tunangnya 3 minggu lagi dia tak berniat hendak mengkhianati kepercayaan Hani dekatnya dengan Hani yang masih belum jawapan lagi.
Dia tidak mahu mengambil kesempatan ke atas Hani kerana keluarga gadisnya itu amat mempercayainya malah kawan baiknya sendiri membenarkan dia ke Ipoh bersama Hani. Ryan bukanlah jenis lelaki yang suka mengambil kesempatan terhadap seseorang.
Kedua-dua lelaki itu memandang Hani yang baru keluar dari rumah. "Kenapa?" Hani bertanya. Dia memandang pelik abang dan kawan baik abangnya itu. "Kau bawak beg kenapa? Bukan kau tidur situ pun. Harini kau balik sini." Tanya Ikhwan. "Oh ni. Laptop dengan buku lah. Orang nak study. Lusa dah start exam." Hani memberitahu.
Daripada dia membuang masa ketika dalam perjalanan lebih baik dia baca semula nota-nota penting. Ada lagi beberapa topik yang dia masih belum kuasai.
"Kitorang gerak dulu lah. Kang jem pula jalan." Ryan berkata. Ikhwan menangguk sahaja tanda dia membenarkan. Hani kemudian bersama dengan abangnya sebelum berjalan masuk ke dalam kereta lelaki itu.
Apabila kereta milik Ryan keluar dari halaman rumahnya Hajah Rudiah pula keluar dari rumah. "Dorang dah gerak?" Dia bertanya. "Eh ibu. Ha'ah baru je. Kenapa?" Tanya Ikhwan. Hajah Rudiah geleng kepala sahaja. "Tak apa lah tanya je." Dia memberitahu.
Ikhwan sekadar mengangguk kecil. Dia tahu ibunya itu risau kerana selama ini Hani tidak pernah pergi berjalan jauh dengan lelaki kecuali dengan Ikhwan dan abahnya.
Mereka berdua sampai di Ipoh dalam jam 12 tengah hari. "Kita nak pi mana dulu?" Hani bertanya. Dia ikuti sahaja Ryan keluar dari kereta dan berjalan menuju ke satu tempat. "Kita makan jap. Lepastu kita pi tasik cermin lah." Ryan menjawab.
"Tasik cermin? Oh ya kena jalan kaki tu ke?" Hani bertanya. "Ha'ah. Tak jauh pun tu sekejap je jangan risaulah." Ryan membalas sebelum mereka berdua masuk ke dalam restoran tersebut.
"Kita makan nasi ayam dulu nanti baru pi kedai dimsum tu." Ryan memberitahu. Ketika di dalam kereta tadi Hani menyatakan hasratnya yang ingin makan dimsum kerana dia tidak pernah lagi makan.Hani angguk sahaja dan menuju ke meja kosong.
Ketika mereka sedang menikmati makanan mereka Hani terdengar bisikan dari pelanggan lain. 'Untung ler suami hensem kan.' Jelas kedengaran di telinganya. "Aku ni kahwin pun belum." Omel Hani namun didengari oleh Ryan. "Apa dia? Kahwin?" Ryan bertanya. Hani yang sedar bahawa lelaki itu mendengar omelannya segera memotong apa yang lelaki itu dengar.
"Tak de lah. Saja cakap tu hah abang Wan tu tak nak kahwin lagi." Katanya. "Oh itu. Memanglah dia tak kahwin lagi. Dia nak adik dia yang kahwin dulu baru dia kahwin." Ryan menjawab.
YOU ARE READING
Oh My Husband
Romance[ N E W V E R S I O N ] Sinopsis Tidak mustahillah jika jatuh cinta dengan kawan kepada abang sendiri. Apatah lagi jika dia kacak dan bekerjaya. Itu lah Hani. Memang tidak boleh dinafikan dia sudah mula suka akan Ryan yang merupakan kawan baik kep...